doa sebagai senjata

Hai. Assalamualaikum.
Aku student. Student yang nak pergi exchange program tapii duit cukup2.

Kolej aku bagi tapi tak masuk lagi.

Saving aku sekarang cukup lepas bayar duit yuran asrama and makan setengah bulan.

Aku PT loaner, 2 bulan lepas ak berangkat baru PT aku masuk
Sebenarnya aku lebih nak cerita pasal pakcik aku. Dia AJK masjid. Kawan aku yang nak pergi exchange ngan aku cakap dia mintak kat masjid dapat 2ratus. Bagi aku 2 ratus tu banyak.

Akupon tebalkan muka aku. Pergi rumah pakcik aku (Pak Adam) sembang2. Pastu aku tanya pasal ni. Pastu pakcik aku riak muka dia lebih kepada tak ada duit masjid tu.

Pastu wife (Cik Jannah) dia masuk perbualan. Sebab aku awal2 cite kat makcik aku tu dulu. Dia pon yang sokong aku minta tolong pakcik aku.

Makcik aku cakap eh kan duit masjid banyak. Haritu Jannah minta untuk program dapat?

Pakcik aku macam naik angin sikit, itu untuk komuniti ni perseorangan boleh ke. .

Pastu aku pon cakap; kawan Humaira' yang pergi pertukaran pelajar ni minta kat masjid tempat dia dapat 2 ratus..

Pastu Pak Adam, Cik Jannah, Humaira' dengan Nek Fatimah (emak Cik Jannah, nenek aku) diam. Semua diam.

Pastu aku pon tukar topik. Nek beg tadi.. sebenarnya aku datang pon nak pinjam luggage . Luggage nenek aku besar.

Pastu CikJannah cakap. Bang beg kita p haji tu. . Dia nak btau aku guna beg dia lagi besar. Pakcik aku macam berdalih last2 aku kata takpe2 beg nenek ni pon dah okay. Senyum. Pahit rasanya.

Sebab dah nak senja aku pon minta izin. Selalu aku salam dorang tapi aku acah2 busy tarik luggage sebab aku tangan aku shaking gila tahan rasa hati aku. Bersyukur sangat air mata tak keluar. Kalau tak buat malu je.

Otw balik aku pikir aku ada buat salah ke. Pakcik aku marah aku ke. Pakcik aku bukannya jenis macamtu sebenarnya. Tapi entahlah. Allah nak uji sikit kot.

Aku tulis panjang2 ni sebab nak kurangkan sikit kecewa aku. Aku tak cite kat sorang pon family aku, taknak dorang salah faham.

Aku bukan tak usaha lain. Zakat aku dah naik sampai cawangan negeri kata takde budget untuk bagi sikit2 kat aku ni. .

Aku minta tu minta ni tulah hasil saving. Dah cuti ni aku tak buat part time. Takde transport untuk aku ke tempat kerja. Kalau malam abah tak boleh ambil/hantar. Mata dia silau.. so aku adalah kat rumah. Busy sendiri2. Masak kemas rumah..masa aku belajar dulu aku kerja part time kat kiosk asrama. Duit tulah buat tambah2.

Esok and jumaat ni aku turun jumpa orang2 politic pula mana tahu boleh kumpol sikit2 lagi.. Kan nak PRU.

Aku tulis ni nak minta korang doakan aku dapatlah rezeki bantuan kewangan yang aku minta2 semua tu. Mungkin ada doa antara kalian Allah makbulkan.

Aku nak sangat pergi pertukaran pelajar ni. Aku ingat sampai harini pegawai zakat negeri tu cakap dengan aku "kalau awak tolak pergi pertukaran pelajar ni?"

t's gonna be worth for my future.

"Pn pertukaran pelajar ni penting untuk masa depan saya.. Saya dah discuss dengan lecturer saya,nanti pergi sana saya nak cari bahan untuk tesis. Lecturer saya pon dah bagitau saya topik apa patut saya cover."

Sampai hati perut puan suruh saya tolak.
………

Aku selalu percaya dengan kekuatan doa. Aku bukan pandai mana. Aku struggle pon kadang hasil berapa. Tiap malam sebelum apa2 paper aku called abah aku minta doakan. "Abah buatkan sembahyang hajat tau biar Humaira' senang , jawab betul semua.." Aku yakin 2 tahun aku dapat dekan berkat doa abah.

Aku mohon tembakan doanya. Doakan aku dipermudahkan urusan aku..amin. terima kasih sebab baca. .

– Humaira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit