REPLY: Pretty Privilege

Reply confession, (https://iiumc.com/pretty-privilege/).

Assalamualaikum. Selepas membaca luahan berkenaan tt (tak sure maksud tt sebenarnya, tt tu maksudnya tukang tulis ye?) yang rimas dengan pretty privilege yang dia alami, terdetik pula saya nak share pengalaman sendiri.

Saya merupakan pelajar cemerlang sejak dari bangku sekolah sehingga ke menara gading, orang panggil cream of the cream lah katakan.

Saya sering ditawarkan dan dicalonkan pelbagai jawatan, mungkin kerana sifat saya yang lantang bersuara dan berkepimpinan. Sejak zaman sekolah lagi saya ada ramai peminat.

Ada yang terang terangan luahkan pada saya, ada yang selalu bagi surat cinta, ada yang bagi surat berbaur lucah pun ada.

Pada masa tu, saya tak sedar pun yang saya ni cantik pada pandangan orang. Saya fikir oh saya terkenal sebab akademik dan jawatan saya lah kan.

Tapi lama kelamaan sikit demi sikit saya tersedar yang sebenarnya ramai anggap saya ni cantik. Kalau cantik, mestilah boleh enjoy pretty privilege kan?

Tapi tidak… Pada saya, sesiapa yang sukakan perhatian dan suka mengambil kesempatan saja yang suka apa apa jenis privilege ni termasuklah pretty privilege.

Pertama sekali saya perasan sahabat paling baik saya mula menjauhkan diri daripada saya, sampai sekarang saya terkesan.

Setiap kali dia minat seseorang, mesti lelaki tu pernah mengorat saya tapi saya diamkan saja sebab tak mahu guris perasaan sahabat saya.

Lama lama mesti dia dapat tahu juga. Saya kesal, saya nak sahabat saya balik, saya tak nak peminat peminat ni semua.

Kedua, jalan kaki pulang dari sekolah tak pernah selamat, pasti ada yang mengekori dari belakang, yang ikut di sebelah, yang naik motor pun ikut dari belakang.

Di sekolah harian pernah diraba tak kira bangsa, di sekolah berasrama pula dapat pelbagai hadiah yang takut kita nak pegang atau guna.

Pernah diboikot geng geng pelajar perempuan sebab dilabel menggunakan kecantikan untuk jawatan. Masa tu pelik, aku cantik ke? Huhu, sedih.

Ketiga di alam university, lain pula ragam nya. Tak tahu berapa ramai yang terus ajak kahwin, baik kenalan sendiri mahupun orang yang saya tak kenal. Mungkin pada orang, perkara ni seronok tapi tidak.

Tiada siapa mahu berkawan dengan saya pada mulanya. Ramai label saya perampas, sombong, memilih kawan. Ramai pandang slack (macam ni ke eja nya) pada saya gara gara boyfriend masing masing mengorat saya.

Saya rimas, saya sedih. Waktu ni saya mula dekatkan diri dengan kawan kawan yang menjaga agama, banyak hadir ceramah, majlis ilmu.

Walaupun ada ustaz ustaz yang mahu masuk meminang juga, saya tolak tetapi tetap hadir majlis ilmu, terpaksa tebalkan muka belajar dengan ustaz walaupun dah mereject mereka.

Keempat zaman bekerja. Sangat stress. Manager perempuan layan kita teruk, manager lelaki pula ambil kesempatan mengorat. Bos pernah buat s3xual harassment.

Saya stress, saya ni banyak kelebihan lain, tapi orang tak kisah pun, orang pandang rupa saja.

Kalau saya dapat position tertentu, mesti manager expect layanan lebih daripada saya. Bergaduh dengan kawan sekerja lelaki yang tak professional lagi.

Disebabkan saya reject mereka, mereka mula tak beri kerjasama dalam bidang kerja. Childish! Saya stress!!!

Okaylah luahan macam ni selalu dapat kecaman tapi saya cuma nak bagitau yang pretty privilege always come with a price. Hilang kawan, hilang minat belajar, hilang minat bekerja.

Sekarang saya sudah berkahwin dan menjadi suri rumah yang berjaya walaupun ramai kecam dah belajar tinggi tinggi result bagus bagus tapi jadi suri rumah je???

Ya! Saya stress jumpa orang, saya nak duduk rumah je didik anak! Saya bahagia! Hehe.

Semoga Allah kurniakan saya dan kita semua akhlak yang elok seperti mana Allah jadikan rupa paras kita yang elok. Aamiin…

– Puan Singa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *