Lost weight?

Assalamualaikum dan hai!! Aku harap admin sudilah approve confession aku ni sebab aku naaaaak sangat tolong sis sis bro bro yang nak turunkan berat badan ni .. Hihi aku turun 10kg dalam masa setahun.

Mungkin certain people anggap 10kg in 1 year tu sikit but, aku diet dengan cara yang seronok dan environment yang positif :) Plus, aku lost inches memang banyak. Almost 11 inches jugaklah. Bukan jenis yang pergi gym, exercise and etc sebab aku jenis yang malas dan cepat bosan hehe. So, malas nak type panjang, here’s the tips :

1. Niat. Haaaa, niat nak turunkan berat untuk apa? Pastikan niat kita betul tau! Aku turunkan berat sebab aku nak jadi seorang yang sihat dan produktif. Addition, nak beribadah pun senang nanti :)

2. Target.

Disebabkan aku ni seorang yang mudah bosan dan cepat mengalah, aku letak target aku sikit sikit lah, maksudnya mula-mula aku letak target nak turun 0.5kg dulu. Bukan apa, bimbang nanti dah tak ada semangat bila berat tak turun turun. Bila dah achieve target pertama, letak target seterusnya. Ulanglah sampai korang capai main goals korang :)

3. Lifestyle

Haaaa. Diet ni, sama macam kita ubah lifestyle kita. Oh, aku tak buat diet atkins sebab mak aku kata tak elok hihihi mak aku seorang dietitians jadi, aku ikutkan saja lah.. Aku still ambil breakfast, lunch and dinner. Kita ubah portion makanan kita perlahan-lahan. Jangan tiba tiba ambil portion yang sikit. Terkejut badan kita nanti :)

Masa makan, aku guna konsep Focus and Slow Down (entah, aku cipta sendiri sebab aku jenis kalau makan nak laju sebab kejar masa and tak sabar nak habiskan makanan hahaha) Masa makan, focus dekat makanan. Nikmati rasa dan tekstur sesuatu makanan tu. Bila kau fokus dekat makanan kau, automatik kau akan makan dengan lebih perlahan.

Jangan lupa! Amalkan sunnah sebelum makan! Makan buah dulu. As a student, duit memang masalah sikit, jadi aku jimat bila makan buah sebab buah mahal hahaha. Aku tak makan whole apple sebab nak jimat aku makan 1 or 2 slices je :) so, yang lebih tu kita simpan untuk lunch and dinner :)

Pastikan minum air secukupnya. Guna konsep sabar. Jangan dok pulun sekali minum satu gelas besaq hihihi

4. Piramid makanan.

Ikut piramid makanan ni penting! Karbohidrat wajib ambil! Mungkin bila kita tak ambil karbo, berat kita turun. Tapi, yang turun tu sebenarnya berat air je hihi lagipun tak elok kalau tak ambil karbo. Effect buah pinggang. Karbo, protein, vitamin and fats . Ambil tau! Cuma ambil size portion based on keperluan harian kita. Kalau haritu plan nak duduk rumah je, kurangkan sikit portion yang diambil tau!

Oh yang ini penting, aku memang cut air manis. Gula kita boleh dapat dari makanan. Jadi, aku minum air kosong je. Even makan kat luar, aku order air kosong je :)

Ikut cara Rasulullah. Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang (Correct me if I’m wrong)

5. Be productive!

Disebabkan aku tak suka bersenam (squats/lunges/plank pernah buat lepastu give up taknak buat dah hehe) Aku cari satu aktiviti yang aku boleh buat selalu. Yang seronok! Aku pilih untuk menari. Aku suka menari satu masa dulu, tapi lepas aku dah gemuk, aku stop terus sebab susah nak menari. Tapi, sekarang aku start balik. Mula mula susah sikit tapi lama lama aku dah okay dah :) tak perlukan bajet yang banyak pun, just buka youtube and search type of dance yang kau suka and follow their movements pun dah terlebih okay dah! :)

Extra tips:

– Kalau guna alarm untuk bangun pagi, letak alarm jauh sikit. Tempat yang kita perlu berjalan untuk matikan alarm tu.

– Instead of bawak gelas besar dengan kau setiap masa, apa kata letak gelas di dapur dan bila nak minum, kau jalanlah pergi dapur tu.

– Bila buat kerja rumah, kau enjoy! Selalunya masa mop lantai, aku duk terkinja kinja jugaklah. Kira exercise lah jugak ni. But in a fun way :)

6. Be positive

Haaaa postive ni penting tau and don’t forget to love yourself :)

Alhamdulillah, ini antara tips yang aku boleh kongsikan. Banyak lagi tips yang aku nak kongsikan tapi masa tak mengizinkan hihi. So, kepada sis sis yang nak turunkan berat badan, semoga berjaya!!! Ingat, awak semua ni bernilai. Sayang diri sendiri okay? Kepada yang dah berjaya, jom kongsi tips korang dekat ruang komen. Kita bantu orang lain, nanti orang pun bantu kita :)

Assalamualaikum!

– Mrs. Transformer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit