Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih admin kalau confession ni berjaya dipublish.
Aku seorang gadis berumur awal 20-an sedang melanjutkan pelajaran peringkat Master di salah sebuah IPTA di Malaysia. Sekarang sudah semester akhir penulisan thesis and aku ambik mode coursework. Bidang sains sosial.
Aku dapati diri aku mengalami burnout yang sangat teruk pada saat2 kritikal sekarang ni dah nak kena submit thesis.
Aku hari2 fikir pasal nak kena tulis thesis tapi aku stuck. Template tulis thesis dah ada, draft setiap chapter dah ada, tinggal tulis and tambah2 source citation je.
Tapi setiap kali nak pegang laptop mood and semangat tu drain and hilang. Betul-betul stuck macam ada something yang hold aku tapi aku taktau apa.
Aku takda kawan seperjuangan dalam pengajian Master ni sebab semuanya busy dengan life masing2, majoriti dah berkeluarga and yeah somehow i cant fit to befriend secara rapat dengan orang lain.
So takda kawan, jarang2 dapat moral support, nak cakap pasal moral support dari family tu tahlah tak tercerita nanti so faham2lah ya.
Sebenarnya banyak series of mental breakdown sepanjang 2 tahun ni tapi most of the time aku pendam je sebab setiap kali aku try seek for help macam luah kat kaunselor ke orang terdekat, biasanya akan pulang dengan hati yang hampa malah lagi teruk emosi jadinya.
I’m proud of myself sebab berjaya sampai tahap ni walaupun macam hell je every semester tu, huhu.
Ikutkan ni sikittttt je lagi nak habis ni. Tapi aku stuck.
Bayangkan, buka laptop, buka la segala document nak mula menulis and merujuk tu kan, tapi aku stuck, aku akan tengok je laptop sampai seharian pastu ha kesudahannya tutup je laptop tu.
Terjadi berminggu-minggu and berbulan2 sampailah sekarang dah nak kena submit.
Aku ni jenis overthinking, banyak sangat berfikir at one time, mostly pasal benda yang belum terjadi yang aku takutkan.
Aku fikir aku punya penulisan tak bagus, aku fikir adakah aku kena extend, aku fikir aku tak boleh buat. Situasi sekarang ni betul2 stuck dan merimaskan.
Aku last berhubung dengan supervisor, Oktober this year. After that dah takda. Sebab ntahla, sebab burnout ni la, nnti dia tanya progress, ha sebab tulah aku tak contact dia.
Supervisor aku ni lelaki dah berkahwin ada anak. Dia baik, cool je and helpful, dia juga seorang yang sangat busy and ramai student bawah dia.
Tapi dia adalah lecturer yang bukan dari fakulti aku so aku takda kenal mana2 student under his supervision.
Aku banyak cari cara nak motivate balik diri aku, segala benda dah cuba, masih stuck.
Ada yang kata aku kena talk with my supervisor, aku tak berani. Sebabnya adalah, aku overthink, adakah dia akan faham benda2 mental health ni?
Pastu benda ni personal, dia tu dahlah laki, suami orang, sesuai ke nak ckp benda2 ni?
Pulak tu sekarang dah nak dekat kena submit risau kena marah sebab lambat berterus terang kalau ada masalah.
Aku fikir nak extend tapi yuran dekat 3 ribu, mana nak cekau duit tuk bayar lagi, dahla aku ni on loan pulak tu.
Aku try motivate dengan cakap kat diri sendiri yang orang lain boleh je, ada anak keluarga komitmen, aku ni apa komitmen pun takda tapi loser macam ni. Ntahla.
Sejujurnya aku insecure, macam penulisan aku tu selalu stuck bila aku pikir pasal page tak cukup macam aku mampu tulis 5 page je, macam tak cukup baguslah. Lepastu paling sucks bab nak kena cite itu ini. Paling down la citation ni.
Aku suka tulis and boleh tulis apa je pandangan aku tentang isu dlm thesis, tapi bila kena ada bukti la support la cite itu ini, sgt2 merumitkan.
Tapi aku tengok thesis2 yang kat library, ada je abstract 5 baris okay je lulus, ada chapter tu yang 3 page okay je. Cuma aku taktau kalau aku buat camtu juga akan diterima ke tak. Overthink lagi.
Sebenarnya macam mana syarat minimum thesis diluluskan?
Aku nak lulus tipis pun dah cukup alhamdulillah dah, tak aim cemerlang gemilang terbilang pun (yang ni taktau macam mana nak cakap kat sv, boleh ke cakap kita tak aim untuk jadi cemerlang? dia akan faham ke? dia akan tolong ke?)
Sekarang ni aku fikir macam nak usahakan minta extend tarikh submission daripada ketua pusat sebab last sem ada batch yang minta extend, diorang dapat extra 1 month.
Tapi aku takut sebab ketua pusat ni garang, benda2 macam ni biasa dia dengar je terus reject tapi dia jenis yang akan pikirkan balik request student tetiba je nnti ada news baik, tapi tak tentu la kan, dahla aku ni sensorang je ni.
Aku dah tahap burnout taktau la cemana ni. Aku rasa mungkin sebab aku ni belajar tak berhenti2. Dari tadika sampai sekarang.
My parents especially my dad mmng suh sambung terus after degree and now dia kata kalau boleh nanti lepasni sambung phd pula.
Aku boleh tu boleh tapi entah kenapa, mungkin ni ujian, aku punya otak macam error, badan aku macam menolak nak menulis thesis ni.
Taktaula korang faham tak rasa dia macam mana, macam stuck and lemas dalam keadaan keliru tah knpa aku jadi camni.
Minta pendapat kalau ada yang pernah mengalami situasi sama, macam mana nak selesaikan masalah aku ni. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.
– Ungu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
hai Ungu,
you can overcome this. ambil 1 hari keluar jalan2 tak perlu jauh2 pun.. keluar walk and feel the fresh air.. grounding.. once dah settle down try tengok balik gambar2 convo diploma/degree ke.. masa tu u mesti bangga dengan diri u sebab those hard times before u dah lepasi, jadi yang depan mata sekarang ni pun u mesti boleh jugak.. i pray for your success… best of luck.. you are not alone, find a circle yang sama2 buat thesis sama macam article you sama ada from group/etc..
you will get through this.
Hi.. biar saya cerita serba sedikit pengalaman saya. Saya berhenti kerja gov dan sambung master bidang sastera (lain dari bidang degree sains) sebab minat yang mendalam. Masa tu masalah kewangan memang menghimpit dengan ada anak baru lahir. Dan saya juga didiagnos Anxiety & OCD. Banyak kali juga saya hampir nak berhenti dan nak cari kerja tetapi saya tahan. Saya fikir saya dah separuh jalan dan apa pun saya mesti buktikan yang saya mampu habiskan master ni. Saya masuk UKM pun tiada kawan & hanya perpustakaan tempat saya habiskan waktu. Pusat kesihatan pelajar rujuk saya ke HUKM & saya dapatkan rawatan di sana. Supervisor saya sangat garang tetapi saya beranikan diri untuk ambil hati dia dengan rajin datang dan bawa progress writting saya. Banyak kali kena reject tapi saya tak patah semangat. Nasihat saya, jangan berhenti menulis walau tiada idea. Tulis sahaja dulu, dapatkan banyak bahan bacaan, rujuk tesis2 orang lain, cari artikel, jurnal semua untuk dapatkan idea. Set dalam kepala, apa yang aku tulis ni walau direject, at least ada saki baki yang boleh diguna semula – itulah penting jumpa supervisor. Saya doakan awk berjaya & tidak putus asa.