Assalamualaikum semua, baru beberapa hari lepas saya ada buat confession di link ini, https://iiumc.com/secebis-
Sepertinya mudah untuk saya berkata2 mengenai urusan takdir, redha, dan sebagainya. Nak keluar dari masalah pun semacam ABC kan, hehe.. yang sebenarnya tidaklah sedemikian.
Perit yang sebelumnya dilalui (tak perlu dikenang sangat), semudah angin lalu saja ALLAH langsaikan. Saya pun tidak tahu, tapi kalau dah DIA kata “Kun Fayakun” (“Jadilah, maka jadilah…”), tiada yang lebih berkuasa mengubah selainNYA.
Urusan saya ketika kembali sepenuhnya kepadaNYA seperti merangkak mencari cahaya. bertatih, meniarap.. gelap dan kelam.. nak ingat semua memang tak sanggup juga. Semestinya menuntut usaha dan kecekalan.
Kadang sudah maju 3 langkah, terundur 2 langkah, kadang maju semula, terundur pulak balik. Begitulah keadaan.
Esok lusa pun belum tentu, cuma anugerah yang dah DIA kurniakan kita jagalah sebaiknya. Tidak ingin rasanya tersesat buta lagi..nauzubillah.
Tapi kalau dah Allah memang nak tolong hambaNYA, tambah pula dengan kita sendiri yang bersungguh-sungguh nak kembali kepadaNYA, nak jalan keluar dari masalah, ketahuilah ALLAH itu MAHA PENYAYANG lagi MAHA PENGASIH.
Selangkah kita kepadaNya, seribu langkah Allah mendekati kita.
Berdoalah, mintalah, rintihlah. Berdoa sungguh2 itu wajib sebab memang hati saya meronta nak minta jalan keluar cuma kadang saya tak berdaya.
Nak konsisten dan istiqamah itu tidak mudah. Sakit yang terasa ketika melawan emosi jiwa yang belum stabil.
Tapi bila kita fikir sampai bila lagi aku nak duduk di tempat yang sama, sampai bila nak sakit, sampai dah tiada upaya ku selain mengharap pertolongan dariNYA.
Cukuplah..konon usaha belum cukup, kena usaha gigih lagi, tapi sebenarnya kita dah melampaui batas, kita dah menyakiti diri sendiri (jiwa mental fizikal semualah). Saya nk kebahagiaan macam dulu balik.
Saya bermula dengan doa sungguh2 minta jalan keluar. Percayalah, doa itu senjata segalanya. Dari situ Allah lorongkan saya ke arah beroleh petunjukNYA.
Saya banyak terjumpa amalan2 tambahan, contoh biasa macam tertengok ceramah dari ustaz2 dan ustazah2 di socmed.
Mungkin kerana jiwa saya atau tenaga dalam diri attract kat benda2 itu hehe.. JADI saya amalkanlah doa2 rawat hati yang saya jumpa tu.
Zikir2 makanan jiwa.
Baru tadi saya dengar ceramah di youtube doa dan zikir tu sememangnya makanan jiwa, tak buat memang macam mayat hidup, jiwa sakit dan tenat.
Sebenarnya benda itu betul, cuma kita yang tak sedar.. wallua’lam. Yang kita tahu kita exhausted, letih, rasa beban, banyak masalah dan macam2 lagilah.
Itulah tanda-tandanya, jangan butakan diri lagi. Kalau kita ok semua benda yang datang pun mudah je dan bukan masalah besar bagi kita.
Macam angin lalu.
Buat benda2 sunat. Tinggalkan perkara berkaitan yang menyakitkan diri di masa lalu. Biar merangkak saya cuba juga sehingga bertemu semula kemanisan iman yang dah lama saya tak rasakan. Allahu.. bila dan jumpa jalan, sedikit2 nampak cahaya tu..
“Maka Nikmat Tuhan-mu yang manakah yang Kamu Dustakan?” tak nampak di mata, tapi terasa di hati. Jiwa kembali bernyawa dan lapang.
Seperti daun2 yang tumbuh merimbun di sebatang pokok dan ranting yang dulunya tua dan mereput.
Tetapkan azam, pintalah doa dariNYA. Konsisten, sehingga kita berjumpa kembali cinta sejati kita dengan YANG MAHA AGUNG.
InsyaaAllah.. Semoga dipermudahkan urusan semuanya.
– Kenanga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit