Hye Assalamualaikum. Aku sangat rajin membaca semua confession di sini. Topic palong hangat sekarang of course la berkenaan raya kan? Tapi mostly semua confess tentang tak seronoknta raya tu bila dalam keluarga masing2, ada masalah.
Same goes to me actually. Parents aku dah bercerai sejak 9 tahun yang lepas. Kami adik beradik kecik je lagi. Masih belum matang. Kami dijaga oleh ibu. Selama itu la ibu yang bertungkus lumus sediakan makan pakai kami. Kami bukan orang senang. Makan pun, cukup2 je.
Setiap tahun akan wujud konflik di mana kami adik beradik perlu beraya. Ibu, of course beraya dia rumah nenek. Kalau kami beraya di kampung ayah, kesian pada ibu. Ibu perlu beraya di kampungnya tanpa kami anak2 disisi sedangkan selama ni ibu yang berusaha membesarkan kami and vice versa. Aku sedih sangat. Aku rindu pada keluarga bahagia kami suatu masa dahulu. Setiap kali balik ke kampung ibu, pakcik dan makcik tak kering gusi bertanyakan perihal ayah. Bukan hal baik2. Tetapi lebih kepadah mengutuk dan mengeji ayah. Apalah daya kami yang masih kecil ni. Hanya perlu tadahkan telinga dan memberontak dalam hati. Jujur aku sedih dan kecik hati dengan mereka semua.
But now setelah 9 tahun, kami adik beradik mula pandai berfikir dan boleh bergerak sendiri. Macam tahun ni, kami akan beraya di keluarga ibu dahulu kemudian raya ke 3 atau ke 4 akan pulang beraya bersama ayah.
Dulu aku rasa hidup aku la yang paling susah, hidup aku la yang paling sedih tapi sekarang setelah aku baca banyak confession dari page ni, aku yakin bahawa lebih ramai lagi mereka yang mempunyai masalah lebih besar dari aku. Jujur aku hairan dari mana kekuatan yang confessors semua dapat untuk berhadapan dengan masalah itu semua dan sesungguhnya aku tersedar bahawa kalau kita fikir diri kita cukup susah, percayalah ada orang lain yang lebih susah dari kita.
Oh and anyway, now pakcik dan makcik aku disebelah ibu tak lagi bercakap buruk mengenai ayah dan salah seorang pakcik menghadapi keruntuhan rumah tangga. Pakcik itu la yang paling puaka mulutnya ketika dia bercakap buruk mengenai ayah. Tapi apa yang ibu cakapkan pada anak pakcik? Ibu cuma nasihat supaya jangan campur perihal parents dia and dia cuma perlu focus study. Ibu langsung tak mengeji malahan ibu kasi duit belanja pada anak pakcik itu. Itu satu keperibadian ibu yang aku sanjung.
Semoga mendapat pengajaran.
– Kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit