REPLY: An4k Emas

Saya terpanggil untuk membalas confession berkenaan anak emas dari saudari Medina, (https://iiumc.com/an4k-emas/).

Tak semua anak sulung tersisih dan tak semua anak sulung tak dapat perhatian ibu bapa. Ada je anak sulung yang ditatang bagai minyak yang penuh tapi acah- acah victim.

Maaf jika penyusunan ayat saya tunggang langgang, saya bukan novelis.

Saya Orked dan sekarang hampir menginjak 40 siries. Saya bukan anak sulung tapi anak ke 3 dari 5 adik beradik. Yang sulung perempuan, kemudian lelaki, saya, adik lelaki dan adik perempuan.

Sempurnakan keluarga saya.. ya nampak sempurna tapi keluarga saya penuh drama seperti siri senetron yang tak pernah habis.

Di sini saya hanya nak bercerita berkenaan kakak sulung saya yang ditatang bagai minyak yang penuh. Ayong, if you read this, please ambil masa dan musabahah la diri tu.

Kak Yong saya sangat cantik, kulit putih cerah dan gebu. Memang saya akui kak yong saya cantik. Kak yong dari kecil sampai besar adalah anak favourite mak saya walau mak saya menafikan sekerasnya tapi itu lah hakikatnya.

Keputusan UPSR kak yong tak berapa bagus tapi sebabkan kak yong nak sangat duduk asrama, parenta pegi merayu di PPD dan alhamdulillah permintaan kak yong termakbul. Sejak kak yong sekolah asrama semua orang kata kak yong pandai.

Dan sebagai anak perempuan paling besar di rumah walaupun pada ketika itu saya sepuluh tahun saya umpama kakak sulung di rumah.. tiba2 mengambil alih tugas seorang kakak..

Waktu itu kami sangat susah. Abah hanya pekebun kecil dan mak hanya buat kuih muih di jual di kantin sekolah.

Owh lupa, masa sekolah rendah kak yong malu nak bawak kuih ke kantin sebab jatuh standard nya sebagai gadis paling cantik di ketika itu dan selalunya saya la jadi mangsa. Oleh sebab kesian dengan mak, saya ikut je apa yg mak cakap..

Berbalik semula dengan kak yong masuk asrama. Belanja kak yong sangat besar, kak yong boros konon2 anak orang berapa.

Kami ni la adik beradik tolong abah di kebun sawit setiap hujung minggu untuk mendapatkan belanja yang lebih sebab kak yong masuk asrama.

Kak yong kalau pulang dari asrama akan naik Kereta. Tak nak abah ambil dengan motor cabuk abah.

Kadang2 abah terpaksa sewa kereta untuk ambil kak yong, tak pun kak yong menumpang orang kampung yang kebetulan anaknya belajar di sekolah yang sama.

Lepas SPM, kak yong masuk kolej swasta. Saya melihat abah dan emak bergolok bergadai untuk pendaftaran kak yong. Kak yong dapat politeknik tapi dia enggan pergi sbb jatuh standard katanya.

Mak mula bekerja di kilang belacan untuk menampung perbelanjaan yang besar. Dan saya serta adik lelaki akan slot in kalau ada rakan2 mak yang cuti.

Masa tu saya berumur 13 tahun dan bersekolah petang. Adik lelaki saya hanya slot in untuk hujung minggu.

Kami akan pergi kerja seawal 5 pagi dan pulang dalam pukul 10 pagi. Sampai rumah, saya akan tak nak nasi dan masak lauk sedikit.

Kebiasaanya kangkung goreng belacan dan telur dadar atau kalau mewah sikit hari tu dapat la makan ikan kembung goreng di patah dua..

Saya masih ingat kata kata mak bila duit upah kami kerja di kebun sawit atau di kilang mak ambil untuk tampung kak yong di kolej – “kita tolong kak yong sekarang nanti bila kak yong dah senang dia akan tolong kita”

Dan sampai sekarang kami masih menunggu kak yong tolong kami.. kadang2 saya dan adik lelaki akan borak2 sambil ketawa mengenangkan kak yong.

Kak yong gagal masa di kolej tapi menggunakan kabel kak yong dapat bekerja sebagai kerani di sebuah company terkemuka.

Kerja kak yong dah bagus tapi nafsu kak yong semakin besar.. kak yong ada hobi iaitu memgumpul hutang.. dari anak dara sampai la dah kawin sampai la sekarang.

Suami isteri suka berhutang dan akhirnya kami adik beradik yang terpaksa membantu kak yong.

Adik bongsu ada juga bersuara kalau tengah senang tak ingat family sini asyik mentua je la. Tapi bila susah sini koreknya.. mudahkan hidup kak yong saya.

Itu sedikit sebanyak kisah kak yong yang merupakan anak emas mak, kenapa saya kata anak emas emak, ini adalah sebabnya :

1. Emak tak pernah suruh kak yong membantu di dapur. Mak selalu bagi alasan – ayong penat bukan senang belajar di asrama. Abih orang ni tak penat, pagi kerja petang sekolah hujung minggu kebun sawit.

2. Emak guna duit kami adik beradik untuk kak yong. Kami ni nak tukar baju sekolah pun kena cari sendiri. Mujur la kami jenis pandai cari duit

3. Masa saya kecik, ada orang jual kain ela ke rumah. Mak akan panggil ayong pilih dulu. Dan ayong akan pilih kain dia. Lepas tu mak akan ambil je mana2 yang ok untuk orang.

Dan2 bila malam tengok kain yang mak bagi orang lagi cantik.. ayong menta menta nak kain tu juga.. jadinya raya orang hanya pakai bekas pakaian raya ayong.

3. Kalau ayong balik kampung, mak akan suruh orang buat air la idang makanan dalam talam tapi kalau orang balik mak akan suruh masak di dapur

4. Bila raya orang memang akan jadi pembantu mak masak2 untuk juadah raya. Mak akan ketuk pintu bilik orang bukan ayong.

5. Ayam adalah satu makanan yang hanya makan bila ada apa2 yang istimewa dan selalunya makan sorang sikit. Orang baru je nak ambil ayam, mak dah tepis -“tinggalkan untuk ayong kamu”. Kecik hati orang

6. Saya dapat belajar di universiti dan dapat biasiswa, dan biasanya kita akan dapat refund yuran untuk sem satu, duit buku dan duit belanja.

Mak guna duit saya biasiswa saya sebanyak RM1500 untuk majlis kawin kak yong. Mak cakap nanti kau kawin ayong bantu la.. saya pun kawin, satu sen pun ayong tak bantu.

Oleh sebab mak dah guna duit saya 1500, saya terpaksa bekerja untuk menampung belanja saya di uni.

Nasib baik la makcik kedai makan tu terima saya keje basuh pinggan.. dapat la makan free setiap hari. Pakcik Khai and Makcik Laila, terima kasih atau budi kamu berdua.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukup la list kan lima je. Terus terang orang yang membesar dengan mak selalu makan hati dengan apa yang terjadi.

Ayong sentiasa jadi anak emas mak. Malangnya bila mak sakit ayong takde pun jaga mak. Ayong takde pun bermalam dihospital teman mak. Ayong tengok darah haid mak pun ayong muntah2 geli.

Jadi, jangan la selalu kata anak sulung tersisih. Saya ni anak nombor tiga yang selalu tersakiti. Yang selalu pujuk hati sendiri.

-Kak Lang tersakiti-

– Orked Perantau (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *