Assalamu’alaikum semua. Saya baca tadi pasal perempuan ni selalu dipersalahkan, ada sahaja tak kena.
Saya pun dah lama pendam rasa geram, khusus mengenai salah paham, salah sangka atau sering dipersalahkan. Ia isu besar dalam hidup saya cuma saya tak kuasa nak besar-besarkan sebab nanti disalah anggap.
Pendek kata, orang perempuan ni serba salah sebab buat apa pun salah. Dalam kes saya, antara salah sangka yang saya hadapi ialah:
1. Isteri merancang tak nak beranak.
2. Isteri kikis suami.
3. Isteri tak bagi suami balik kampung.
4. Isteri tak nak duduk lama di rumah Mertua.
Saya bukan layan perasaan, tapi perkara ni dikatakan di hadapan saya, disindir, dikata di belakang saya tapi saya mendengarnya kerana disampaikan atau semasa mereka syok membawang, mereka tak perasan saya ada berdekatan & boleh dengar dengan jelas.
1. Tak beranak.
Kami both love kids. Namun Allah uji kami bulan demi bulan, tahun demi tahun, tak lekat langsung. Kami cek sampai ke hospital, buat test di klinik, berubat secara Islam.
Mertua tak pernah berbunyi dpn anak sendiri, menantu perempuan ni juga yang disindir, disound bila berjumpa.
Alhamdulillah rezeki kami telah tertulis, lambat mendapat cahaya mata, dan bila Allah beri, laki ada, perempuan pun ada.. lengkap keluarga kami kini.
Kelahiran adalah seperti ajal, maut & jodoh, semua ketentuanNya. Salah sangka pada saya sama seperti buruk sangka kepada perancanganNya.
Yang saya nampak, hikmah dapat anak lambat ni menguntungkan mertua & ipar duai juga.
Suami dapat layan keperluan kewangan & permintaan keluarga untuk jangka masa lebih lama. Tak tahulah mereka nampak tak betapa indahnya takdir Yang Maha Esa.
2. Kikis suami.
Ini memang buat saya sakit hati. Gaji kita double gaji suami. Rumah & kereta kita yang beli, suami habis duit kat keluarga & sara diri.
Tapi boleh pulak depa rasa menantu kikis anak laki bila ada harta atau barang yang baru dibeli. Siap selidik daripada biras betul ke gaji saya 5 angka.
Penat nak tulis lagi bab ni. Saya yakin sampai dah point ini.
3. Tak balik kampung.
Suami saya kerja swasta, saya kerja GLC. Cuti saya 30 hari setahun & kerja 5 hari seminggu. Suami pulak kerja 5.5 hari (Sabtu half day) & cuti tahunan 20 hari.
Bukan saya yang halang dia balik kampung, tapi memang dia bukan ada banyak cuti pun. Bukan tak terangkan, tapi tak tahulah masih jadi bahan.
Kalau dah rumah keluarga saya dekat, tentulah boleh pergi selang seminggu sebab tak perlu bermalam & perjalanan pergi balik pun sejam saja.
Bukan kami sengaja nak keadaan begini.
Apa salahnya pun sebab anak-anak perempuan mereka yang Cikgu pun bila cuti sekolah spend masa lama di kampung sendiri, bukan kampung laki sebab laki tu tak boleh cuti.
Si suami datang hantar, ambik semula & singgahlah rumah belah suami 1 atau 2 malam. Nampak sangat double standard antara anak perempuan & menantu perempuan.
Saya ni walhal, ajak suami balik jenguk Mak Ayah, Allah jadi saksi, tapi apa daya kalau suami sendiri kata banyak kerja, takda masa.
4. Balik sekejap.
Ini lagi satu, asasnya seperti perkara 3. Balik paling lama 2 hari. Bila mengemas nak balik rumah, kena sound kenapa nak balik cepat sangat, kenapa tak boleh duduk lagi 1 malam.. bla..bla..bla..
Yang tak faham, kenapa tak tanya anak sendiri, dia tu laki, Ketua keluarga, tanyalah dia, kenapa nak cakap kat menantu, saya bukan pembuat keputusan.
Takut anak tak suka ke, nanti nak mintak duit susah.. entahlah, rasa rimas, dan kalau saya menjawab, saya tiada seni nak berhalus pulak.
Jadi tegang kerana bertikam lidah. Percayalah pembaca, saya sedang belajar & usaha jadi lebih baik.. memang menguji keimanan & kesabaran berhadapan dengan orang-orang yang rasa kita nilah yang control anak/adik beradik mereka.
Bertuah lah kalau suami ni jenis dengar cakap saya.. tapi saya tak mahu sentuh that part melainkan ada confession part 2.
Oh Telang, kau berhentilah menaip, panjang pulak tiba-tiba. Habis dah sejam, betul-betul lepas geram.. maaf.. maafkan saya atas kelemahan, kekurangan, kekhilafan.
Terima kasih admin jika siarkan luahan spontan saya. Point saya sebenarnya lebih daripada tu, bukan 4 perkara shj, ada lagi yang disalah sangka tapi cukuplah, sekarang rasa bersalah pun ada, bagai membuka pekung di dada walau orang tak tahu siapa.
Moga saya dapat bertahan mulut & bertabah hati dlm keadaan ini.
Wassalam.
– Telang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit