Fully House Husband II

Untuk part I, (https://iiumc.com/fully-house-husband/).

Assalamualaikum semua. Saya baca setiap komen-komen yang diberikan. Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sangat-sangat pada yang memberi doa dan semangat.

Jujurnya bila baca doa dan semangat yang diberikan, hati saya jadi tenang dan gembira. Terima kasih sangat-sangat. Semoga Allah perkenankan doa anda dan mengembalikan kebaikannya pada anda.

Pada yang komen negatif, saya nak minta maaf sbb tak cerita detail sebab dan punca suami hilang punca pendapatan dia.

Ikutkan hati saya tak nak go into detail sebab bimbang ada yang mengenali dan terbuka pula aib rumah tangga saya. apa pun, saya cuba explain yang terbaik.

Pertama sekali, saya nak clarify. Saya confess di sini bukan sebab saya tak redha.

Cuma terpanggil untuk share pengalaman saya apabila terbaca confession berkenaan househusband dan memohon doa kalian kerana saya tahu the power of doa is unlimited.

Ramai yang menggelarkan suami saya biawak hidup. Ada yang komen tu “hentikan lah membiak” takut nanti anak-anak lelaki saya ikut pula perangai bapa dia.

Ada pula yang kata, suami saya memilih kerja, dah rasa selesa duduk rumah makan duit isteri dan sebagainya.

Semua komen-komen ni buat kan hati sy sedih sebab realiti nya bukan begitu. Tetapi saya akui salah saya sebab penceritaan yang kurang lengkap.

Sebab itu saya menulis sekali lagi untuk “bersihkan” nama suami saya walaupun anda tidak mengenali saya dan suami.

Suami saya sebelum ini bekerja dengan income yang sama atau lebih kurang dengan saya. Iaitu RM 6k sebulan.

Sejak hujung tahun lalu, dia telah hilang pekerjaan di sebabkan oleh SAYA. Kerana dia terpaksa mengikuti saya berpindah ke negeri lain.

Kami mengambil keputusan untuk tidak PJJ bagi menjaga kesihatan emosi kami dan juga anak-anak yang masih kecil. Lalu, suami berkorban meninggalkan kerjayanya.

Namun begitu, dia masih berusaha mencari pendapatan melalui kerja-kerja freelance.

Walaupun jumlah nya tidak sama seperti sebelum ini, tapi beliau berusaha juga untuk mencukupi barang keperluan anak-anak seperti susu dan lampin pakai buang sekiranya mendapat bayaran.

Dua perkara ini yang saya nasihatkan dia untuk sentiasa berusaha sediakan dan lengkapkan. Kerana itu tanggungjawab dia sebagai bapa kepada anak-anak kami.

Nafkah saya, komitmen rumah dan lain-lain tidak apa. Itu saya boleh “kawtim” dengan hati saya.

Pendapatan freelance dia memang cukup untuk keperluan susu dan lampin pakai buang anak-anak sahaja tapi bagi saya itu sudah memadai. Namun adakalanya dalam sebulan, dia langsung tiada pendapatan.

Maka saya yang akan melengkapkan keperluan anak-anak pada masa itu. Dan itu lah yang sedang terjadi dalam beberapa bulan di tahun 2022 ini.

Seperti yang saya ceritakan pada confession lepas, sebelum ini, saya dan suami berkongsi untuk membayar pinjaman peribadi yang telah dibuat. Sepanjang dia bekerja, tidak pernah sekali dia tidak membayar pinjaman bahagian dia.

Di sebabkan oleh keadaan seperti sekarang ini, dia tidak mampu untuk membayar pinjaman nya dan saya lah yang menanggung bahagian tersebut.

Namun, saya sudah mengingatkan dia, agar membayar pinjaman tersebut apabila mendapat kerja nanti. Walaupun mengambil masa yang lama.

Buat masa ini, saya melarang suami untuk mencari kerja yang tetap kerana adalah lebih menjimatkan untuk dia berada di rumah dan menjaga anak-anak.

Betul kata yang komen tu, kebanyakan gaji yang di tawarkan pada ketika ini, hanya akan habis dengan kos taska anak-anak sahaja.

Jadi kami mengambil keputusan untuk slow and steady. Apabila anak-anak mula sekolah tadika (kos lebih rendah), barulah suami akan mencari kerja tetap.

Saya harap apa yang saya ceritakan ini, dapat membersihkan nama suami saya daripada gelaran “biawak hidup”.

Adakalanya apabila kita melontarkan komen-komen, kita lupa bahawa orang ini, orang yang kita gelarkan dengan pelbagai gelaran tidak baik ini, sedang di uji.

Apakah ujian kita pula pada masa akan datang? I learn my lesson very well through first confession.

Pernah juga saya jadi netizen yang melemparkan komen-komen kasar seperti kalian. Baru padan muka saya, sekarang saya dapat pula rasakan perasaan orang yang dikeji tu.

Saya sekali lagi mohon doakan segala urusan saya dan suami di permudahkan. Dan saya juga doakan kita semua diberikan rahmat dan dipermudahkan segala-galanya.

Pada yang sedang melalui ujian sama seperti saya, saya nasihatkan, jangan terlalu fikirkan masa depan yang kita tak tahu ada lagi ke tidak.

Be strong, paling penting dont compare. Besarkan anak-anak dengan cukupkan ilmu dunia dan akhirat mereka. Itu lah harta yang paling bernilai dan tak akan susut nilai.

Sekian. The End.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *