Saya Tak Nampak Keadilan Dalam Berag4ma

Bukan kecaman saya harapkan dari confession ni. Tapi komen yang positif yang boleh tenangkan minda saya.

Yang boleh terangkan pada saya melalui point keagamaan yang boleh leraikan sekejap kekusutan saya.

Saya mengaku iman saya sangat lemah. Saya solat, saya mengaji, tapi saban hari terasa akidah saya semakin lemah.

Mungkin juga kerana stress yang melampau, syaitan makin galak meracuni fikiran saya.

Bila saya berzikir berwuduk, nak solat, makin kuat perasaan tu datang.

Akhirnya saya akan menangis macam orang gila mempertikaikan apa yang tertulis dalam agama.

Sebenarnya saya stress sebab kawan saya tak nak bayar hutang saya.

Benarlah orang kata, kerana duit adik beradik pun boleh terputus hubungan inikan pulak hubungan persahabatan.

Orang kata hidup macam roda,satu ketika dulu dia susah, memandankan hanya dia saja satu2nya sahabat yang saya ada.

Maka saya banyak membantu dia ketika dia perlukan wang dan bagi modal untuk dia mulakan perniagaan.

Apatah lagi masa tu saya mampu dari segi kewangan dan teringat segala kebaikan dia pada saya saat saya susah dulu.

Masa tu memang niat saya bukan nak suruh dia bayar terus. Bila2 dia mampu saya suruh dia bayar.

Alhamdulilah lepas tu kehidupan dia makin baik. Dia mulakan perniagaan dan maju sangat.

Dalam masa setahun ja boleh nampak kemajuan dalam hidup dia yang sangat ketara.

Kereta baru, rumah baru. Semuanya serba baru. Saya tumpang gembira dengan kejayaan dia walaupun lepas tu nampak la sikap dia jugak turut berubah.

Tapi pun saya tak pernah buka mulut soal hutang, even langsung tak terfikir pasal tu.

Kami masih berkawan tapi ibarat hai2 bye2, dah tak akrab seperti adik beradik lagi. Dia hanya sesekali reply mesej saya ja.

Tapi dia sendiri tak pernah dah contct saya sejak dia berjaya. Saya faham dia sibuk.

Tapi sejak kebelakangan ni hidup saya rasa susah. Rumah usang, banyak kena repair. Bumbung bocor sana sini.

Kos barang mahal, dan kerja saya sebagai kuli bawahan buatkan semuanya saya rasa berat.

Saya menjaga ibu yang uzur jugak. Kos susu beras semuanya naik harga.

Tapi pendapatan saya sama ja, pendek kata terpaksa kais untuk makan pun.

Ujian datang bertubi2. Masa ni la motor pun nak rosak. Nak begerak kemana pun susah.

Masa tu saya terfikir nak mintak hutang saya dari kawan. Tapi tak sangka dia terus mendiamkan diri.

Saya call mesej memang tak nak jawab sejak dia baca wasap saya mintak hutang..

Sedangkan amount hutang dia tu bukan besar pun untuk dia pulangkan. Dalam 15k ja.

Akhirnya saya mesej secara kasar kat dia, bila mesej scara baik tak nak jawab.

Tak sangka pulak dia balas mesej kasar saya. Dia soal saya ada hitam putih ke hutang tu.

Dan cabar saya suruh lawan dia di makamah kalau berani dan kemudian dia terus blok saya dari semua sumber.

Terdiam terus saya dengan ayat dia. Saya ni bukan orang senang, bukan orang pandai pun.

Dah sah2 saya juga tak de bukti. Mana mungkin saya nak bawak dia kemakamah. Tak terfikir dek otak saya.

Tambahan dia dah ada ramai kenalan hebat2 berpangkat tinggi, dengan modal apa saya nak lawan dia..

Puas saya merayu dah pun mintak dia kasihan kan mak saya. Tetap di jawab sinis not my business.

Saya sangat terkilan dengan cara dia dan tak sangka macam ni rupanya perangai dia. Tapi saya fikir Allah ja tempat saya memintak.

Puas dah saya berdoa tahajud, hampir 3 tahun dah. Sekali pun saya tak miss hajat saya yang satu tu.

Saya mintak Allah bagi dia rezeki dan lembut hati untuk pulangkan duit saya. Tapi tak de tanda-tanda dia nak bayar balik duit.

Baru-baru ni mak berhajat nak pergi mekah.. Sebagai anak saya rasa gagal tak mampu tunaikan permintaan mak.

Andai dia bayar hutang saya, duit tu pasti berguna untuk benda baik.

Akhirnya saya rasa putus asa. Dalam islam kata doa orang di zalimi Allah cepat makbul. Tapi saya tak nampak pun doa saya di makbul.

Malah orang yang menzalimi saya hidup aman bahagia tak de apa2 kesusahan pun.

Jadi saya tak faham di mana keadilan untuk saya dalam islam?

Saya rasa berdosa fikir macam ni. Tapi saya tak mampu nak hentikan fikiran macam ni.

Tiba2 teringat seorang pakcik saya. Hidup dari muda kerja menipu orang ja.

Rasanya sejak saya kecik dok dengar orang kampung atau orang dalam keluarga bercerita tentang kezaliman pakcik saya kat orang.

Even mak ayah saya pun kena tipu. Tapi parents saya halalkan semua tu.

Dari skim cepat kaya, sampai macam2 skim dia anaya duit orang.

Saya dari kecik sampai sekarang melihat kehidupan dia.

Dan dia selalu juga datang tengok kami dan menceritakan kejayaan dia melebarkan sayap perniagaan di merata tempat.

Sampai sekarang dah hampir 30 tahun kalau tak silap saya la. Elok ja hidup dia. Tak de 1 kemudaratan pun.

Dari bujang anak sampai 4 dah dapat cucu dah. Tapi elok bahagia kaya ja hidup dia.. Hidup anak2 dia pun senang.

Duit orang dia pinjam pun tak bayar jugak. Sampai orang2 yang bagi dia pinjam duit pun dah mati.

Dulu masa kecik saya ingat lagi, satu family ni datang sumpah dia depan rumah..

Tapi apa jadi pada sumpahan tu semua? Tak jadi apa pun. Mungkin semua yang dia zalimi dah maafkan dia dan halalkan hutang dia kot.

Tu yang dia hidup bahagia ja.. Cawangan restoren dia bertambah2.

Bukan cakap sebab dengki, demi Allah tak.. Tapi saya tak boleh relate di mana konsep adil tu?

Ok, abaikan kisah pakcik saya. Saya anggap semua orang maafkan dia halalkan dia.

Tapi saya tak halalkan hutang kawan saya pun. Saya menuntut dan berharap dia bayar.

Jadi di mana doa orang dizalimi di dengar? Di mana bukti orang yang berhutang ni hidup dia tak kan senang?

Bukti depan mata saya hidup senang lenang siap boleh menyumpah kita mencabar kita.

Entah la saya rasa tak terdaya sangat.

Orang boleh cakap nanti di akhirat mereka akan dapat balasan, apa yang mereka dapat sekarang adalah istidraj.

Tapi di dunia ni pun kita juga kena teruskan hidup kan. Macam mana hak kita yang di zalimi ni di dunia?

Kami yang dizalimi ni tak mampu ke untuk tuntut hak kami didunia.

Ya Allah ampunkanlah aku…

– Pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *