Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Juwita (bukan nama sebenar) terpanggil untuk berkongsi kisah saya sekeluarga dengan satu²nya kakak ipar hasil dari luahan bertajuk “kakak ipar fake” (https://iiumc.com/kakak-ipar-fake/).
Kisah ini lebih 10 tahun yang lalu. Ianya bermula apabila ayah (Almarhum sudah 9 tahun meninggalkan kami) ternampak iklan rumah teres 2 tingkat 4 bilik tidur hendak dilelong bank.
Ayah meminjamkan wang kwspnya untuk pembayaran deposit rumah tu. Nak dijadikan cerita, abang saya menang bid dan rumah tu berjaya dibeli.
Kami (mak, ayah, saya dan kakak no 2 = kak joyah) seronok sangat dapat rumah baru. Rumah tu lebih besar dari rumah kami di negeri hujung benua.
Kami berangan² nak tinggal dengan abang dan kakak ipar dengan anak sulung mereka. Jadi dalam rumah tu bakal ada 7 orang. Mak dan ayah akan guna bilik bawah. Saya dan kak joyah akan guna 1 bilik bersama. Bilik lagi 1 akan jadi stor.
Saya, kak joyah dan abang mengecat rumah baru. Ayah tolong repair mana yang patut. Rumah lama abang akan disewakan. Namun sebelum sempat berpindah, ayah terkena stroke.
Disebabkan ayah pon dah sakit, lagi lah makayah nak duduk dengan abang. Kalau apa² jadi, ada anak lelaki kesayangan boleh tolong. Saya pula, menyambung pelajaran di universiti. Maknanya, saya cuma bawa barang.
Tapi tak duduk di rumah abang selalu. Kak joyah pun ikut berpindah dari negeri hujung benua ke negeri tengah benua (negeri tempat abang tinggal). Sebagai permulaan, dia berkerja di sebuah klinik (tak lama lepas tu, kak joyah dapat kerja kerajaan).
Dia tak menyusahkan abang sebab dia sudah ada kenderaan sendiri. Mak dan ayah pun tak menyusahkan abang sebab duit dapur mak akan guna duit pencen ayah. Oh ya, ayah saya beruntung. Dia ada wang kwsp dan pencen.
Tapi, lepas beberapa bulan duduk dengan abang. Ayah perasan kak ipar tak suka mereka. Ada ketika kak ipar gaduh dengan abang, dihempasnya pintu grill depan ayah. Kadang dia masam muka balik dari tempat kerja.
Kalau memasak (sekali-sekala dia masak hujung minggu), dia cuma hidang tapi tak menjemput makayah saya makan. Dia akan terus memerapkan diri dalam bilik. Dia tak pernah berborak dengan mak apetah lagi dengan ayah.
Dia cuma ambil pusing anak dia yang seorang tu saja. Mak pernah cerita, dia nak ajar kak ipar buat sambal belacan. Sambil mencari barang, dia berborak dengan kak ipar. Bila toleh belakang, kak ipar dah hilang.
Mak memang awal² dulu tak suka dengan kak ipar. Sebab bagi mak, terlalu awal abang kawin. Mak belum merasa duit gaji abang. Jadi, mak anggap kak ipar desak abang kawin cepat².
Masa tu, abang tengah kursus perguruan. Dia ambil cuti 1 minggu untuk buat kenduri belah perempuan. Belah lelaki tak da kenduri. Sebab abang yang tak nak. Ayah pula masa tu tak da isu dengan kak ipar. Ayah yang sponsor gelang batal wuduk kat abang.
Tapi, bila dah duduk serumah. Ayah dah nampak perangai sebenar menantu dia. Saya pon sebenarnya tak gemar juga dengan kak ipar.
Sebab dia tak mesra alam. Buat hal dia je. Langsung tak cuba nak buat baik dengan kami. Dulu, masa kami serumah nak keluar makan malam di luar. Kak ipar slumber je duduk seat depan sambil meriba anak dia yang baru umur 4 tahun kot.
Ayah saya yang strok tu, berhimpit 4 orang duduk di seat belakang kereta. Kalau saya, mak mertua ajar saya kena bagi yang lebih tua duduk di seat depan.
Tapi, kalau mak mertua tak ajar pon, saya memang akan bagi sesiapa yang lebih tua duduk depan walaupun kereta tu kereta saya.
Kami duduk dengan abang tak lama. Tak sampai 2 tahun pun. Makayah memang dh kecil hati. Mereka duduk sekejap² je. Kak joyah pula terpaksa tebal muka duduk sorang² tanpa kami. Saya di rumah sewa di universiti.
Nak dijadikan cerita, satu hari saya dapat mesej dari kak ipar. Saya tak ingat dah butir ayatnya. Tapi maksud dia lebih menyuruh saya hormat orang tua. Saya pelik, terus saya mesej kak joyah.
Kak joyah kata, kak ipar tuduh/tanya dia tentang dapur kesayangan (duit ubahsuai dapur abang pinjam dengan kak joyah) dia ada bintik² putih. Saya yang memang tengah stress dengan thesis waktu tu, terus la serang kak ipar.
Kami bergaduh besar(actually, kawan saya yang reply semua mesej kak ipar..huhu), sehinggalah kak ipar menghalau kami dari rumah abang. Dia bagi kami masa 24jam untuk bawa keluar semua barang² kami.
Sejak peristiwa tu, kami dah tak duduk rumah abang. Kalau datang, tak kan bermalam. Kecuali masa saya nak kahwin dulu, kenduri buat di rumah abang.
Kami tak buat di rumah asal sebab sedara mara banyak duduk di negeri tengah benua. Ayah pon dah meninggal masa tu, abang satu²nya anak lelaki. Jadi nak tak nak. Memang kena abang la jadi wali.
Abang dari kecil memang tak rapat dengan adik² perempuan dia. Sebab dari dia remaja dah kena hantar ke kampung. Dulu abang sangat buas dan nakal.
Ayah risau dia akan jadi anak yang liar (memang patut pon kena hantar, kawan² abang semua jadi mat rempit dan penagih dadah), jadi abang dihantar ke rumah atok sebelah ayah.
Abang selalu fikir dia kena buang keluarga. Tapi abang tak pernah fikir betapa makayah sangat sayangkan dia.
Mak selalu ajak saya temankan dia telefon di publicfon pagi² setiap kali weekend. Dia nak cakap dengan abang lama² guna telefon rumah, tapi takut ayah marah kalau bil melambung.
Abang masa baru mula kerja, ayah bagi kereta. Ayah bagi deposit rumah. Abang sangat beruntung. Adik² abang semua kena usaha sendiri.
Abang cakap kami ni mulut jahat. Isteri dia baik, keluarga istri juga baik katanya. Tak pernah mengumpat orang. Abang belum jumpa lagi orang yang betul mulut puaka. Bukan mengumpat je dia suka, si mulut puaka tu boleh fitnah dan sabotaj lagi.
Dah kena kat suami saya. Jadi saya tau apa itu mulut jahat. Kami ni, nak bawa cerita hal abang kat sedara mara pon tak. Cerita abang habis kat kami anak beranak je. Mungkin la mak ada tercerita kat adik beradik dia. Tapi sekarang dia tak cerita dah lepas kami tegur.
Sekarang, kami semua dah berkeluarga. Kami makin jauh dengan abang. Abang pon jarang call mak. Nak call kami lagi la haram.
Abg ipar saya kata, kalau kak ipar saya tak behave. Itu salah abang saya. Suami saya pon kata benda sama. Abang takut bini katanya.
Manjakan isteri berlebihan. Abang sekarang dah ada 4 orang anak. Anak² abang lebih rapat dengan keluarga kak ipar. Kami memang la tak rapat. Sebab jarang jumpa. Dah macam orang luar. Sedih kenapa jadi macam ni. Tak tahulah boleh dibaiki ke tidak.
Saya sebenarnya takut nak luah. Takut kena kecam macam tt “kakak ipar fake”. Harap boleh bagi komen dan pendapat yang murni ye.
Terima kasih.
– Juwita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit