Assalaamu'alaikum. Thanks admin approve. Ok basically main point aku untuk mengajak kita sekaliannya sama2 pandang kebaikan org lain dan disandarkan kepada Allah sebelum mana kita menjatuh hukum diri seseorang dalam istidraj.
Rata2 hari ini, kita sendiri mulai cepat mghkum istidraj pada diri seseorang. Org x solat bole berjaya, org x ttup aurat bole kaya & maju dlm pekerjaan, org bersosial tnpa batasan syariat hdup senang dan selamat serta lain2 lagi.
Aku percaya kita semua tak pernah terlepas dalam memberi penilaian istidraj pada seseorang. Namun nasihat untukku dan untuk semua, pandanglah kebaikan diri seseorang dan sandarkan pada Tuhan. Kerana apa? kerana Allah Taala itu Maha Mengetahui. Pada penilaian kita, orang jauh dari Allah & tidak menepati syariatNya sentiasa dlm keberadaan istidraj, tapi pernah ke kita renungkan mgkin kesenangan & rezeki yg mereka peroleh balasan baik utk sezarah kebaikan yg pernah mereka lakukan? Aku memandang dengan hati. Ramai aku jumpa pemimpin yg korup tapi seorang anak yg baik, berbakti kpd ibubapa, artis yg mendedah aurat tapi dlm diam banyak menginfakkan harta untuk anak2 yatim dan sbgainya , juga manusia yg panas baran tapi sgt murah hati bersedekah & penyayang orangnya. Tidak lupa juga insan yg mulut jhat atau kurang menyenangkan, tpi sentiasa ada bila kita memerlukan. Berbagai2 lg cntoh Allah Taala sudah perlihatkan untuk kita merenung dgn qalbu nurani, cuma kita sedar atau endahkan, kita lebih memilih untuk menilai sebelum mengenal.
Akhir kata dari aku, melihatlah dgn ruh. Kerana itulah sebenar2 melihat. Teruskan berdoa kpd Allah Taala empunya segala jalan petunjuk..mintalah dariNya yang Maha Mendalam Pengetahuan lagi Maha Berkuasa, tuntunan dan bimbingan untuk kita semua ke jalan yg lurus. Penilaian itu selayaknya milik mutlak Tuhan yg Esa. Dialah Maha Merahmati sekalian hamba2Nya..
– indah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Adrin Abdul Wahab
.