Assalamualaikum warga IIUM Confession. Aku ada satu persoalan yang aku nak tanya pendapat semua. Aku macam buntu, aku nak tanyalah in case ada sesiapa ada pengalaman dekat sini.
Aku mudah dicakar. Bukan oleh manusia mahupun kucing. Tapi aku percaya aku dicakar oleh benda yang tak nampak, yakni jin/makhluk halus. Tapi setakat ni alhamdulillah, aku tak pernah nampak apa-apa, cuma aku selalu dicakar.
Cakar tu biasanya dekat belakang bahu. Masa mandi tu tiba2 rasa pedih, tengok belakang ada kesan calar. Kesan calar tu halus, sedikit dalam sebab boleh slightly berdarah tapi tak pernah berparut kekal. Ada kalanya dekat tangan, paha.
Semalam aku kemas rumah. Aku kemas/basuh satu bilik air dekat ruang tamu. Tandas tu tandas untuk tetamu, hias cantik tapi jarang sangat guna.
Masa siang hari tu jugak aku kena cakar, tiba-tiba aku rasa pedih dekat tangan kiri aku, tengok dah ada kesan cakar 2 cm panjang, 3 jalur, dua dekat satu jauh sikit. Masa tu memang naik tegak bulu roma aku.
Masa tu jugak aku rasa bengang, terus aku marah/bebel dekat benda tu, aku cakap jangan kacau aku, jangan duduk mana2 pun sudut rumah aku ni. Lepas tu aku azan 7 kali, baca ayat kursi 7 kali untuk pendinding satu rumah, depan toilet tu aku baca lama sikit.
Harini tengah hari tadi, aku kemas ruang washer/ dryer/ jemur baju dekat belakang, luar rumah di mana tingkap toilet tu bersambung dengan kawasan tu.
Tempat tu kitorang baru letak atap naikkan dinding dan pasang gril jadi tempat tertutup. Masa lap-lap almari tu, aku nak basuh tangan aku then tangan kiri aku pedih.
Tengok, ada kesan calar sama pattern macam semalam, 3 jalur, dua dekat satu jauh cuma tak panjang sangat dalam 0.5cm, tak dalam macam semalam.
Aku bengang lagi, aku bebel dekat dia suruh pergi tempat lain, jangan duduk mana2 bucu rumah aku pun, rumah ni kitorang beli, mahal suami aku bayar installment rumah tu bulan2. Aku azankan/ baca ayat Kursi tempat tu 7 kali.
Ada sesiapa tak yang pernah kena cakar macam ni? Aku nak tahu juga. Aku takde jumpa lagi sesiapa yang ada pengalaman macam aku. yang cerita dia mudah lebam tu, ada la. Tu pun seorang je.
Katanya related to tempat jugak. Tempat baru, hotel ke apa ke, dapatlah lebam. Tapi kena calar macam aku ni tak pernah aku jumpa. Ada sesiapa pernah kena, tahu dan kenapa ya?
Oh ya.. Sedikit latar belakang aku. Aku perempuan, awal 30an, sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. Aku membesar macam biasa, family aku takde terlibat dengan saka etc, mak ayah aku memang tak suka percaya pada jin/ saka semua ni.
Bagi mereka, benda tu wujud saja sebagaimana dalam Quran tapi tidaklah semua benda nak disalahkan pada jin bila terjadi benda buruk eg sakit. Aku dan adik beradik aku sendiri pun pengamal perubatan.
Rumah yang aku membesar masa aku lahir sampai lah aku 12 tahun, aku percaya rumah tu memang ada ‘penduduk’. Mungkin tempat asal dia.
Pernah la ternampak bayangan adik kami so kitorang ikut sampai ke ruang tamu then menghilang, dengar suara orang panggil tapi bila kami dah pindah dari rumah tu, takde dah gangguan tu.
Tapi aku mula terkena gangguan semasa aku di universiti.
Bermula dengan cakaran kecil halus di bahagian bahu, kemudiannya mimpi yang pelik yang biasanya melibatkan gangguan seksual, tersedar sendiri pukul 3-4 pagi dan mata akan terus pandang dekat satu spot atas almari atau tingkap,
Pernah jugak aku tidur pasang Quran dekat phone dan aku tersedar pukul 4 pagi tu tengok play Quran tu dah kena pause.
Adik aku pernah tumpang tidur dekat bilik aku siang hari, kitaorang tidur sama2 satu katil then adik aku mimpi dia nampak suasana sama dalam bilik tu tapi ada satu lelaki tinggi sangat, pakai baju songkok warna putih satin macam tu, dia berdiri pandang adik aku masa tu aku ada tidur sebelah.
Then adik aku tersedar. Satu tahap, ada gambar aku dengan kawan2 aku ambil dekat area asrama tu, semua yang ada gambar aku sahaja nampak ada cahaya putih bulat tu, semua dekat area atas kepala aku.
Masa tu zaman DSLR tengah up. Masa tu baru aku yakin aku terkena gangguan, dan aku tau kena berubat.
Masa aku mula-mula bagi tau mak ayah aku pun, diorang tak percaya tapi eventually sebab persistent gangguan sampai aku rasa serabut asyik bangun je kena cakar, pastu mimpi pelik2 melibatkan 18sx semuanya..
So akhirnya mak ayah aku setuju bawak aku ke jumpa ustaz rawatan as Shifa tu tapi nothing much, apart aku lenguh ketar lutut sebab lama sangat duduk masa ustaz tu baca-baca tapi dia kata aku terketar-ketar sebab tu, tapi entahlah.
Katanya ada benda suka aku, tapi dia bukan 24 jam dekat aku, dia akan datang dan pergi. Sebab tu susah nak ‘tangkap’ kalau pergi berubat pun. So since then, tiap-tiap malam memang aku baca Manzil sebelum tidur.
Ada kadang2 aku terlupa baca dan terus tertidur, memang ‘dia’ datang dan gangguan seksual yang lagi kasar, basically aku dapat rasa sentuhan dia tapi aku tetap lawan sampai aku sedar.
Aku istiqamah dengan Manzil sampai la satu tahap tu, aku boleh rasa dia tinggalkan aku.
Satu malam tu, tiba2 pintu almari bilik aku tiba2 tertutup tanpa angin apapun, dan aku rasa sayu masa tu. Aku dapat rasa macam dia saying goodbye, since then aku takde dah calar mahupun mimpi pelik2 semua tu.
Fast forward, 2 tahun lepas tu aku kahwin. Aku takde gangguan ape dah semacam tu, cuma kesannya aku boleh rasa kalau sesuatu tempat tu ada benda.
Susah nak cakap, tapi aku boleh rasa feeling tu. Kadang2 aku rasa sehembus angin lalu dekat kaki sedangkan kipas apa pun takde and specific dekat kaki je.
Kalau kitaorang tidur dekat hotel, aku jejak masuk bilik tu pun aku dah boleh rasa kalau bilik tu ada benda. End up, malam tu mesti aku mimpi benda tu ada dekat mana, ada dekat siling bentuk monyet la ape lah.
Disebabkan itu, aku memang akan baca ayat2 Quran, Kursi ke etc bila masuk ke bilik hotel mana2 aku rasa ada penghuni. Kena cakar tu boleh berlaku la kalau aku pergi tempat baru yang aku rasa ada benda dekat situ.
Tapi lately cakar ni datang balik. Makin kerap. Dan aku pun dah jadi naik geram. Sakit tau tak.
Dulu, dua tahun lepas masa aku menyewa rumah, aku kemas la satu bilik yang memang kosong. Rumah tu pn dah lama tinggal kosong sebelum kitorg menyewa.
Siang hari tu jugak aku kena cakar dekat tangan. Panjang dan dalam. Dia marah agaknya aku kacau tempat dia kot. Then aku azankan rumah tu 7 kali buat pagar, and since then aku beli yang bacaan Quran yang plug in tu, pasang je Ruqyah continously.
Rumah kitorang beli ni, dah setahun kami duduk sini. Masa aku datang, aku yakin takde ‘benda’ yang menetap /asal dekat sini, tapi sebelum move in tu pun aku dah pasang Ruqyah berterusan. Kalau ada pun, maybe dia pun dah pergi selepas kami move in.
Aku dengan suami pun dah pagar kan rumah ni dengan azan semua. Sampai sekarang pun, aku tak pernah off pasang Ruqyah tu tingkat atas dan bawah.
Cuma dekat tandas tetamu yang aku cuci semalam tu tu, kalau tutup pintu memang tak dengar ape, mungkin sebab tu dia boleh duduk dekat situ. Entahlah.
Haritu pun, masa Midvalley terbakar tu, aku ada dekat Midvalley masa tu, alone. Aku ada kerja, kena naik KL masa tu tapi ingat nak singgah Midvalley sebelum balik tapi itulah, terbakar pulak.
Ada masa diorang bagi masuk kejap selepas kontrol dah kebakaran tu, aku masuk cari parking kereta.
Dalam sesat2 macam tu, aku lalu dekat area belakang kedai berdekatan tangga, scary tempat tu aku pun takut nak lalu situ in case pintu situ terkunci takde siapa tahu aku dekat situ..
Tapi terdesak kan, lalu jugaklah tapi salah jalan but eventually aku berjaya keluar dan dapat pergi parking dan ambil kereta, drive balik.
Masa nak drive keluar tu, tangan aku rasa pedih, aku tengok tangan aku dah ada kesan calar panjang dalam 2-3cm, macam biasalah. Damn betullah.
Aku tak tau lah kalau nak kata pendinding diri aku tak kuat ke apa. Tapi hari-hari aku baca Quran, sebab Al Waqiah tu memang aku hafal je dan aku baca masa drive pergi kerja, dengan zikir2 sebagainya.
Aku ni sembahyang jarang terbabas kecuali sebab kerja sebab kerja aku ni melibatkan nyawa orang, adalah rukhsah kan. Tu lah, sebab aku kerja dekat hospital, kalau aku lalu dekat bilik bedah yang hujung jarang2 guna, tengok sajalah, sedar2 ada kesan calar baru.
Suami aku dan anak2 aku tak diganggu sangat. Pernah sekali aku ternampak satu calar dkt lengan husband aku, tapi dia takde mimpi apa2.
Haritu masa balik kampung, aku ternampak ada satu kesan jalur calar mcm tu dengan badan anak aku yang 3 tahun tu. Tapi dia takde nangis ke ape ke.
Sekali tu je lah yang aku perasan. yang banyak and selalu kena calar ni aku lah, siap dua tiga jalur dia buat. Ingat badan aku ni kertas lukisan ke.
Eh penatlah kena calar. Bengang sebab rasa macam kena harrass je. Suka hati je main calar orang. Pedih tau tak.
Nak tanyalah, in case ada orang yang ada pengalaman macam aku. Kenapa ya? Mungkin aku kena amalkan baza Manzil balik consistently sebelum tidur.
Tapi tu lah, biasanya baca ayat Kursi je lah. Kalau sesiapa ada pengalaman dan cara nak elakkan semua ni, boleh share tak? Penat dah kena calar. Thanks ya.
– Penat Dicakar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
I actually kene gak cakar but dkt hips la harini i gi toilet and bila i kluar dia fade cpt sgt hm
eh awak, sebijik betul dgn keadaan i. harini i kene lagi,masa dlm bilik air tbe2 pedih..haa i dh tau dh ada yg cakar la tu.. ni kali ke3 jadi mcm ni, and ketiga2 kali jadi masa i dlm bilik air. td masa kene ni, i tgh mandikan anak.and exactly mcm u describe, ada 3 jalur cakar.i punya slalu akan jadi scab pjg mmg yg mcm luka tgh healing la. sbb ni kali ke3, i kene je td i trus marah2 “mengada la nk cakar2. sakit tau tak?!”.. omg kenapa cerita i sama dgn u.. if u terbaca comment ni, boleh ke if u contact i? sbb tringin sgt nk tau ape benda yg buat kita ni?
Sama macam saya,sy bertahun2 mengalami benda ni, mula2 memang stress sgt, bila lama2 dh ok,cuma layankan je.. waktu tidur memang betol2 terganggu,asal terlelap je selalu kena kacau,siap duduk atas badan,rasa mcm kena peluk n cium macam tu, selalu nampak ada benda pelik2,lepas tu selalu je kena cakar, bangun tidur atau dlm sedar pon ,masa mandi tu la perasan, pedih sgt,tengok dh kena cakar, di bahu, belakang, punggung ,lengan sampailah skrg.. rasanya ni saka harimau. Pernah sekali tanya orang 2 tua, tp tak pasti lah betul ke tak
Rupanya ada yg kena juga macam saya. Mula dari bilik air.. dan lepas tu Bila bangun tidur.. cakar all over my face.. panjang2.. pedih.. I ingatkan garu waktu tidur.. tapi ni tak pernah berlaku dalam hidup saya… macam mana nak Henti kan ?
kisah kita serupa mungkin xsama puncanya.gara2 gangguan mcm tu,sy da regist pesakit mental.alhamdulillag sy masih kuat teruskan kehidupan sb nak cari jawapan pd diri ini.