Hati 1bu

Bila aku jadi ibu, baru aku sedar yang hakikat jadi ibu ni tak mudah. Dan baru sekarang aku sedar yang selama ni ibu aku tu lah ibu paling terbaik aku ada.

Dulukan, aku malu sebab ada ibu macam ibu aku sebab ibu aku ni selalu kena judge dengan orang lain terutama orang kampung and ahli family dia sendiri sebab ibu aku ni tak berpelajaran and sanggup hidup miskin dengan ayah aku.

Ibu aku ni anak ke 2 dari 7 beradik dia yang semuanya perempuan. Ibu hanya belajar takat PMR jer masa zaman dia sebab ibu nak kerja, dia nak tolong ringankan beban keluarga.

Masa tu atok aku kerja kerajaan tapi bukan kerja office, kerja sebagai buruh gituw jer lah. Nenek aku pulak seorang suri rumah sepenuh masa.

Setiap kali gaji, ibu aku mesti bagi semuanya yang dia ada kat nenek. Sikit pun dia tak berkira. Tapi aku terkilan bila atok aku sendiri downgradekan ibu aku padahal ibu banyak berkorban untuk family.

Atok selalu pesan kat aku “Kau belajarlah pandai-pandai macam mak cik-mak cik kau. Kalau tak kau susah macam ibu kau”.

Aku tak nafikan, mak cik-mak cik aku semua orang berpelajaran and ada yang pegang jawatan besar dalam organisasi kerajaan. Sebabkan diorang berpelajaran, maka cara fikir mereka berbeza dengan ibu.

Ibu aku selalu cuba jadi anak yang baik, bagi aku lah. Tapi dia selalu diperlekehkan. Kadang aku tertanya, kenapa ibu terpaksa berkorban dan akhirnya dia tak dihargai?

Bayangkan atok aku tu, bapak dia sendiri pernah cakap kat aku yang cucu dari anak dia yang dia kata tu, dia cakap macam ni,

“Mak kau tu orang suruh kahwin dengan orang senang. Tak mau, nak jugak khawin dengan bapak kau yang miskin tu. Kan dah dapat… miskin sampai ke tua lah tu”. Sedih…

Selepas kematian nenek, atok aku makin senang. Yelah, masa tu tanah milik nenek di wasiatkan ke atok untuk agihkan ke anak-anak. Dan masa tu jugak, atok aku dapatlah duit pencen bagai.

Anak-anak dia lain kaya-kaya, so makin tebal poket dia. Layanan dia pun makin nampak jelas memang berat sebelah.

Setiap kali ibu datang, mesti dia ingat ibu nak pinjam duit sebab ibu kan miskin. Anak-anak dia yang lain kaya-raya tak kan nak mintak duit jugak kan?

Atok aku ni rajin bersedekah jugak. Tapi sedekah silap tempat. Anak-anak dia yang susah adalah ibu aku dengan mak cik aku sorang tu, tapi dia tak pernah nak tolong.

Kalau ada pun dia hulur kan duit, tu dia kira hutang. Dengan orang luar, dia tahu pulak maksud sedekah apa semua. Dengan anak-anak dia yang susah dia ungkit itu ini as hutang. Kadang aku rasa benci jugak kat atok aku ni.

Bukan silap ibu atau ayah if anak diorang buat masalah. Setiap orang akan lalui zaman dewasa, tak kan lah ibu ayah nak control anak 24 jam sehari?

Bila abang-abang aku buat hal yang memburukkan nama family aku, tahu pulak atok nak kata, “mak kau lah ni tak ajar. Tu yang atok tak suka orang tak ada pelajaran. Gagal nak mendidik anak sendiri”.

Dan sometimes atok ada terlepas cakap “mak kau ni macam sial jer nasib dia. Satu-satu masalah mesti dia tak lepas”.

So dari kecik aku dibesarkan dengan mind set yang mak aku ni bodoh , bernasib malang, dan gagal. Kalau korang tanya, kenapa kau dengar cakap atok kau?

Jawapan aku mudah. Dulu mak ayah aku ni hidup menumpang. Macam nomad tu… Kadang tido rumah atok aku ni. Kadang tido rumah mak kepada ayah. Nak dijadikan cerita, pusing-pusing mesti jumpa jugak. Nak elak takut dikira biadap.

Bila aku dah besar, aku pilih untuk belajar sehabis baik. Aku belajar sampai aku dapat segulung degree. Tapi aku silap satu benda, aku terlampau mengagungkan pujian dari atok sebab aku tak nak ikut jejak langkah ibu.

Aku tak nak jadi cucu yang dia benci macam ibu jadi anak yang paling dia tak hargai abd sering diperlekehkan. Aku bukan tak pernah rasa sakitnya bila terlampau nampak jurang layanan atok tu.

Aku ingat lagi, kalau ibu balik rumah atok bawa kami 5 adik beradik, dan kalau kebetulan mak cik-mak cik aku yang terpaling educated tu balik, atok mesti suruh kami anak beranak makan kat lantai jer.

If ada dari kami yang nak makan kat atas kerusi semeja dengan mak cik-mak cik aku, mesti atok cakap, “jangan duduk sini. Ni tempat mak cik-mak cik kau dengan anak-anak diorang. Pergi duduk bawah tu”.

Namun… Bila aku jadi ibu, aku tahu rasanya bukan senang bila jadi ibu. Maka semua luahan ibu bermain semula di fikiran dan kisah aku lebih kurang dengan ibu cuma ibu tak pernah perlekehkan aku macam atok buat ke ibu.

Aku dulu rapat jugak lah dengan ibu, dan setiap hari aku selalu dengar keluh kesah ibu. Aku jadi tak rapat dengan ibu lepas aku sambung belajar atas beberapa faktor.

Masa aku rapat dengan ibu kan…. Ibu selalu cerita, sebelum dia ambik keputusan nak berhenti kerja sebab nak jaga kami anak-anak dia yang teramat BAGUS-BAGUS ni, atok adalah orang first yang menentang.

Why? Sebab masa tu atok belum lah sesenang sekarang, dan even ibu dah berkhawin sekalipun, ibu tetap kena support adik-adik dia yang sambung belajar. Tapi ibu tetap bertegas yang dia nak jadi suri rumah.

Alam rumah tangga bukan alam yang indah seindah zaman bujang. Rumah tangga tu macam-macam nak kena hadap. Dan tipulah kalau rumah tangga tu tak pernah bergoyang.

So yah… Aku ingat lagi masa tu ayah aku kerja luar. Ayah aku kerja buruh. Ayah memang masa tu tak sempat nak bagi ibu duit dapur sebab ayah dapat tau dia terpaksa kerja luar dari negeri tu last minute.

Masa tu dapur memang tak ada makanan untuk dimasak pun. Nasib belakang rumah nenek (mak ayah) ada tanam sayur-sayur, so kami tak pernah belapar.

Satu hari tu ibu bawa kami untuk pulang jenguk atok. Dan ya… kebetulan masa tu mak cik-mak cika aku and anak-anak dia balik. Rumah penuh lah kan.

Atok belanja mereka durian, tapi kami tak dapat pun walau seulas. Kami adik beradik mampu tahan jer tengok anak-anak mak cik makan.

Balik dari tu, kami adik beradik mogok. Kami tak nak dengar cakap ibu sebab kami nak durian dan ibu tak mampu bagi.

By the way, kami 5 beradik ni pergi rumah atok dari rumah mak ayah ni naik motor. Jadinya ibu terpaksa bawak 2 kali ulang alik.

Okay back to story yang mogok tu, kami mogok sampaikan ibu naik stress tau. Kami kan budak lagi masa tu, so cakap ikut suka lah kan. “Tak nak lah makan ibu masak. Dah lah tak sedap. Kita orang bukan nak ni. Kita orang nak durian”.

Last-last tanpa pengetahuan kami, masa kami bermain di luar yang jaraknya boleh lah jauh sikir dari rumah nenek, ibu pergi naik motor senyap-senyap ke rumah atok. Balik dari tu tahu-tahu ada durian 2-3 biji untuk santapan kami 5 bersaudara.

Sedih kalau ingat…. Tapi tu cerita berpuluh tahun lepas. Sekarang ni, nasib ibu masih sama. Masih susah bukan sahaja bab kewangan, tapi bab kesehatan. Kesihatan ibu merosot sejak 2 dari abang aku ditangkap dan dimasukkan penjara atas kes dadah.

Diorang bukan positif dadah, tapi diorang memiliki bahan tu. Silap diorang jugak sape suruh kawan dengan budak-budak kampung ni.

Budak-budak kampung ni bukan suka berkawan dengan budak miskin. Last-last diorang jadilah kambing hitam.

Kesian ibu… Dia jatuh strok lepas abang-abang aku kena tangkap polis. Hari-hari dia mesti nangis.

Orang kampung pulak kuat mengata and pulau ibu sampaikan ibu tak berani nak keluar rumah. Sudahnya macam tu lah nasib ibu yang selalu dianggap malang oleh atok.

Adik beradik ibu pun tak ada sorang yang tolong ringan kos rawatan ibu. Sudahnya, aku lah terpaksa kuat untuk sarung tanggungjawab sebab aku anak ke tiga. Dua abang aku tu dah terkecuali untuk galas tanggungjawab tu buat masa ni.

Anak aku, aku letak kat pengasuh. Aku dah berbincang about aku nak kerja dengan suami. Alhamdulillah, suami izinkan dan dia pun ada support kos rawatan ibu.

Dan aku dapat tahu dari Dr yang rawat ibu, keadaan ibu ni salah satu penyebab dia is berkaitan mental health dia.

So conclusion yang aku dapat is, ibu adalah ibu terbaik walaupun dia tak mampu nak bagi kami rasa senang. Ibu selalu ada dan terima kami seburuk apa kami pun.

Dan… Aku sedar yang hak layanan sama rata terhadap anak tu penting dan janganlah sesekali perlekehkan anak. Apa yang ibu bapa cakap ni kira doa kat anak-anak.

Dan yaa… atok still orang yang aku benci sampai hari ini. Dialah penyebab ibu jadi tertekan sebab atok tak pernah harga ibu.

– Farisyah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *