Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bernas dan tepat pemikiran saudara tentang kaki-kaki aktiviti dan perokok tu. Saya bukan lah tidak menyokong kenyataan saudara tapi contoh yang saudara berikan hanya kawan-kawan saudara dan tak termasuk lagi dengan andaian yang saudara nyatakan tanpa contoh. Saya akui, kehidupan golongan ini kadang kala terumbang ambing tetapi tidak lah semua. Walhal tidak semua perokok tidak menjaga hygiene. Wujud lagi insan yang sentiasa membawa minyak wangi sentiasa. Malahan tidak kurang juga kaki-kaki aktiviti yang balik ke rumah membantu keluarga mengemas rumah, mendapatkan keperluan rumah dan aktiviti keluarga untuk keselesaan bersama.
Jika hendak merujuk kepada rakan-rakan kita sahaja saya juga mempunyai kawan yang bukan kaki-kaki aktiviti tapi masih juga pemalas. Individu lelaki yang bercita-cita tinggi akan mampu membekalkab kebahagiaan kepada keluarga mereka? Tidak tepat juga kenyataan ini kerana apa yang penting kepada mereka adalah kerjaya mereka maka apabila tekanan kerja dan bebanan kerja yang banyak mungkin akan dilepaskan melalui kemarahan kepada anak-anak, isteri dan keluarga.
Berdasarkan kenyataan saudara wanita haruslah memilih lelaki yang mempunyai kerjaya dan berwawasan. Jika saya salah faham saya minta maaf. Kadang-kadang individu yang diberi taraf lelaki ni memerlukan satu catalyst atau pencetus yang mampu membawa diri mereka ke peringkat berwawasan. Kenyataan saudara turut menyatakan lelaki paling hensem pada usia 30 an kerana kewangan yang stabil. Ini menunjukkan pada usia menghampiri 30 mereka lebih berwawasan dalam memastikan usia 30 lebib yang stabil dari segi kewangan dan cara hidup. Ini menunjukkan kehadiran wawasan di dalam diri lelaki ketika lingkungan usia begitu.
Tidak perlu kita menilai seseorang hanya dari penampakan aktiviti luaran mereka. Tidak semua kaki ubahsuai kereta tidak menjaga keluarga mereka. Alhamdulillah pakcik saya masih lagi mampu menyara anak bini dan membesarkan anak-anak dengan berjaya walaupun berbelanja untuk modified kereta dia. Dari situ kita dapat lihat jika mengambil contoh dari rakan terdekat kita. Saudara menyatakan rakan rumah marah kerana tertutup suis untuk memasang vacum sedangkan membantu pun tidak. Berdasarkan hal itu saudara terus meletakkan label kepada golongan yang bermain dota sebagai pemalas. Hal ini tidak disokong dengan hal yang kukuh. Ini adalah berdasarkan pandangan saya, andai ada salah silap saya mohon kemaafan.
Sebenarnya cara yang terbaik adalah dengan kenal hati budi seseorang itu untuk dijadikan pasangan hidup. Bukan lah dengan menilai berdasarkan aktiviti mereka. Sebagai contoh, mungkin dia melakukan aktiviti yang membuang masa namun dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya. Kita tidak melihat bahagian hidupnya yang dia menunaikan tanggungjawab manakalahl bahagiab hidupnya melakukan aktiviti ini kita dapat melihat dan terus melabelkan mereka seperti kenyataan tuan hamba bagi saya adalah tidak patut. Ini hanyalah pandangan saya sahaja, andai ada yang tidak selesa saya mohon maaf.
Untuk melabelkan seseorang individu amat mudah, untuk mengenal hati dan budi juga mudah. Maka pilihlah yang mana yang sesuai dilaksanakan untuk hasil yang tepat. Saya menulis catatan ini kerana terkesima dengan kenyataan saudara yang setiap kaki-kaki aktiviti mempunyai kelemahan. Apakah insan yang bekerjaya tidak mempunyai kelemahan atau kekurangan? Insan yang sentiasa berusaha mempunyai aturan hidup sempurna?
Rezeki ini satu hal yang tidak dapat diduga. Usaha untuk mendapatkan rezeki tidak pernah terlewat. Pelbagai program yang ditawarkan untuk dilaksanakan sama ada anda berusaha atau tidak sahaja. Selain itu, terdapat juga individu yang akan berubah setelah berkahwin kerana mereka merasa wujudnya tanggungjawav hakiki mereka. Sebab itu orang tua kata nak berubah kahwinkan dia(ini ungkapan orang tua di kampung saya, andai salah dan silap saya mohon maaf). Penceraian dikalangan golongan muda kadang-kadang bukan berpunca daripada golongan kaki-kai aktiviti sahaja. Golongan yang bekerjaya juga berlaku. Sebenarnya banyak faktor dapat dilihat seperti tidak wujuf kesefahaman antara suami isteri, pernikahan atas dasar cinta tanpa mengenal sepenuhnya dan ego masing-masing yang utuh bagai dinding konkrit dan banyak lagi. Makanya jangan la dipersalahkan sepenuhnya dengan aktiviti yang dilakukan. Mungkin wujud golongan yang seperti tuan khabarkan tapi tidak semua yang melakukan aktiviti yang sama mempunyai perangai sedemikian rupa juga.
Di zaman yang serba membangun ini tidak saya nafikan kerjaya itu penting tapi kegembiraan dan kebahagiaan individu juga penting. Mungkin kekayaan boleh membeli kebahagian namun kebahagian dengan usaha mungkin lebih melazatkan. Tidak usahlah memandang rendah kepada kaki-kaki aktiviti ini, kerana mungkin itu hanya di waktu lapang tapi ketika itu jugalah kita memandanh hidup mereka makanya sudah tersilap anggapan.
Kenyataab saudara tentang peratusan yang mendapat hadiah wang tunai amat betul sekali. Tentang itu tidak dapat saya ulaskan lagi. Ini hanyalah pandangan saya tidak ada berkait dengan yang hidup atau yang mati. Manusia ni dilahirkan pelbagai sifat. Manusia juga ditetapkan takdirnya dan ade yang mampu diubahnya. Saya bukanlah ustaz atau golongan belajar kitab, andai ade tersalah sepuluh jari saya susun memohon maaf.
Ini hanyalah pandangan saya sendiri. Saya memohon maaf andai ada tersalah dan tersilap dalam catatan ini.
– Azmi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit