Aku pun tak suka Hari Raya

Salam Faiz, kisah awak dengan saya tiada bezanya. Cuma aku hanya bertiga, ada ayah, emak dan aku seorang. Scroll insta, FB semua post gambar beraya, berpakaian sedondon sempena raya. Aku? Sejak balik dari universiti untuk cuti semester sabtu lepas, ingatkan balik rumah dapat memberi ketenangan disbbkan stress di tahun 2 pengajian, ternyata salah. Dua hari before raya, ayah bersungguh mengajak keluar pergi beli baju raya ttpi dalam kereta emak tanya ada berapa belanja untuk anak? Ayah kata tinggal rm100 sebab kad kena tendang. Okay lagi masa tu. Sampai kt mall, lagi haru sebab mak nak beli barang dapur nak masak juadah aidilfitiri, tapi ayah taknak keluarkan sesen pun. Last2 baju raya pun aku beli guna duit sendiri itupun sehelai sbb mood raya aku dah takde. Dalam kereta bergaduh macam2 kata membazir la beli macam2 raya. Ayah aku tak sedar selama ni mak aku yg beli semua termasuklah biskut raya dgn barang dapur. Lepas tu bila gaduh mengungkit pasal duit yg dihabiskan? Apa yang ayah aku habiskan duit kat apa pun aku tak tahu. Astro pun dah tiga bulan tak bayar. Aku terkejut sbb mak aku tak pernah cite mereka selalu bergaduh besar time aku belajar. Sampai satu tahap, nak amik parang ugut nak bunuh mak aku? Sorry tapi ayah jenis apa ni? Panggil mak aku babi, bengong? Kemuncaknya, harini baru raya kedua tapi aku rasa dah macam penghujung dunia. Bila aku pertahankan mak aku, ayah aku kata budak kecik jangan masuk campur! Masuk campur?! Aku dah 21 tahun dah selama sejak aku kecik lah aku dah nampak semua. Mak aku takkan cakap/cerita sesuatu benda kalau takde bukti. Yes, aku perempuan and bila aku marah tinggikan suara kat ayah mula dia mengungkit dia hantar amik aku dari sekolah dulu.. Yes itu tanggungjawab dan takkan aku nak biarkan mak aku diperlakukan sebegitu? Tolonglah aku seorang je kot bukan anak 10 orang. Macam2 dia kutuk mak aku macam mailaikat la, hasut aku untuk benci ayah la. Aku tak tahu nak buat apa sebab aku dah betul2 clueless, ditambah lagi dengan adik-beradik ayah yg kaki penyebok, mulut becok macam2 mereka kutuk mak aku. Sedangkan mak aku bukan jenis berkira, asalkan boleh teruskan hidup apapun tak kisah. Tolonglah ayah, kami bukan gila harta kalau gaduh je isu harta yg dibangkitkan. Tak guna pergi solat jemaah kt masjid tiap waktu tapi bila balik rumah panggil anak isteri babi, dua ekor. Tanggungjawab ayah mana? Kami beraya macam tak beraya. Orang datang pun kami tak mampu nak sediakan apa2 sbb brg dapur takde benda nak masak. Tolonglah sedar ayah pun dah lanjut usia. Anak seorang je apatah lagi mak dah lakukan mcam2 nak jaga rumahtangga ni. Tolonglah insaf ayah~

– Perempuan (tolong submit yg ni, yg before ada typo)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

20 Comments

  1. bila baca confession raya ni, baru aku sedar ramai rupanya yg x merasa nikmat hari raya tu.. kesian jugak korang.. doa byk2 tau sis.. moga Allah beri kekuatan buat sis dan mak, and hidayah buat ayah sis.. jadi kuat tau..

  2. Skg ni zmn ekonomi teruk. Ramai yg x rasa hari raya sbg hr utk brsuka ria.. smua kene bjimat. Keadaan ekonomi yg teruk jugak buatkn seseorg rs stress, asyik nk mrh je..buat confessor,bykkn brdoa supaya hati ayahmu berubah. Allah mendengar doa2 hamba2 Nya yg dizalimi. In shaa Allah. Smoga brjaya

  3. Selalunya mak2 la yg berusaha nk bhagiakn ank2…aku pn dr kecik mak la yg brusaha nk belikan baju raya yg sebok nk belikn baju skolah…aku ingat mak n akk aku pernah jahit tgn bju raya kt org 7 bradik..lelaki mmg x pernah peduli..smpai aku kawen pn lelaki ni masih x peduli aku rasa org lelaki ni byk yg x guna dr yg berguna..bab keperluan diri dia sendiri blh plak dia cukupkn cthnya rokok x plak dia rasa membazir..

  4. Aq tak tau spesis jantan x de tanggugjwb ni nk pggil ape . Lebih teruk dr vavi . Solat tp x de akhlak x de tggunjwb . Nasib kite same cume jalan crite læn sikit .

  5. Sy klau mslah cmni…suke ambik pndekatan mcm ni…kte d luar tmpt seseorg kte mudh nmpk prg buruk tp jika kta d tmptnya…mngkin kte trpaksa lakukan prkra yg sma…

    Sy cdg cri stu time yg paling baik..mntk mak msk sdp2 ke..lps mkn stu fmly tu..bincg sme2 tntg ni..bukn trus nk marah ap ayah buat…cume nk tau knp ayah mcm tu..mngkin ad mslah die yg tiada siapa pn nk tau..die pendam sorg smpai stress…tp klau ayah sndri mngku die sje buat cmtu bla2…boleh ambk tindkan yg lain la…sekurgnya kte dh tau punca bukn kte trus pd solusi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *