Group ‘usrah’

Thank you admin .

Aku nak share sedikit pengalaman aku segroup dengan geng usrah di Malaysia neh . Aku bukan nak bukak aib tapi nak ditegur direct dikata gila mulut pula . So , mcm neh . Ada kenalan girl aku neh offer aku join group usrah . Bila tanya pasal group neh serba sedikit aku pun setuju nak join dengan syarat group tuu semua girls . Maka masuklah aku ke dalam dunia usrah . Aku neh terrexcited sikit sebab orang invite dalam group usrah kot , aku bukannya warak mana . Dalam otak dah terbayang dah lemah lembut girls group neh , friendly , sopan santun and segala perwatakan gadis melayu terakhir . First aku masuk tuh , aku perkenalkan diri ; nama apa , umur bpa , stay mana bla bla bla tp no one pun layan aku . Sodihhh ? . Takpe ah , chillex sudah . Aku jadi silent reader je , nak menyampuk tak ckup ilmuu so scroll je la screen phone tuu . Atas bawah bawah atas bawah atas atas bawah . Hahahar . Bosan kan ? Memang !! . Aku senyap je , mute setahun . Time takdak assign aku hadap ahh phone tuu , so nak dijadikan cerita . . .

Time aku duk scroll tu masuk berkeping keping gambar , makk aii . Diorang neh meniaga orang ke ? Hahaha banyak kot masuk & trpaksa aku X kan sebab terlalu banyak . Buat berat memo jee . Ye dak ? Untuk tahu lebih lanjut kegiatan mereka neh aku scroll ke atas . Amende lah diorang neh tgh bualkan . Op ooo , rupa rupanya tgh sembang psl jodohh . Gmbr yg dihantar tu rmai wife- husband nak tjuk brtapa happynya dapat kahwin ngan ustz . Gmbr wanita wanita hebat yg tgh cr jodoh . Ada yg share gmbr abg , adek lelaki , pak sedara yang solo lah . Konon konon nak promote . Tak kurg yg rep ' saya nak mcm neh ' 'saya hrp dpat husband ustaz jua' 'hensemnya abg awakk' "sweetnya dapat husbnd ustaz' . Eh , cramp otak aku nak cerna kejap . Neh group usrah ke group nak cr jodoh ? Please ah , sesama girls pun jaga lah skit maruah tuu . Jangan duk tunjuk sgt kau gedik nak kahwin ustaz . Ahh memang akuu geli 'namatey' bebudak skrg sebut . Left serta merta aku . Aku tahu , aku tak layak nak judge korang yang bertudung labuh , pkai purdah semua tapi kebanyakan yg aku jumpa sama je perangai dgn tdung bawal , shawl & so on . Ye , korang pun ada perasaan kan ? Tpi tolong hormat dengan apa yang kau pakai . Malu la , takkan sebab orang mcm kau , non mus tengok islam sebelah mata jee . Kawan non mus aku pernah kata , " I tgok non mus & mus sama perangai walaupun yang tudung besar " . Mak aiii , muka aku tetiba jadi merah kuning hijau mcm traffic light . So , aku nak pesan satuu je . Tolong hormat pakaian yang kau pakai sekarang . Takkan sebab kau , non mus pandang remeh dekat Islam . Tolonglah !!

Maaf klau aku guna bhs ksr . Kpd pemakai bawal & shawl aku bukan nak ejek korang . Aku pun geng bawal tuna bagai . So , chillexxxx .
-CoretanCQ ✌

– CoretanCQ

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

49 Comments

  1. Apa masalah ko? Biarlah diorg nak cari jodoh. Itu platform diorg rasa seswai. Dalam dunia nyata mesti malu nak risik risik calon suami. Terpaksa la guna group wassap. Asalkan tak melampaui batas tiada masalah.

  2. Aku dulu pernah masuk group usrah. Baik tau dengan semua tapi terpaksa left sebab ada lelaki yang dipanggil ustaz dalam tu. Terkejut jugak aku. Serta merta aku left

  3. Pnah join. Leader dia ustaz celup mana ntah. Bila aku tanya siapa leader tu, ahli dia jawab mcm memuja. Hebat lah apa lah, ukhti jgn takut lah apa lah ustaz ni hebat lah. Abah kau! Lepastu aku left dan sampai skrg aku xpercaya dh mana2 usrah. Sama je. Watak pun hampir sama. Bajet2 suci puihh!

  4. Manada group wassap usrah yang tak ckp pasal jodoh. Itu semua poyo. Aku pernah terjebak sekali je lepastu aku tak join dah. Serik. Itu semua budak2 muda yg baru nak up. Lebih baik ko join usrah yang real punya. Tangkap gmbr time usrah pun tidak. Takde sibuk nak gedik sana sini aih. Crt pasal jodoh jauh sekali Yang penting kami bukan mencari title instafemes, twitfemes. Tapi kena betul2 cari lah eh usrah yang cenggitu. :)

  5. Udah2 la tu nak memburukkan nama usrah tu,sy join usrah xde plak yg pelik2… masuk usrah yg real la… setakat dlm wassap je xpayah nak ckp la geng usrah itu la ini la… mcm semua geng usrah buruk2… semua yg jahat2,kalu masuk dlm tu stakat nak cari aib je baik xyah masuk.. ape yg u expect bile masuk grup usrah,masuk br sekejap dh nak label mcm2,try la masuk setahun dl…. rs xsesuai left,apahal nak crita cni… usrah yg sbnr tu ada,update crita2 mcm ni nnti org pndg serong pd org2 tdung labuh,ustaz2,berpurdah… jgn lupa,diorg pn manusia juga,xsempurna… xperlu nk kritik pd pkaian diorg,xperlu rs smpi seru br nk btdung labuh,biarla jahat pun xpe kalu diorg nak btdung labuh… InshaAllah Allah akn buka hidayah pd hatinya,drpd yg sombong xsmpi2 seru btdung labuh,biarla mula2 buat2… mudah2an akn jatuh cinta pd pakaian tersebut pd ms akn dtg….. akhlak pn akan dibaiki… positif sis !

    • Lawaknya statement last tu. Awak cakap kalau orang tu bertudung labuh, dia ada exception untuk buat jahat? Apa ni? Taktau pulak kalau pakai tudung labuh je boleh masuk syurga terus. Kalau orang tu suka fitnah, busuk hati, dengki semua pun takpe! Dia kan bertudung labuh, kahkah.

    • Org yg masuk syurga xsemestinya bertdung labuh dek… jgn twist… org yg menfitnah,busuk hati,dengki tetap dapat balasan drpd Allah… tp JGN DISALAHKAN PAKAIAN ITU, org yg dlm grup usrah yg dceritakan tu pun apelah sgt salahnya smpi nk dtentukn syurga neraka… mereka juga manusia biasa… mgkin ada yg br nk jd baik… skrg ni ramai sgt nk cr salah org btdung labuh,berpurdah,ustaz… smpikn hmpir2 semua pun dgeneralisedkan… apa yg kita dpt jika burukkn mereka,sdgkn seluruh dunia skrg menuduh n mencari salah islam dgn mgatakan ISIS tu drpd org islam,xkan kita juga nk jatuhkn islam juga,sy minta tlg,tolonglah jgn luahkn kebencian anda pd sikap mereka yg berimej begini dn usrah shigga menimbulkn kebencian pd org lain juga pdhal yg buat tu segelintir shj…

    • Bknnya sy tidak pernah ada pgalaman dgn mrk yg btdung labuh,cuma PENGAKHIRAN sseorang tu hanya Allah sahaja yg tahu…. ada seorg muallaf yg pd mulanya saja2 berpakaian seperti seorg muslimah,akhirnya Allah bukakan hatinya,dberikn hidayah dn dia memeluk islam,drpd SAJA2 pkai… jika nk jd baik,cubalah menutup aurat dgn sempurna,anda akn tau weight pakaian itu,boleh juga jd sebab Allah berikn hidayah,bukan org yg baik2 shj br bleh pkai tdung labuh,purdah n sebagainya,kalu tggu diri sendiri jd baik.. BILAKAH KITA AKAN TAU KITA NI DAH BAIK KE BELUM ????

  6. apelah mnusia jenis ko ni..aku mati2 ingt ko join usrah yg kat surau tu, yg dgr hdis sume tu.skali group wasap rupanye..ape slhnye dgn diorg nk cri jodoh cmtu?part mne yg kna malu?diorg x buat bnda yg mungkar pun.tu usaha diorg untuk dptkan jodoh selain dri berdoa n dduk shaja..ade yg siap post public lg kat Iium online, nk cari jodoh,ape yg slh?pmpuan tdung labuh xbley ade naluri mcm pmpuan biase yg tringin nak kwen ke?

  7. konsep usrah korang mcm mane sbnrnye ye?maap le tanya sbb aku bkn islamic background..yg aku & family join baiah since 2001, group leader is a well known certified sunni islamic scholar, he conduct weekly/monthly tazkirah, dibai, maulud, majlis zikir etc for both muslimin & muslimat..usrah ni sesama korang & rujuk buku ke cmne..maap le bertanya..salam aidilfitri

  8. Sis sebelum join usrah kena selidik betul-betul dulu usrah tu , baik atau buruk. Kalau baik join , kalau sebaliknya keluar. Saya dah join hampir 4 usrah (tak termasuk whatsapp) , Alhamdulillah semuanya baik. Jangan disebabkan satu usrah buat silap , sis dah taknak join usrah. Join usrah lain , hidup kita ni kena sentiasa ditarbiyah dari semasa ke semasa. All the best and happy eidilfitri.

  9. Persoalannya, usrah mcm mana yg awak nak cari.. Usrah yg mcm bulatan gembira, usrah cuma di whatsapp, usrah hanya sekadar term tu je atau awak nak join group tu sbb nama dia ‘usrah’.

    Byk beza tu.. Ada yg dalam bulatan kecik, sempoi, cool. Bincang pasal fiqh muamalat, akidah n sirah. Isu semasa yang kita boleh bincang termasuk kisah2 politik, ekonomi atau mungkin kesihatan mcm antivax. Tp dlm keadaan yg relax sambil makan kudapan (ahli group suka makan. Haha). Byk sangat usrah yg membantu dalam membangunkan jiwa. Terpulang kita nak pilih yang mana.. Dan terpulang kita untuk judge mcm mana, dan nak ambik benda baik ke benda yg kurang baik..

    Mungkin rezeki awak belum jumpa dgn orang yg peribadinya terjaga spt mana dia menjaga auratnya. Saya jumpa ramai yang hebat2.. Tudung tu cuma tudung. Yang penting aurat :). Diorg sangat cool ya Allah. Dah la cool baik pulak tu. Tsk tsk.

    Sorila bebel sikit.. Tapi, mcm ni tau. Spt mana kita takmo org lain expect kita hebat dan mulia, sedangkan kita hanyalah insan kerdil di bumi Tuhan, spt itu jugalah mereka2 takmo awak meletakkan mereka sebagai lemah lembut, perempuan melayu terakhir, sopan santun etc.. Expectations tinggi akan lead to disappointment mcm awak rasa skrg ni. Huhu..

    Btw, saya dn kwn2 pn bukan typical seorang perempuan melayu terakhir. Ada masa, kita cool, ada masa kita gelak2 ada masa kita serius. So, carilah kwn2 yg awak boleh masuk dan tarik awak masa awak tergelincir dan suruh awak kembali pada Tuhan jika awak jauh. Usrah tu maksud dia keluarga. Dia akan tolong boost kan iman bila kita rasa weh apsal jiwa kosong. Hati kosong. Nak buat semua benda pun malas. Gitu le. So niat kena betul.. Nnt dah jumpa usrah yang best dan sempoi, mesti rasa.. Oh cenggini ke rupanya.

    All the best. Selamat hari raya.
    Sori komen panjang bebenau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *