Andainya Takdir, Sayang atau Malu?

Assalamualaikum, terima kasih andai artikel ini di siar kan. Aku gelar kan diri aku Reen jelah ye, umur aku 29 tahun sudah 4 tahun berkahwin, suami aku tua dari aku 7 tahun.

Dalam perkahwinan ini aku pernah sekali bercerai tapi kami rujuk semula kerana mengenang kan rumah tangga yang masih baru, dan juga mungkin ada kekhilafan dari diri aku sendiri yang aku tak sedar. Ohh ya, kami juga belum di kurnia kan cahaya mata.

Aku dan suami aku berkenalan melalui kawan baik aku iaitu anak saudara suami aku jugak. Selepas 3 tahun bercinta + bertunang kami pun berkawin.

Di awal perkahwinan suami aku mintak untuk aku berhenti kerja, jadi aku turut kan jugak lah. Walaupon masa tu aku memang sayangg sangat dengan tempat keje aku sebab bos baik, enviroment tak toxic gaji pon ok lah untuk aku yang belajar setakat level spm ni.

Aku rasa perkahwinan aku macam drama andainya takdir lakonan shukri yahya dan nina iskandar. Suami aku sangat baik orang nya, tak pernah culas bab nafkah, pandai masak, rajin tolong aku urus kan rumah, sangat2 setia orang nya, penyayang jugak.

Punca kami bercerai adalah suami aku yang terlalu kuat cemburu, selalu cakap aku ada laki lain, ini jugak menjadi punca aku berhenti kerjaa, sebab aku keje bahagian transport dimana aku saja satu2 nya perempuan di dalam ofis sebagai kerani.

Aku selalu mintak dengan suami aku, anggap lah aku ni perempuan yang baik2 jangan anggap aku ni murahan. Sampai tahap dia pernah tuduh aku buat maksiat dalam tandas.

Luluh sangat hati aku, tapi aku sabar sebab aku memang tak buat dan aku tak takut, pernah jugak di kata nya aku ni menggatal dengan laki2 kat ofis, lillahi taala. Aku berkerja disana, yang ada no phone aku yang cuma, manager, exec, supervisor saja.

Dan masing2 pon sudah berkahwin, aku tak pernah terfikir nak menggatal dengan suami orang, aku masih ada maruah, aku masih ingat mak bapak aku, aku ingat yang aku ni dah bersuami.

Aku pernah tukar no fon sebab dia tak percaya dengan aku, jangan kata no fon saja aku tukar sebab dia, sampai facebook, instagram, aku buat account baru dan dia pon tahu password, anytime boleh buka.

Twitter, dia mintak aku deactive account, pon aku buat jugak, telegram pon aku tutup sebab dia.

Jalan2 untuk aku mendua kan suami aku memang takde, dan sepanjang aku bercinta sampai lah menikah, dia saja laki yang satu2 nya aku ada. jadi kesudahan nya aku berhenti kerja sebab aku malas nak bergaduh, aku nak tenang saja.

Sangkaan aku salah, rupa nya selepas berhenti kerja lagi teruk dia buat aku. Pernah sekali dia balik kerja tapi dia sorok2 tengok aku kat tingkap sebab dia ingat aku mungkin tengah video call atau apa2 sahaja lah.

Ada jugak dia baru balik kerja, masuk rumah dia terus buka pintu dapur, dia kata ade orang menyorok kat belakang, dan dia cakap aku bawa balik jantan. Ya allah sakit nya hati allah saja yang tahu.

Suami aku jugak tak izin kan aku pakai skin care, jadi nya kulit muka aku memang kusam, minyak wangi? Lagi lahh, dia haram kan langsung aku pakai. Beli seluar dalam pon kena ikut kehendak dia. Dia tak fikir keselesaan aku macam mana.

Kita perempuan mesti kita tahu apa yang selesa dengan badan kita, dan banyak lagi yang di pernah buat kat aku, cuma klau aku list kan memang tersangat lah panjang.

Kemuncak penceraian kami berlaku akibat suami aku tak balik ke rumah seminggu, puas aku mencari, di rmah mak nya, tapi tak ada. Aku di persalah kan cukup2 oleh keluarga mertua, kata nya aku tiada adab dan tak hormat suami.

Sedang kan dia marah maki hamun aku pon aku diam. jadi dimana nya aku tak hormat suami? Sedang kan suami aku pukul aku sampai lebam2 badan dan muka, aku tak de balas sikit pon.

Suami aku maki hina aku, cakap aku tak cantik, aku ni tak di ajar betul2 dengan orang tua. Aku hanya diam, sebab kalau aku melawan makin teruk jadi nya.

Tapi sejam atau 2 jam selepas bergaduh, dia akan pujuk aku balik, rase bersalah, sampai pukul diri dia sendiri, hiris pisau kat tangan sendiri.

Betul2 aku cakap, lelaki macam airil dalam cerita andainya takdir tu memang wujud. Terlalu obses dengan isteri sendiri, tapi cara sayang nya tu salah dan melampau, setia dan sayang, tapi kuat cemburu, kuat maki hamun, rajin naik tangan.

Selepas hampir 9 bulan kami tidak sebumbung, aku dah berkerja, dan talak juga telah jatuh masa tu, suami aku sangat bersungguh dalam pujuk aku semula, dia janji dia akan berubah, dia izin kan aku kerja, dia bayar kan deposit kan jugak untuk kereta baru aku.

Tapi janji tinggal janji, ulang semula. Seperti membaca buku yang sama, skrip yang sama.

Aku sungguh menyesal sebab rujuk dengan dia, bukan setakat rujuk, menyesal jugak kenal, dia saja satu nya2 jantan yang pernah naik tangan kat aku. Maki hamun aku teruk2 macam tu. nak tulis apa yang dia maki aku pon luluh hati rasa nya.

Aku sungguh sayang sangat2 dengan suami aku, tapi aku benci perbuatan nya terhadap aku selama ini.

Dan aku jugak sangat2 malu sekira nya peceraian berlaku lagi, sesungguh nya aku dalam dilema, memikir kan orang tua aku. Mesti malu kalau satu2 nya anak perempuan dia ni bercerai lagi.

Dalam masa yang sama, aku jugak bersyukur sebab belum dikurnia kan zuriat, mungkin ini hikmah nya, andai kata kalau aku bercerai sekali lagi, aku tahu apa yang akan jadi klau aku rujuk semula, atau berhubung atas dasar anak. Tapi bila semua ni akan berakhir??

Apa lagi yang aku mampu buat, aku sangat sayang kan suami aku, puas aku berdoa mintak allah lembut kan hati dia, mintak sentiasa fikir yang aku perempuan yang baik. Perkahwinan aku sangat toxic.

Aku sangat-sangat tertekan, aku cuma fikir, mungkin kalau aku mati atau aku bunuh diri semua ni akan berakhir. Sungguh aku tak mampu hadap suami aku, aku tak mampu hadap mulut orang bercakap tentang penceraian aku lagi. Aku tak kuat, aku malu.

– Reen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *