Serba Salah

Saya serba salah nak cakap. Tapi makin simpan makin terfikir.

Saya merupakan kakitangan sebuah kementerian di putrajaya. One of the huge ministry yang bangunannya memang ikonik. Siapa kaki jogging atau cycling pasti akan lalu bangunan ni. Bangunan ada air pancur (yang tahu je tahu).

Saya ni jenis kalau sebelum pergi kerja, saya akan selesaikan segala hajat di rumah.

Satu hari, saya memang kelam kabut nak pergi kerja sebab ada mesyuarat seawal pagi. Habis sahaja mesyuarat, memang tandas memanggil lah. Di sini lah perkara menggusarkan saya bermula.

Bila nak masuk tandas, pintu tandas ni tak tertutup. Kebetulan di hadapan saya, ada seorang lelaki lagi tengah laju nak ke tandas. Rasanya dia tak perasan saya kat belakang.

Bila masuk tandas saya perasan budak lelaki tadi masuk tandas hujung sebab pintu kubikal tandas tu sahaja yang bertutup. Saya masuk kubikal pertama sebab ini spot kegemaran saya. Mudah dan cepat. Tiba-tiba saya dengar ada suara kat hujung kubikal.

Suara ini memang saya kenal, iyalah sebagai orang dewasa ini bunyi orang sedang kissing. Tapi bunyi ini sekejap kedengaran sekejap tidak kedengaran. Rasa seram sejuk tiba-tiba.

How kinky these person nak buat kerja tak senonoh di tandas tempat kerja. Ini tidak bermoral dan tidak beretika.

Saya selesaikan hajat dan keluar kubikal. Ketika membasuh tangan, keinginan nak tau siapa yang buat kerja tak baik ini membuak-buak.

Mungkin dua makhluk ini tau ada orang lain dalam tandas, tiada suara kedengaran. Saya lihat kubikal hujung masih berkunci. Saya pun keluar tandas dan sengaja hentakkan kaki kuat supaya mereka rasa saya telah keluar. Saya tunggu di luar pintu tandas.

Tak sampai 5 minit menunggu, saya dengar pintu tandas dibuka. Bunyi air sinki kedengaran. Kemudian tapak kaki orang keluar tandas.

Betul!! Dua orang lelaki keluar dari tandas. Saya buat-buat nak masuk tandas seolah-olah baru sahaja sampai tandas. Saya lihat tepat kearah kedua mereka.

Salah seorang daripada mereka saya selalu nampak. Dia adalah pegawai PTD gred48. Selalu nampak dia di majlis-majlis peringkat kementerian.

Selalu juga nampak emel dia untuk aktiviti sampingan peringkat kementerian. Lelaki lewat 30an berkulit gelap. Yang seorang lagi saya kurang pasti siapa. Tetapi mereka berjalan kearah berbeza. Pasti berlainan sektor.

Beberapa hari selepas kejadian itu, saya ada ikut kawan-kawan untuk bermain badminton selepas waktu kerja. Kementerian saya bekerja ada court badminton.

Ya Allah terkejut sebab saya nampak dua pasangan ini bermain badminton. Melihat mereka terbayang apa yang terjadi di tandas tempoh hari. Apa yang lebih mengganggu ialah perasaan nak tahu siapa mereka berdua.

Semenjak melihat mereka bermain badminton, saya jadi meluap-luap untuk nak kenal siapa mereka.

Lelaki yang berkulit gelap ini namanya En. R. Macam saya katakan dia memang terkenal di kementerian ini sebab antara pegawai yang aktif dengan program, majlis dan aktiviti.

Seorang lagi lelaki pula bertubuh lebih rendah dan setelah mengkaji dia adalah kakitangan gred 17 di sektor X. Tak salah orang utara sebab saya beberapa kali terjumpa dan dengar dia bercakap di kafeteria.

Kadang-kadang saya nampak mereka berdua berjumpa di lobi kementerian. Pernah terlihat lepas balik kerja ada terserempak mereka keluar berdua menaiki satu kereta buatan jepun.

Sampai sekarang saya serba salah. Saya sedar orientasi s3ksual adalah hak mereka. Tapi apa yang berlaku antara mereka pada saya tidak baik apatah lagi dilakukan di tempat kerja. Malah di sebuah kementerian yang diterajui oleh menteri yang antara paling disebut-sebut sekarang.

Kadang-kadang saya cuba bersangka baik kemungkinan mereka adalah kawan tapi kejadian kubikal tandas terus terbayang. Kawan apa yang kongsi kubikal tandas.

Perlukah saya laporkan kepada pihak sumber manusia? Dari segi moraliti dan etika ianya memang melanggar tatacara. Selain itu fikiran saya terganggu.

Semenjak kejadian di tandas, kerap kali saya terserempak mereka di mana-mana sama ada berdua atau berasingan.

Saya pula yang terganggu fikiran sebab asyik memikirkan situasi ini. perlu kah saya bertindak atau berdiam saja sebab itu bukan urusan saya.

Mungkin pembaca boleh kongsikan pandangan dan saya juga nak tahu adakah situasi yang berlaku dengan saya menyebabkan saya mengalami gangguan mental?

Kenapa gangguan mental sebab saya akan jadi gelisah apabila terserempak dengan mereka. Hal ini kerana saya kerap sangat terserempak dengan mereka terutama En.R.

Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada yang memberi pandangan.

Sekian,

– Abu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *