Suka Kawan Sendiri

Assalamualaikun semua. Saya seorang perempuan yang sekarang berumur pertengahan 30 an.

Sudah bekerja dalam sebuah syarikat swasta di ibu kota dan belum berkahwin. Sedih kan? Masih tidak bertemu dengan jodoh.

Harap harap para pembaca tidak bosan dengam luahan saya kali ini. Saya harap sangat pendapat daripada kalian semua. Sangat sangat sebelum saya patah hati yang sangat dalam.

Seperti yang lain jugak, saya jugak rasa ingin berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Di sini saya mempunyai seorang kawan baik yang berbeza jantina yang semestinya lelaki.

Ya, seperti orang kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Salah seorang mesti akan jatuh cinta. Dan sayalah orangnya.

Saya telah jatuh suka dekat kawan saya tu tapi kawan saya yang saya boleh kenalkan sebagai S sedikit pun tidak sukakan saya.

Yang semestinya “S” telah mempunyai teman istimewa dia sendiri. Tapi cara melayan saya seperti dia tiada siapa siapa yang istimewa di hatinya.

Saya dah banyak kali mintak untuk jarakkan diri daripada dia untuk jarakkan diri daripada dia setelah saya tahu dia ada teman istimewa tapi dia marahkan saya sebab bagi dia, dia belum berkahwin.

Tapi dia tidak terfikir ke perasaan saya setiap kali dia bercerita tentang teman istimewanya itu.

Ya, saya mengaku. Saya tak pernah ungkap atau bagitahu perasaan saya dekat dia sebab saya malu dan segan. Sebab saya tahu dia hanya anggap saya apa bagi dia.

Sehingga sekarang saya masih whatapp macam biasa dengan dia.

Saya banyak kali mintak jarakkan, saya tak reply whatapp dia, tolak ajakkan untuk keluar tapi itulah ada je ayat dia buatkan saya kembali untuk berkawan dengan dia.

Ya, hati saya ni tak kuat untuk tolak tapi hati saya patah sangat sangat.

Saya dengar dengar dia nak bertunang. Betapa hancurnya hati saya ni. Saya tahu saya berharap. Setiap kali solat, saya mintak Allah lembutkan hati dia untuk saya.

Buat masa ni hati saya hancur sangat sangat. Kenapa saya jatuh hati dekat kawan saya sendiri.

Tapi dia tetap nak berkawan dengan saya macam biasa tanpa fikir perasaan saya yang hancur lebur ni.

Saya tak sanggup tengok dia ada tunangan dengan orang lain. Sebab dia bekerja dalam bangunan yang sama dengan saya menyukarkan saya untuk lari daripada dia.

Jadi, saya mohon pembaca sekalian, tolonglah bagi nasihat dan kata kata semangat dekat saya. Macam mana saya nak jauhkan diri daripada S ni.

Dia selalu bagitahu teman istimewa dia ok je untuk dia dan saya berkawan tapi bagi saya tak.

Saya minta tolong sangat sangat sebelum hati saya patah yang teramat sangat untuk bagi nasihat kepada saya.

Saya tahu umur macam saya ni dah tak sesuai untuk masalah begini.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *