Assalamualaikum nama aku Cik B. Aku dah 4 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan baby. Aku menulis hari ni sebab beberapa hari ni newfeeds fb asik keluar pasal influencer surprise isteri dengan hadiah tak kalah mewahnya.
Ramai komen2 tag suami masing2. Ada jugak yang membandingkan suami dia dengan influencer tu. Aku cuma nak share secebis kisah aku isteri yang tak bersyukur ni supaya korang stop comparing your husband.
Aku takut jugak nak post tulisan ni tapi aku amik ni sebagai nasihat untuk diri aku sendiri jugak.
Aku masa mula kahwin dengan suami, aku macam tak boleh terima sebab suami aku tak macam yang aku expect. Yes expectation aku tinggi terhadap suami aku. Aku mengimpikan suami aku rajin tolong buat kerja rumah. Tapi bila dah kahwin, tak macam yang aku impikan.
Aku bukanlah nak suruh dia 100% buat kerja rumah. Aku nak macam contoh aku basuh baju, kau sidaikanlah. Aku dah masak, kau basuhkan pinggan. Aku dah kemas rumah, kau tolong la buang sampah.
Kesudahannya, aku selalu gaduh dengan suami pasal benda kecik ni jee. Kalau lepas makan kadang dia tak basuhkan pinggan, aku membebel marah macam benda tu besar pada aku.
Masa tu aku masih bekerja. Jadi aku expect suami aku saling tolong menolong dalam rumahtangga.
Bayangkan baru sebulan kahwin aku dah cakap aku menyesal kahwin dengan kau. Ceraikan aku. Hahaha. Sekarang ni aku menyesal cakap macam tu sebab suami aku ni baik dan tak pernah berkira dengan aku.
Masa aku kahwin tu, time pkp. Hari aku nikah, kawan sekerja aku pun nikah hari yang sama. Dan aku selalu tengok post dia dekat fb and whatsapp.
Pergi jalan2 dengan suami dia, suami dia rajin tolong itu tolong ini. Suami dia pandai masak. Suami dia ada kerja yang bagus dan sebagainya. Suami aku kerja kilang biasa2 je sampai aku lupa nak bersyukur dan aku tak nampak kebaikan suami aku sendiri.
Sampai satu tahap, aku stop tengok fb. Aku stop tengok benda2 yang boleh trigger aku untuk membandingkan suami aku. Aku ada baca satu penulisan kat fb. Cari kelebihan yang ada pada suami. Jangan tengok keburukan je.
So aku cuba ingat balik masa zaman bercinta dulu apa aku nak dia tak pernah tak tunaikan. Even dah kahwin ni pun, aku nak makan apa cakap je. Ada duit dia akan belikan. Takde duit, dia akan cakap nanti kita beli.
Kadang benda macam ni aku tak nampak sebab aku selalu bandingkan suami aku dengan suami orang lain.
Suami aku tak romantik. Tak pandai nak tunjuk kasih sayang. Tapi dia tunjuk dengan perbuatan.
Kadang ada hari aku rasa malas nak masak atau taktahu nak masak apa dia akan cakap, takpe la hari ni awak takyah masak. Saya yang masak. Takpun, dia akan cakap hari ni makan kat luar. Benda macam ni pun aku tak nampak.
Dulu masa aku masih bekerja, pagi2 dah siap nak hantar aku pergi kerja walaupun shif kerja dia pukul 3 petang. Kawan aku lak, pergi kerja drive sendiri sebab tempat kerja suami dia tak sejalan.
Kalau aku mintak tolong sidaikan baju ke, basuhkan pinggan ke, dia akan buat. Which is, aku kena suruh la baru tu dia buat. Kalau tak, tak jalan. Hahaha.
Aku mintak buatkan ampai, buatkan meja, buatkan kerusi, dia sendiri cari kayu pastu dia tukang sendiri. Masa hari anniversary kitorang, aku tanya dia takde nak bagi surprise ke, dia kata takde. Kan aku suami tak romantik.
Tapi, tau2 dia balik kerja diam2 dia sorokkan sejambak bunga ada coklat. Alih2, nah. Takde wish pun happy anniversary tapi bagi bunga tu pun dah cukup faham. Hahahaha
Masa aku disahkan positif covid, suami aku laa yang tengah2 malam duk urut badan aku, picit kepala aku. Tengah tidur aku kejutkan dia sebab aku takleh tidur.
Batuk sampai sesak nafas. Masakkan makanan untuk aku walaupun masa tu dah hilang deria rasa. Masa aku dah naik ambulan dia yang paling tak tentu arah. Chat kawan dia suara dah nak nangis sebab takut aku ditidurkan tak bangun2.
Aku nak berhenti kerja, dia iyekan. Dia tak larang aku nak kerja, dan tak juga larang aku nak berhenti kerja. Aku pernah tanya dia, kalau aku berhenti kerja pastu kite tak cukup duit camne?
Dia kata takyah pikir, dia tahu la nak cari duit kat mana. Aku nak belajar amik kemahiran, suami aku support.
Hari2 hantar dan amik aku pergi balik kelas. Walaupun lepas hantar aku, dia terpaksa patah balik pergi kerja. Kami ada satu kenderaan je iaitu motor. Sekarang ni tengah usahakan nak keluarkan kereta.
Pasal anak, dia tak kisah pun. Ada, adalah. Takde, takdelah. Bukan kita tak berusaha. Cuma belum rezeki. Suami aku pun tak kisah kalau takde anak. Anak buah ada, tumpang anak buah je la. Buat masa ni dia takde lak cakap nak kahwin lagi. Ye la baru 4 tahun kahwin.
Ada sorang kawan aku, suami dia polis. Tengok status whatsapp dia setiap kali suami dia balik outstation mesti suami dia bawak pergi bercuti. Kalau suami dia cuti, anak2 semua suami dia uruskan.
Kerja rumah pun suami dia yang buat. Kawan aku ni rilek saja. Tapi bila suami dia outstation berbulan lamanya, nampak struggle dia uruskan anak2 sendirian.
Aku ni, suami aku kerja dekat2 je. Kalau dapat outstation pun tak selalu. Kalau outstation pun, seminggu atau dua minggu sekali mesti balik.
Tak payah pening2 pikir macamana nak urus anak sebab belum ada anak. Jadi, masih nak membandingkan suami sendiri dengan suami kawan ke? Masih tak bersyukur ke?
Kalau ingat balik sepanjang baru 4 tahun kahwin ni, aku cakap kat diri aku kenapa nak bandingkan suami sendiri dengan orang lain.
Masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Suami aku boleh terima kekurangan aku kenapa aku tak boleh nak terima kekurangan dia. Ada orang dah takde suami, semua kena buat sendiri. Uruskan anak2 ape semua.
Aku ni masih ada suami pun tak reti bersyukur. Ada orang suami kaki pukul, kaki minum, kaki perempuan. Suami aku tak macam tu.
Bersyukur bangun pagi dia ada kat sebelah, ada yang mengimamkan solat, sudi bawak aku pergi jalan2.
Masa dia outstation 3 bulan, barulah aku nampak yang aku sayang suami aku. Bila dah jauh hari2 tanya bila nak balik sebab aku rindu nak duduk serumah dengan dia. Nak gaduh2 manja. Naik motor pergi jalan2. Rindu sangat.
Jadi korang yang dapat suami yang baik, cuba jangan bandingkan dengan orang lain. Tengok keadaan suami korang tu. Tengok muka dia time tidur. Kalau suami korang kaya macam influencer tu, lainlah. Kehidupan b40 tapi selera nak t20. Mana sama weyy. Kasut kita tak sama.
Kadang bila aku rasa nak membandingkan suami aku dengan orang, aku akan cakapnkat diri aku, Suami aku bagi cukup makan, pakai, tempat tinggal. Apa lagi yang aku nak?
Kita cuma nampak luaran je. Dalaman kita taktahu sebab dia tak tunjuk. Zaman sekarang kan, apa yang ditunjuk tak sama dengan apa yang berlaku.
Jadi, hargailah suami korang tu. Jangan nanti bila dah takde, baru korang nak kenang semua kebaikan dia.
Maaf la tulisan aku ni panjang sangat. Aku bukan nak cakap suami aku baik, tak. Tulisan ni aku tuju untuk diri aku sendiri jugak. Stop tengok kekurangan suami.
– Cik B (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit