Antara hobi dan minat? Oh lelaki..

Assalamualaikum, harap admin approve kan. Thanks. Firstly, tujuan penulisan kali ni untuk membidas kenyataan berbangkit mengenai lelaki. Apa itu lelaki? Seorang manusia yg diangkat menjadi ketua di dalam rumahtangga dan masyarakat. Bahkan nabi juga terdiri drpd kaum lelaki.

Namun, dlm kajian yg dilakukan, lelaki di Malaysia majoritinya matang ketika umur mereka mencapai 25 tahun dan ke atas. Kenyataan saudara si pemerhati senyap tentang rakan2 yg banyak habiskan masa utk game, futsal, memancing, motor dan sebagainya adalah dianggap ‘trash judgemental’. Why?

Dari zaman sekolah rendah, sampai la ke zaman universiti. Rata2 lelaki masih bersifat nakal dan kurang terurus dek kerana status mereka sebagai orang bujang. Tetapi, selepas berkahwin, rasa tanggungjawab terhadap keperluan nafkah isteri dan anak2 adalah suatu lumrah kehidupan yg dianggap naluri matang seorang lelaki bergelar suami.

Adakah hobi lelaki ini terlalu teruk pada pandangan saudara? Adakah kami sebagai lelaki hanya perlu memikirkan perancangan masa depan semata2 tnpa perlu hiburkan diri di waktu lapang dgn hobi kami? Ya saya akui, ada beberapa point yg bagus utk diterima dan diambil dgn positif. Tetapi, kebanyakan yg saudara confess adalah suatu yg mengundang persepsi buruk terhadap jiwa penulisan saudara.

Lelaki di zaman menara gading banyak ragam dan perangai. Ada yg jenis kaki bola, game, gym, dota, hiking, mancing, mat motor dan sebagainya. Kita beranggapan bahawa itu semua adalah minat dan hobi di masa terluang utk lelaki dan kawan saudara yg masih bujang.

Jarang sekali kita dengar kawan yg dh berkahwin ada anak sanggup abes duit dan masa utk hobi. Kekadang nk ajak lepak pon dh susah, sbb byk habis masa utk isteri dan anak2 kerana atas dasar tanggungjawab sbgai lelaki bergelar suami dan bapa.

Buat kaum wanita, janganlah menghalang hobi dan minat teman lelaki dan kawan lelaki kamu seandainya dia mampu mengawal dan seimbangkan diantara hobi dan waktu belajar mereka. Akhir kata, saya ambil kata2 daie hamidah, juara program daie tv3.. “Pandanglah dgn rahmah, ubahlah dgn hikmah” . Maaf andai terlanjur bicara, terkasar bahasa. Assalamualaikum wbt. #prayforturkey

– Angah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit