Akukah Yang Salah atau Kau Yang Toksik?

Hi semua warga IIUM Confession. Pertama sekali, terima kasih admin sebab siarkan luahan aku ni.

Seperti tajuk, aku telah buang ahli keluarga aku sendiri yang toxic dalam hidup aku. Aku gelarkan dia sebagai Suraya ye.

Adik beradik aku tak ramai cuma ada 3 orang sahaja dan aku telah kematian ayahku yang tersayang dalam 5 tahun yang lepas.

Suraya ni sebenarnya bukan toksik bila dah besar je tapi sejak kitorang masih kecik dia dah ada perangai dia yang sangat lah mencabar kesabaran kami semua.

Dari remaja Suraya suka marah dan menjerit sampai mencarut sebut bat**g, sund**, ba** yang sememangnya mak ayah aku tak ajar pun perkataan-perkataan tu cuma dia sorang je yang tahu perkataan tu.

Tapi kitorang semua banyak sabar sebab masa tu masing-masing budak lagi. Kitorang akan diam sahaja bila dimaki hamun.

Suraya gemar selongkar beg atau laptop orang lain. Ada adik beradik kami yang duduk hostel dan bila cuti sem Suraya ni akan selongkar beg dan laptop kitorang.

Macam kakak aku yang sorang ni dah ada boyfriend masa Uni dan siap buat folder untuk simpanan peribadi gambar boyfriend dia. Tapi Suraya ni punya la tak suka dan cemburu, dia “rename” folder boyfriend kakak aku letak bat**ng. Kejam kan?

Kalau kitorang tak balik kampung, Suraya sibuk lah tanya khabar melalui whatsapp bertanyakan “bila nak balik kampung?”, “nak masak menu inilah itulah”, “nak pergi berjalan ke sana ke sini”.

Tapi bila kitorang balik dia diam dan tak balik pun sedangkan rumah Suraya dengan rumah mak dalam 30 minit dah sampai.

Dia takkan meraikan kitorang ni. Whatsapp pun dia bluetick kan aje dan kadang-kadang call pun Suraya tak angkat. So bila kerap jadi macam ni, kitorang pun bila balik ada yang tak contact pun dia.

Lagipun masing-masing balik kampung tak lama dan niat nak jenguk mak kitorang je. Kitorang dah penat dengan drama dia yang tak sudah-sudah.

Klimaks dia bila raya tahun ni, bila mana raya semua berkumpul dirumah mak tapi dia tak balik pun. Bila call tanya dia tak angkat call dan kitorang pun sibukkan diri buat persiapan raya.

Petang raya pertama tu, kitorang pun decide nak beraya dirumah Suraya walaupun adatnya anak lah yang sepatutnya balik rumah parent kan tapi memandangkan mak aku nak sangat jumpa Suraya dan anak-anak.

Selesai beraya dirumah mak dan pak saudara. Kitorang pun gerak kerumah Suraya. Tapi Suraya macam biasa lah tak angkat call. Bila dah nak sampai dia mesej dia takde mood nak jemput orang datang beraya sebab baju raya dia tak muat.

YaAllah alasan apakah macam ni. Kitorang pun balik terus ke rumah mak sebab Suraya taknak meraikan adik beradik datang beraya.

Suraya tak balik langsung ye even syawal ke-2 atau syawal ke-30. Kesian mak aku sedih sangat dia anak yang paling dekat tak balik langsung.

Even call ucap raya kat mak aku pun takde ye. Suraya bukan orang susah yang takde kenderaan langsung. Kereta pun mahal dan selesa je.

Faktor kewangan bukan isu dia disini.

Lepas kejadian tak balik raya itu, Suraya sakan up story di whatsapp dan IG macam takde apa berlaku. Sakan kesana kesini tapi rumah mak aku pun tak balik.

So aku ni sakit hati tengok story di whatsapp dan decide buang contact number Suraya. Tenang jiwa aku.

Suraya ni mungkin perasan yang kitorang dah tak view “story” dia dan Suraya putuskan connection kami adik beradik dimedia sosial.

Aku tak kisah pun sebab bagi aku, kau yang bermasalah. Kau yang buang keluarga, tak hargai adik beradik dan Mak.

Aku tak tau la malam-malam dia tidur lena ke tak buat kat mak dan adik beradik macam tu.

Nasib baik la kitorang adik beradik ni masing-masing ada kerja dan takde menumpang senang dia. Kalau lah ada yang susah dan minta tolong dia, entah macam mana dimaki dan diperlekehnya kitorang ni.

Tahun lepas suami Suraya ada buat hal dimana ada orang ketiga. Masa tu nampak lah Suraya berubah sekejap sampai rumah mak kitorang yang Suraya rasa jauh yarabbi ni macam dekat pulak sebab tiap hujung minggu datang jenguk mak aku.

Kalau tak balik pun, dia yang call mak aku. Kiranya perubahan yang baik la bila Allah uji perkahwinan Suraya tapi sekejap je sebab sekarang Suraya dah jadi macam dulu. Makin bongkak.

Aku teringat masa arwah ayah aku ada lagi dulu macam tu jugak, arwah selalu mengadu Suraya susah nak balik dan angkat call. Teringat-ingat muka arwah ayah aku sedih anak yang dia sayang buat macam tu.

Tapi bila arwah ayah aku dah takde, Suraya selalu la up status cakap rindu dekat arwah ayah aku la, sayang arwah ayah aku la dan sebagainya. Nak menyesal pun tak guna.

Kalau lah umur mak aku tak panjang dan lepas tu Suraya cakap rindu mak aku. Memang aku basuh kaw-kaw lah dia. Orang dah takde baru nak menangis dan menyesal. Tak guna dah semua tu. Paham tak? Tak guna dah.

So sekarang aku dan adik beradik memang tak contact dah dengan Suraya ni. Sebab dah penat dengan drama dan kesombongan dia. Cuma mak aku lah selalu cakap rindu dekat Suraya dan anak-anak.

Tapi aku tengok mak aku pun mulai dah berlapang dada dan cuba sibukan diri untuk tak bercakap pasal Suraya. Kesian kan?

Kepada Suraya, aku tak tahu la kau ni memang busuk hati tak suka dengan adik beradik atau apa.

Tapi ingat lah mak tu yang melahirkan dan membesarkan kau Suraya dari kau kecik sampai dah besar membongkak. Kau pun dah jadi mak sekarang, nanti kau rasa lah bila anak kau jadi macam kau yang lupa diri tu.

Kalau mak dah takde, kau nak menangis air mata darah pun tak guna la Suraya. Mintak ampun maaf kat kaki mak tu sebelum terlambat.

Aku yang duduk jauh beribu batu ni pun sanggup redah untuk balik jenguk mak. Aku harap bila kau baca ni, kau lembut hati la Suraya dan balik jenguk mak.

Kalau kau tak mampu buang ego kau untuk balik, kau call la mak. Orang cakap hubungan adik beradik ni macam cincang air takkan putus.

Cuma bagi aku dan adik beradik lagi, lebih baik kitorang undur diri,tak perlu ambik tahu lagi dan tak perlu terpalit sekali sikap toksik dia tu.

Kalau ada yang cakap tak baik putus hubungan adik beradik ni, bagi aku baik kita pilih kesihatan mental kita dari duk hadap orang yang mental ini.

Sekian..

– Adik yang tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *