Assalamualaikum..hopefully admin will approve my confession..thanks in advance ya admin..it’s not about love story,but it’s about latest issue..
******************************
Assalamualaikum semua..tengok headline pun dah gerun kann?? Especially buat anak2 muda..i’m sure that pasti yang lepas baca headline akan ada yang fikir “Ohh please..kami yang muda2 ni dan semua fresh graduate nak campak ceruk mana nanti..kalian bersara pada umur 60 tahun pun dah ramai anak muda/fresh graduate terkontang kanting mencari kerja,apatah lagi jika tempoh bersara itu dilanjutkan sehingga 62 tahun..”..Allahu..
.
Jika kerajaan meluluskan usul CUEPACS untuk melanjutkan tempoh bersara daripada 60 tahun kepada 62 tahun,ianya hanya akan meningkatkan kadar peratusan pengangguran belia di negara ini..Maka tidak hairanlah jika ramai para graduat yang akan menganggur setelah menghabiskan pengajian..anak2 muda yang berkelayakan yang mempunyai diploma/degree/master dan sebagainya menganggur bukan kerana belia malas,bukan juga kerana belia memilih kerja..namun peluang2 belia tersekat dan terhad dek pasaran kerja ramai dikuasai oleh pekerja veteran yang terlalu lambat bersara..
Memang diakui tenaga kerja veteran diperlukan dalam sesebuah organisasi pekerjaan kerana mereka telah lama bekerja dan mereka mahir serta mempunyai banyak pengalaman,bak kata pepatah dah lama makan garam..namun bagi pihak berwajib,harus dipertimbangkan juga perkara ini (melanjutkan tempoh bersara),kerana berapa lama dan berapa banyakkah perkhidmatan yang mampu diberikan oleh pekerja veteran pada usia yang telah senja? setelah pekerja veteran tersebut bersara,maka anak muda yang telah menganggur 1-5 tahun barulah diserap untuk bekerja..
Namun,tidakkah merasa pengangguran belia selama 1-5 tahun itu adalah merupakan sesuatu yang merugikan negara? Kerana dalam tempoh pengangguran belia tersebut,sebenarnya banyak perkara yang bermanfaat yang boleh belia sumbangkan kepada negara melalui sesebuah organisasi kerana belia adalah produktiviti negara..
maka tidak hairan jugalah jika tenaga mahir dari negara ini lebih gemar untuk berkerja dan memberikan perkhidmatan di luar negara seusai sahaja menamatkan pengajian di universiti tempatan mahupun di luar negara,kerana tidak ingin mengambil risiko untuk menganggur dalam tempoh yang panjang..Ekoran perkara ini,negara kita akan kekurangan tenaga mahir tempatan dan menyebabkan kita terpaksa mengambil pekerja asing bagi mengisi kekosongan tersebut dengan kadar gaji demand yang jauh lebih tinggi dari pekerja tersebut dan secara tidak langsung impaknya kadar peratusan imigran warga asing ke negara kita turut meningkat,dan perkara ini kan memberi kesan terhadap ekonomi negara..
Di samping itu,pekerja veteran yang dilanjutkan tempoh bersara sudah pasti mempunyai masalah kesihatan di usia senja mereka..Pasti sekiranya mereka tidak sihat,mereka akan mengambil MC/cuti sakit bergaji mahupun cuti sakit tanpa gaji untuk berehat seketika..Hal ini akan menjejaskan prestasi pekerja serta reputasi jabatan dan secara langsung akan memberi impak kepada produktiviti negara..
suka untuk saya selitkan sedikit pantun dalam penulisan ini..
.
Penyakit tiga serangkai telahpun mengintai-ngintai,
Usia senja tenaga pun dah longlai,
Sedangkan cucu cicit di rumah menanti untuk dibelai..
Negara kita ramai anak muda yang cerdik pandai,
Tapi semuanya terkapai-kapai,
Hanya kerana lebih memilih pekerja veteran untuk diguna pakai..
.
Sekian,
– #CikGulaKapas
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit