Assalamualaikum, Cica lagi. Aku pernah tulis disini beberapa minggu yang sudah, berkenaan suamiku yang kantoi ada jalinkan hubungan lain tapi aku pula yang dianggap drama oleh family sebelah suami.
https://iiumc.com/drama-betul-1steri-kau/
Aku bukanlah nak sambung confession. Cuma lebih kepada luahan.
Aku baca setiap komen. Terima kasih untuk yang memberi semangat dan pandangan.
Kepada yang mencadangkan untuk aku melawan insan tersebut, siapalah aku untuk melawan. Insan tersebut tinggal bersendirian tanpa suami disisi.
Ya benar dia pernah diperlakukan sedemikan tapi hanya senyap dan telan seorang diri. Makanya dia kata aku berdrama.
Mungkin pada fahamannya dia adalah orang yang sangat kuat barangkali. Tutuplah cerita itu. Sekarang kisah aku.
Kami anak beranak sudah pulang ke rumah sendiri. Wahai para suami, aku minta sangat janganlah kamu cuba aniaya isteri dalam apa bentuk sekalipun. Hatta kamu hanya melihat saja suduh cukup buat hati kami retak.
Setiap hari aku sedih. Aku tak mampu nak tengok diri aku dalam cermin. Tinggi 149cm dengan berat 65kg, aku dikategorikan gemuk oleh orang sekeliling.
Dulunya, aku sungguh persetankan apa yang orang katakan tentang aku. Makin bulat, makin gemuk, lantak.
Tapi sejak suami aku mula melihat dan melayan wanita lain, aku jadi sangat insecure. Aku tak nak tengok cermin.
Bayangan diri sendiri pun aku jadi benci. Aku rasa aku terlalu gemuk. Padahal suami aku tak ambil pusing pun. Dia tak pernah complaint bentuk tubuh aku.
Faham sajalah tubuh orang beranak 3, yang bongsu pula baru setahun, bagaimana. Nak uruskan anak pun kelam kelibut walaupun suami membantu, apatah lagi nak urus diri.
Aku pandang semua fesyen aku, aku tak reti nak berfesyen. Aku tak reti nak melawa. Mungkin sebab itu suami aku sudah berani memandang yang lain?
Aku faham fitrah lelaki nak lihat yang cantik. Aku sedaya upaya cantik.
Bukan aku tak beli barangan kecantikan. Beli. Bertahun aku belajar untuk merias muka tapi aku tetap tidak reti nak berlama depan cermin.
Aku hanya calit apa yang penting saja sekarang agar muka nampak berseri.
Bukan aku tidak cuba melawa. Aku cuma tidak mahir tentang fesyen. Baju, tudung semuanya biasa saja.
Aku cuba tapi ada yang kata “orang cantik pakai apapun cantik”. Mungkin aku dalam katagori orang tak cantik. Jadi pakailah apapun tetap tak cantik.
Suamiku sudah berbaik dengan aku. Dia memang cuba pujuk. Tapi hati yang retak mana mungkin dapat bercantum. Sedangkan apabila dia sentuh aku pun aku terasa jijik dengan diri sendiri.
Setiap kali dia menyuba untuk sentuh, automatik di fikirkan aku yang dia hanya nampak wanita lain, bukan aku.
Aku jadi sedih. Aku banyak kali cuba mengelak walaupun aku mahu. Bayangan muka wanita yang dia lihat akan selalu ada di mata aku.
Aku sedih. Bukan aku tak diet. Aku cuba. Tapi anak aku yang bongsu masih bersusu badan.
Aku tak salahkan dia. Aku salahkan aku yang tetap terus lapar. Hormon makan aku terlalu tinggi dengan keadaan sekarang aku mengambil perancang.
Ibuku memujuk, tunggulah anak besar sikit baru diet. Jangan beranak lagi sudah. Cukuplah 3 anak.
Dengan perangai suamiku yang sudah begini, kita tak tahu apa yang dia akan buat hari mendatang. Dengan keadaan aku yang begini, anytime aku boleh ditinggalkan.
Sekian, dari aku yang selalu berfikir “Oh patutlah suami aku ada perempuan lain” setiap kali aku menatap cermin.
– Cica (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit