Salam sakinah mawadah wa rahmah..
Aku tak sempurna, aku mencari insan yang mahu menyempurnakan.
Membayangkan seorang yang biasa tapi penyayang, yang menerima diri ini seadanya dan memberi ruang untuk memilih cara hidup sendiri, sederhana.
Aku bekas isteri orang.. yang dulu pernah di panggil sayang.
Bila bermasam muka kau aku.. Bila menjawab tak pernah kena tangan tapi kena kata kata tajam yang boleh pedih di hati ingat sampai mati.
Jujur aku banyak kelemahan.. aku tak cantik.. aku tak sangka adik kakaknya cantik putih macam orang arab, sebab sebelum nikah aku tak pernah jumpa mereka..
Suami dulu dia agak sosial rupanya keluarga dia alim.
Jom imbau kenangan masa aku nikah dulu… Aku bukan jenis yang suka dan pandai make up tapi suka tengok wanita cantik bermake up. Layan pula video make up, aku suka tengok..
Jadi bila waktu nak nikah tu seronok betul sebab aku tempah jurumekap yang terbaik, satu jam make up je. Cantik, natural.. kalah semua yang hadir hari tu, perasan kan..
Aku sebenarnya seorang yang pemalu, orang kata introvert. Sangat pendiam dengan orang tak biasa..
Namun dengan keluarga terdekat paling suka bercakap ada yang kata pandai buat kelakar. Adakah aku introvert?
Maka aku mahu di make up dan photographer perempuan sahaja.
Bila orang sebelah datang… Masha Allah, keluarga dia semua berniqab.
Aku rasa kelu macam sesuai ke aku cantik bak puteri waktu tu.. dengan berkilau permata. Dia berbaju melayu.. Kami tiada pakaian sanding.
Ingat lagi masa bersalam batal wuduk. Tak pernah sentuh dia jadi berat nak angkat tangan, dia pun macam terketar juga..
Bila dah bersentuhan tu alhamdulillah inilah suami ku. Yang aku niatkan untuk sempurnakan sebahagian agama.
Ku sangkakan… Mampu untuk terus melayari bahtera rumahtangga, namun selalu ada ribut dan kemarau melanda.
Aku kuat cemburu pada kelebihan orang lain sedangkan aku kurang berusaha.
Jadinya aku ibarat… Bodoh, malas, miskin.
Ditakdirkan ipar duai aku bijak hafal Quran hadis, rajin banyak benda pandai, kaya sebab ada jatuh bangun tahajut bermentor.
Dalam 6 orang tu 4 lah yang menjadi, lagi dua macam teruk dari aku.. Dalam semua berpurdah tu si adik bongsu tak mahu bertudung pula.
Bukan tak nasihat atau dimarah, degil atau kifarah.. mak bapaknya suka menghukum salah anak orang, sekali anak sendiri buat perangai baru tahu ujian hidup ni tak sama.
Maaf guna perkataan kifarah, macam sebab dosa pula.. sebab Allah nak ampun dosa, jangan sedap mulut nak sebut buruk orang.
Doakan beri kata positif. Orang yang nak berubah ni bukan kerana nasihat sangat tapi kerana insaf dari akhlak mulia.
Bab akhlak ni.. Malu nak cakap.. Ada orang yang mungkin kurang menerapkan nilai agama dalam kehidupan tapi bila berbicara atau perlakuannya menunjukkan sikap berlapang dada, lembut bicara, sopan santun..
Hampir terkedu aku bila masuk dalam keluarga dia, tanggallah niqab ipar duai adik suami.. mereka seksi di rumah.
Aku dalam rumah yang ada mak ayah malu nak pakai ketat.. Masa aku kahwin mereka ni belum kahwin.. Dalam tiga tahun tiga orang tu kahwin..
Jodoh mereka orang yang hebat sebab mereka juga hebat. Jodoh aku samalah macam aku. Jadi aku sungguh rasa rendah diri..
Bayangkan mereka bawa kereta mewah aku kereta terpakai.. Mereka rumah bertingkat aku rumah sewa.
Suami pun malas kerja.. Dia ikutlah adik ipar keluar 40 hari, aku sangka dia akan berubah rupanya tidak. Dengan rokok dan handphone yang pernah aku baling pecah sebab banyak video lucah.
Yang sadis tu, handphone tu hadiah hantaran. Aku juga yang belikan. Kuciwa.
Sejak tu aku benci dia. Aku dah mula minta dilepaskan. Aku buat dia benci aku dengan mengata keluarga nya. Aku sebut semua yang aku tak suka.
Termasuk aku tak suka fizikal dia. Dia pun pernah kata aku tak cantik macam bekas awek dia dulu..
Aku pun katalah aku sebenarnya masih cintakan bekas scandal aku dulu, sebenarnya aku tipu. Mana ada boyfriend, introvet. Jahatkan aku.
Orang pun jika tak kenal tengok luaran mungkin mahu kata baik sopan orangnya. Mulut aku boleh tahan membahan. Adik aku selalu jadi mangsa.
Maka bercerai lah kami talak satu. Bukan hanya salah sebelah pihak masing masing bermasalah. Harapan aku dia akan jumpa jodoh lain yang lebih sempurna.
Aku mahu kami berubah dengan cara berpisah. Aku tak nampak masa depan yang gemilang dengannya bukan sebab keburukan semata tapi sebab kami kurang serasi.
Ya aku benci, tapi aku dah berdamai dengan takdir. Aku dah mula pujuk hati untuk maaf seikhlasnya dan doa yang baik buat semua.
Terima kasih..
– Rahsia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit