Aku Yang Bercita-Cita Menjadi Isteri Solehah

Saya seorang Mak anak satu, berusia 27 tahun yang masih baru dalam sebuah perkahwinan.

Sewaktu bujang, saya seringkali teruja dengan konsep perkahwinan kerana saya memandang mudah pada istilah taat kepada suami dijamin syurga.

Iya. Mesti akak-akak tergelak dengan pemikiran tidak matang saya itu. Benar. Itulah tahap pemikiran saya waktu itu. Kini saya sudah melalui badai perkahwinan ternyata sangkaan awal saya meleset.

Saya fikirkan saya sudah bijak pandai mengawal dan mengenali perangai suami.

Saya cukup kenal apa yang perlu dibuat ketika suami marah, apa yang suami gemar, cara macam mana yang suami suka (istilah lepas kahwin baru betul-betul kenal tidak tertakluk di sini) sebab tiada perbezaan perangai suami dulu dan selepas berkahwin.

Namun satu yang saya baru dapat kenal ialah diri saya sendiri.

Saya baru mengenali diri saya yang dahulunya bercita-cita sebagai isteri solehah penghuni syurga kini seringkali terciduk apabila menghadapi ujian rumah tangga,

Saya lupa untuk tetap tersenyum apabila suami tidak mudah untuk diuruskan atau apabila suami berkelakuan tidak seperti saya harapkan.

Saya lupa untuk tetap bersabar apabila suami melakukan sesuatu yang tidak saya suka hatta hanya meletakkan baju merata. Saya membebel, tarik muka masam adakala saya tidak bercakap. Saya hukum suami apabila dia buat salah.

Saya merasakan “he deserves to be treated that way” sebab dia sakitkan hati saya. Saya mengambil tugas Allah untuk menghukum dia.

Siapalah saya seorang isteri ingin menghukum suami.

Dia yang dah banyak berkorban dan cuba melakukan all out untuk keluarga kecil kami. Sedangkan dia tidak sewenangnya menghukum saya atas kekurangan saya sebagai isteri.

Usia pernikahan kami masih awal. Saya lupa saya wanita di akhir zaman. Kesabaran saya nipis. Demand saya tinggi, Apabila suami saya berbuat salah. Saya abaikan semua kebaikan yang pernah ditaburnya.

Saya seringkali terngiang-ngiang keburukan yang suami buat (saya memilih untuk tidak memberitahu apa kesalahannya, yang pasti tidak melibatkan istilah pihak ketiga) dan melupakan segala pengorbanan dan kebaikannya.

Saya pernah mendoakan agar Allah kurniakan syurga tertinggi buatnya apabila dia melakukan saya begitu baik dan saya juga pernah mengangkat tangan berdoa meluahkan rasa sakit apabila sakit hati dengan suami.

Saya masih belajar macam mana untuk tetap tenang, cinta, tabah dan sayang meskipun hari tak seindah dulu.

Saya baru mengenali perangai saya sendiri iatu cinta saya bersyarat. Saya hanya menerima dia jika dia berbuat baik kepada saya.

Saya hanya layan dia baik kalau saya dilayan baik. Saya hanya menerima dia kalau dia mudah untuk diuruskan atau difahami. Sekiranya sebaliknya, saya terus rasa kelam, tidak bahagia, sengsara.

Setakat ini saya dah jumpa 2 elemen utama perkahwinan:

1. SABAR

2. KEMAAFAN

Sabar yang tidak berpenghujung dan kemaafan tidak bersyarat. Apabila saya cuba sematkan dua elemen ini dalam hati, saya lebih berlapang dada menerima ujian rumah tangga.

Jika confession ini terpilih untuk disiarkan dan suami saya membaca ini, saya memohon maaf kerana menghukum kesalahan awak dan membuang semua kebaikan yang telah awak taburkan kepada saya.

Saya lupa bersyukur. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Semoga kasih kita kekal sehingga syurga. Semoga Allah lembutkan hati awak untuk memaafkan saya.

– Isteri Yang Gagal Menjadi Solehah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *