Hi semua, nama aku Lemon, hari ini aku nak kongsikan bagaimana caranya aku lawan lintasan hati yang sering mengganggu hidup aku.
Backstory, aku start dapat lintasan masa umur aku 16 tahun. Masa tu aku memang tak solat satu waktu pun. aku terdetik dalam hati “Agaknya bila lah aku nak solat”.
Tapi at the same time aku malas nak solat. Aku selalu dapat lintasan hati “Aku kafir”, suara tu bermain hampir 24/7 sampailah aku memang dah tak tahan, sampai nak menangis aku.
Jadi aku consult dengan ustazah sekolah aku. Dia kata jangan risau itu semua mainan syaitan.
Tapi nak aku jangan risau macam mana? Kalau dah setiap masa dengar ayat tu. Aku rasa macam nak pecahkan kepala aku.
Penyakit aku ni berterusan sampailah umur aku 19 tahun. Masa ni aku dah start solat. Aku jaga solat. Dah berjinak baca quran. Tapi kadang2 masih ada lagi, dia datang on/off.
Fast forward umur aku masuk pertengahan ke hujung 20-an. Masa ni aku banyak buat dosa besar.
Disebabkan itu, hati aku tak tenang. Aku kena depression teruk. Solat dah mula terabai. Kadang2 aku tak solat sebab malas. Bila kita dah vulnerable dengan depression, syaitan mulalah datang kacau.
Kali ni lintasan hati aku bukan setakat lintasan aqidah. Waktu solat dia kacau “nak berhenti solat lah”, padahal aku nak teruskan solat.
Waktu wudhu atau mandi wajib, datang was2.
Alhamdulillah, sekarang aku dah masuk 30-an. Aku boleh katakan yang lintasan hati aku 98% hilang, (of course lah, syaitan akan terus kacau anak2 Adam sampai hari kiamat.)
Kalau ada pun hanya sekali dua dan aku just ignore it. Cuma aku ada was2 masa angkat takbir.
Apakah yang aku lakukan sampai hilang gangguan ini?
1. Doa minta kepada Allah agar hilangkan lintasan hati.
2. Niat jihad melawan lintasan hati.
3. Ignore, don’t talk back, ada masa aku dah malas nak layan.
4. Zikir dalam hati bila ada datang lintasan.
5. baca quran selepas solat fardhu, at least 1-2 mukasurat.
6. Hafal quran. Bila aku hafal quran selalunya aku akan ulang2 sebut ayat atau surah yang nak dihafal, mungkin sebab dalam hati ada al-quran, syaitan susah nak kacau.
7. Jangan biarkan fikiran kita kosong terlalu lama, atau jangan terlalu layan intrusive thoughts. Perkara ni kerap berlaku bila kita berseorangan. Perbanyakkan zikrullah.
Sekadar itu sajalah yang aku nak kongsikan. Aku tahu bagaimana seksanya penyakit ni. Kalau manusia yang kacau, asyik call kita boleh block. Ini gangguan dalam diri kita sendiri.
Aku harap sesiapa yang ada penyakit ni boleh cuba. Good luck and adios.
– Lemongrass (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit