Assalamualaikum semua. Mungkin penulisan aku tidak panjang dan jalan cerita tidak tersusun elok sebab aku jarang menulis dan aku seorang lelaki.
Sedikit latar belakang, aku merupakan seorang guru bidang lukisan kejuruteraan dari Semenanjung ditugaskan ke Sarawak kira kira 5 tahun lepas.
Aku tidak memikirkan soal jodoh kahwin sepanjang di Sarawak kerana aku menjaga kedua orang tu aku dan seorang adik lelaki kurang upaya dan duit gajiku hampir separuh ku kirim kepada keluarga di Semenanjung sana.
Adik beradik ku yang lain bukan tidak membantu tetapi merdeka hanya bekerja kampung kais pagi makan pagi.
Ditakdirkan, aku jatuh cinta dengan seorang guru yang aku temui ketika program antara sekolah disini dan dia juga berasal dari Semenanjung.
Tidak lama selepas itu kami berkahwin dan dikurniakan bayi kembar perempuan. Kami menetap, mengajar disini lagi.
Kehidupan kami simple sahaja cukup bahagia walau tidak mewah tetapi sentiasa bercuti jalan jalan, makan angin sana sini.
Semua mula berubah sehingga lah satu tahun lebih selepas itu isteri aku ditukarkan balik ke Semenanjung dan dapat mengajar di sekolah yang berhampiran dengan rumah ibubapanya.
Isteri aku cukup gembira dapat pulang ke kampung halamannya dan aku pun cuba memohon pertukaran ke Semenanjung.
Proses pertukaran aku memakan masa kerana subjek yang aku mengajar tidak banyak guru yang mempunyai kemahiran seperti ku.
Isteri berangkat pulang ke Semenanjung dan mula mengajar di sekolah baharunya.
Pada permulaan semua normal. Rindu yang teramat pada isteri dan anak anak ku tiap tiap pagi, petang dan malam kami voice call, video call.. Sehingga lah ibubapa isteriku mula ‘rapat’ dengan dirinya.
Bukan aku tidak suka tetapi selepas itu keadaan isteriku berubah, aku call mula tidak angkat, jika angkat tidak banyak yang kami borak kan dan ada hari sampai kami bergaduh.
Aku tiap tiap bulan tanpa gagal aku pulang ke Semenanjung kerana dek rindu kan isteri dan anak anak tetapi isteriku bermasam muka kepada ku.
Pada mulanya aku syak dia ada kekasih disini tetapi alhamdulillah aku salah dan setelah aku siasat ibubapa isteriku adalah puncanya.
Keadaan makin parah apabila isteriku mula mempersoalkan kenapa aku masih menanggung ibubapa dan adik oku ku yang mana sebelum ini langsung tidak dipersoalkan oleh dirinya.
Bukan aku tidak memberikannya nafkah, malah rumah, makan minum, hiburan semua aku tanggung dari jauh walau aku hanya duduk kuarters buruk sahaja disini.
Selain itu isteriku juga mula membanding banding dirinya dengan adiknya sering bercuti ke luar negara, rumah banglo yang mewah besar tidak seperti aku.
Adiknya berkahwin dengan seorang usahawan muda yang berjaya dan menjadi kayu ukur keluarganya walaupun muda kerana Wang ringgit menjadi panduan.
Ibubapa isteriku banyak menghasutnya, membuat isteri berpaling dariku dan aku sangat kecewa, buntu.
Aku bukan tidak mahu pulang ke Semenanjung tetapi masih tidak diberikan peluang.
Jika keadaan ini makin berterusan aku tidak rasa hubungan kami akan bertahan lagi.
Aku kasihan kepada kedua anak kami yang rindu kan gelak tawa bahagia kehidupan kami yang lama.
Cikgu Terluka…
– Cikgu Lah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit