Thank you admin sudi approve *kalau approve
Ayah. Semua orang ada insan bernama ayah. Bagi kita ayah adalah orang yang mungkin tak rapat dengan anak dan tak tunjuk kasih sayang macam mak. Setiap anak pasti tahu perangai ayah masing2. Sama macam aku. Aku dari keluarga yang mempunyai adik beradik yg ramai. Tapi adik beradik kadang2 tak ikut dengar cakap ayah. Gaduh mulut tu biasa. Dengar ayah bising tu biasa. Dengar ayah maki anak2 dia tu biasa. Orang kata seorang ayah tak elok panggil anak2 dengan kata2 kesat. Tapi kami ok je walaupun kami terasa hati dalam diam. Siapa tak sedih kan. Umpama kata2 itu satu doa. Aku tengok dengan mata sendiri bahawa keluarga aku nampak luar macam bahagia. Ye bahagia tp zahirnya. Adik beradik yg tak dengar cakap. Tak solat. Tak ngaji. Tak belajar sungguh2. Mungkin itu sebab doa dr ayah yg selalu keluarkan kata2 yg tidak elok. Kadang perangai ayah yg kita tengok pelik sikit. Pergi dapur nak minum. Tapi bila dah sampai ruang tamu dia suruh kita amik air sebb dia nak minum. Apa ke jadahnya dia pi dapur td. Haha.
Insan bernama ayah ni la kalau sakit kita jadi sedih. Walaupun masa sakit pun mulut tetap bising. Cakap dengan kata2 tak elok dah jd habit dia. Takpe. Dia ayah. Kena hormat dia sebab dia ketua keluarga. Tetap sayang ayah walaupun dah biasa kena maki. Sayangilah ayah kalian dan jagalah ayah kalian. Ayah memang takkan tunjuk yang dia sayang kita. Tapi sebenarnya dia sayang. Ada orang pernah cakap, ayah tu walaupun mulut bising tapi jasanya besar. Benar. Jasa ayah memang sangat besar. Kadang dia tak berkira dengan orang lain.
Jadi, kalian yang masih ada ayah. Sayangilah ayah. Walaupun dia ada kelemahan.
Selamat hari raya. Jangan lupa minta maaf dekat ayah dan peluk kuat2
– bintun ayah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
sya pun,ada pengalaman sama,cuma ayh sya ni suka pkul ank2, mmamg sakitnya hati masih terasa.tpi nila dah besar dn ada ank sendiri bru tau cabaran sbnar menjdi ibu bpa.dulu kmi degil main sungai,merayap ntah kmana.bila dh dok jauh dewasa bri paham knapa ayh dulu pukul kmi.dia syg kita dg cara yg lain,dpt dengar suara pun dh mencukupi bgi dia.
awk matang :)