Assalamualaikum. Seperti tajuk kat atas sejujurnya aku sedih sangat tapi hal dalam kain kan malu nak luahkan dekat sesiapa, so aku luah kat sini jela.
Aku dah kahwin 7 tahun dan ada 2 orang anak 6 tahun n 2 tahun. Aku sedih kenapa?
Sebab nafkah batin tu kadang sekali atau 2 kali setahun je dapat. Paling dekat gap 3 bulan.
Kalau korang yang dah kahwin tu rasa camne? Awal2 kahwin dulu aku rasa macam takde masalah dalam mendapat nafkah batin.
Tapi lepas dapat anak first, nafkah batinku ke laut.
Awal2 aku pujuk diri mungkin masa tu struggle anak kecil berjaga malam takde masa nak fikir pasal benda atas katil.
Tapi benda tu berlarutan sampai sekarang.
Awal2 aku pujuk benda ni remeh temeh je, takpela suami aku pun manusia tak perfect tapi lama2 dia dah macam ada hole in your heart yang ko tak boleh nak explain.
Luar nampak bahagia, nampak perfect tapi deep down dalam hati, aku pendam kesedihan sorang2.
Untuk pengetahuan pembaca, suami aku ni memang baik, nafkah zahir tak pernah kurang, pandai uruskan anak2, rajin membantu uruskan rumahtangga, habis kerja tak pernah keluar melepak, main bola etc.
Termasuklah bab2 agama memang segala sudut lagi bagus dari aku. And dia tak pernah tinggi suara dengan aku.
Kalau gaduh pun perang dingin jela lepas tu ok sendiri. Kadang terasa tak layak dapat suami sebaik tu.
Ok tu satu sudut. Tapi dari sudut lain kadang2 hati aku memberontak.
Yang kurangnya dari segi nafkah batin. Ok nafkah batin tu bukan sekadar s*ks semata ok.
Aku perasan dari awal kahwin, suami aku bukan jenis romantik. I love u semua tak pernah dengar.
Kalau aku mesej 1000 patah pun dia reply ok je. Kalau aku bercakap dengan dia kadang macam bercakap dengan tunggul.
Nak tunggu dia puji aku cantik ke, aku masak sedap ke, itu memang jauh sekali la. Tapi kalau aku mengadu penat ke sakit ke, dia ambil peduli.
Memang dia akan take over semua urusan. Aku rehat jela.
Awal2 aku memang terasa hati sebab dia pendiam dengan aku je. Kalau dengan family dia, kawan2 dia elok je bercerita bergelak ketawa.
Kalau dengan aku benda2 tak penting jarang dia nak bercerita, apatah lagi masalah ke, bebanan kerja ke. Aku pula lain.
Kalau boleh cicak melintas pun nak bagitahu laki hahaha. So terasa macam aku ni tak penting lah.
Tapi lama2 benda ni aku dah redha. Sebab aku tahu dia bertanggungjawab.
Tapi yang aku berapa tak redha sekarang ni nafkah batin as in hubungan kelamin. Aku setiap malam kalau tidur kalau boleh nak sedekat yang boleh dengan dia. Nak peluk dia.
Tapi kebanyakan masa dia akan pusing membelakangi aku.
Aku kan at least kalau dia tido tak membelakangi aku, atau peluk aku masa tido, aku dah cukup bahagia. Mood aku boleh berubah 360 darjah. Tapi jarang2 terjadi la.
Dulu2 lagi hebat, bila aku aku tido dekat2 dengan dia, dia rimas lari tidur bilik lain.
Tapi aku pernah menangis confront pasal hal tu. So dia tak buat lagi.
Kalau anak2 tak pula macam tu. Seronok dia peluk anak2.
Faham tak, dengan aku je dia dingin. Dengan anak2 affectionate je.
Nak kata aku dah gemuk mengeleber tak jugak. Maintain je dari dulu.
Aku dah 2-3 kali confront pasal nafkah batin ni. Aku tanya dia tak sayang aku ke, menyesal kahwin dengan aku ke, dia cakap tak.
Habis tu takkan dia tak de perasaan nak bersama bini dia. Dia cakap anak2 kecil lagi. Kalau anak2 tersedar camne. Aku dah lol.
Lepas tu nak tunggu sampai anak2 tua bangka semua ke baru nk dapat nafkah batin. Yang sulung tu aku cadangkan pisah tempat tidur dia tak nak pulak.
Aku pula kalau aku terasa nak bersama, tak pernah cakap direct, tapi aku bagi la hint2. Takkan tak faham bukan baru sehari kahwin.
Tapi kalau dia buat bodoh je, memang geram makan hati sendiri jela.
Awal2 benda ni memang aku rasa sedikit imperfection dalam perkahwinan.
Mana ada yang betul2 sempurnakan. Tapi lama2 aku rasa benda ni makan aku dari dalam.
Aku kerap rasa nak marah. Anak aku la selalu jadi mangsa.
Aku tak penah tinggi suara dengan suami. Aku kerap rasa tak bersyukur.
Dulu2 kalau suami aku tak layan aku borak pun, aku cerita je semua. Tapi sekarang ni aku rasa malas nak cerita pape, malas nak tanya pape.
Buat hal masing2 je. Kalau bercakap hal anak2 je.
Oh satu lagi yang buat aku rasa makin gelap hati adalah, bila aku rasa nak bersama, aku mula fantasize benda2 lain dan aku puaskan nafsu ikut cara sendiri. Memang berdosa tapi jiwa aku memberontak.
Aku yakinkan diri tu bukan dosa aku, tu dosa suami aku. Walaupun memang dosa aku pun kan.
Aku jugak fikir kalau suami aku jauh, or kalau suami aku sakit mungkin aku boleh compromise lagi. Tapi bila kau rasa diri kau tak diingini, tak disayangi, kau rasa jauh hati sangat.
Aku ada baca 1 -2 confession dalam ni pasal benda sama. Good thing is, aku rasa oh sebenarnya bukan aku sorang.
Ada sampai sorang tu kena refer psikiatri pasal isu ni. Dulu aku ingat isu ni isu remeh, tapi bila dah lama2 ko boleh rasa dia makan diri ko.
Aku dah bincang bukan tak bincang. Aku pun ada maruah selama mana nak terhegeh2 minta hak sendiri.
Dalam islam pun ada tekankan nafkah zahir dan batin. Bukan zahir sahaja, bukan batin sahaja.
Ok tu sajalah luahan kesedihan aku. Jangan kecam teruk2 ya. Makin sedih aku nanti.
Kepada yang nak komen laki aku mungkin makan luar, mungkin korang boleh simpan komen tu sebab itu bukan situasinya ya.
Peace.
– Amira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam. 1st of all I bersimpati dgn u sis. See, nobody’s perfect tp dlm kes ni, dh jadi duri dalam hubungan you.
I suggest you refer pd someone which is perempuan yg you percaya dan ada bnyk pengalaman ttg perkahwinan ni.
Cuba to talk about it with someone else’s and listen the outcome. Utk laki you pulak, I harap dia setia la. I mean tak main kayu tiga ke apa.
Yg I perati lelaki ni complicated. Sometimes lg teruk dr perempuan. Tp just cadangan, kalau you rasa sgt2 stress and unbreable, just confront to him utk fikir ttg separation. Maybe he can’t deliver nafkah batin secara baik dgn u. Lgpun, u muda lg, so perjalanan masa ada.
Apapun, bertindak ekstrem pd husband u ttg masalah begini. Sbb intimacy sgt2 crucial dlm hubungan laki bini.
Sis, honestly, sy dlu masa anak2 kecil lagi & masih tidur dgn saya & suami, sy pula tersangatlah malu, mcm sy di position suami sis tu. Takut sgt kalau anak2 tersedar @ terjaga. Kesian pula sy tgk suami sy, tp suami sy ni alhamdulillah la, sangat2lah bersabar dgn saya. Bila anak dh besar sikit, sy asingkan tempat tidur, br sy rasa selamat. =). Itu pun makan masa bertahun juga nk pisahkan tempat tidur anak. Bila dh ada privacy between husband & wife dalam bilik, tnpa anak2, barulah keadaan kembali spt br kahwin.
Tentang suami xpeluk sis, apakata sis la peluk dia dlu, xkisah la dia belakangkan sis ke, apa ke..lagi satu, laki ni kdg2 dia xnak sgt cerita hal keje/kewangan/masalah sbb dia tak nak la sis risau atau fikir bukan2..itu je.
Apa pun, sis sgt2 lah beruntung dpt suami yg ringan tulang bantu urusan dlm rumah, nafkah zahir pun cukup.. mungkin nafkah batin ini ujian utk sis, Allah nak tgk sis mcm mana..
Something fishy husband you ni sis.. Benda boleh rujuk kepada yang lebih arif iaitu pegawai @ pekerja pejabat agama.. Awak rujuk lah.. Hmm.. Lagi satu cuba awak selidik dia,dengan siapa dia berkawan, dia keluar ngan kawan2 laki dia tu lepak di tempt mana.. Gituu..
Assalamualaikum sis.. semoga sis sabar menempuh ujian..sis tenangkan diri, slow talk dgn husband tanya kenapa benda ni terjadi..mungkin husband ada masalah kesihatan.dan yg lg takut kalau sis dan suami terkena ilmu pemisah..
Dari penceritaan sis tadi, nmpk yg sis berusaha untuk bersama husband. mhkuj sis kna berusaha lbh romantik dgn suami..mmg nmpk mcm terhegeh-hegeh, tp untuk kebahagiaan bersama mgkinnsia boleh cuba..
Dan byk kan berdoa semoga Allah beri kebahagiaan untuk rumahtangga sis
Kita senasib sis cuma sis lebih beruntung sbb suami sis masih mampu memberi nafkah zahir. Saya pula menjadi penunjang utama nafkah keluarga. Dalam masa 16 thn perkahwinan, boleh kira dgn jari brp kali kami berhubungan kelamin. Bertahun2 diabaikan. Semoga Allah SWT memberi jalan penyelesaian yg baik buat sis sekeluarga.
Lelaki ni kadang2 ada fasa dia x memerlukan so dia slow skit.. Tp time tu perempuan memerlukan pula…
Suggest saya bila puan perlukan, puan start je dulu.. Jgn slow2… terus je langgar walaupun masa tu dia dh tido ke apa…
Lg 1 cari time healing berdua… Tinggalkan anak kt mana2…utk “refresh” je…
Dan bila masa ada chance tiba2 cuit2 je mana part sensative husband during the day…
Kalau dia marah puan gelak/senyumkan aje.. Kalau dia x de reflect, puan buat je lg…