Broken Home

Assalamualaikum, nama aku Nur (bukan nama sebenar)

Aku cuma nak luahkan perasaan aku yang terombang-ambing sekarang ni… Sejujurnya aku pun tak tahu nak cerita macam mana.

Aku ada abang, tahun lepas, aku pernah chat lelaki (kawan aku), hanya chat biasa…

Tapi aku tak nafikan mungkin chat tu nampak suspicious sebab aku send gambar “Once” dekat kawan lelaki aku tu, tapi wallahi itu hanya gambar aku edit muka aku sahaja, tiada yang bukan2, aku berani bersumpah. 

Lepastu takpe lah, aku tengah buat kerja rumah, then abang aku balik terus dia rampas fon aku dan dia baca chat aku dengan kawan aku tu, sedangkan waktu tu aku tengah tengok youtube dengan makcik aku, jadi aku macam teremosi sikitlah… 

Dia tanya aku sapa lelaki tu, aku jawab kawan aku, tapi dia marah2 aku tanpa tahu cerita sebenar, aku menangis, sebab aku tak buat apa2 pun… Mungkin dia rasa malu sebab dia tuduh aku dan dia tak terima jawapan aku… 

Dia naik angin, dia tampar muka aku berkali-kali, tapi aku pun takkan nak diam saja, aku balas balik, aku tampar kaki dia… Then dia pijak aku berkali-kali.

Aku menangis, aku pukul diri aku sendiri, sedih, sedih sangat2, hanya sebab mulut orang lain, dia hilang kepercayaan dekat aku… Padahal aku tak pernah menipu family aku walaupun sekali…

Waktu aku menangis dalam bilik, dia hanya datang dan ejek2 aku sambil gelak2, dia buat seolah-olah dia tak bersalah langsung… 

Tapi sejujurnya sampai sekarang aku keliru dengan perasaan aku, aku rasa nak lari jauh2 daripada dia, aku jarang bercakap dengan dia, dah tak macam dulu, dulu kalau dia buat lawak atau apa2, aku suka respon balik…

Tapi sekarang, aku lebih banyak diamkan diri daripada dia… Dia selalu hina dan ejek2 aku, dia suka gurau kasar, tapi tu aku tak kisah, biasalah kan family. 

Tapi setidaknya fikirlah perasaan orang lain juga, nak bergurau silakan, tiada siapa yang halang, tapi berpada-pada lah… 

Aku nak tanya korang semua, apa yang aku buat ni salah ke? Salah ke aku berdiam diri daripada dia?

Bukan apa, apa yang dia buat menghadirkan trauma dalam diri aku… Aku sedih, letih, penat sangat2, dia buat aku ni macam hamba dia je, nak lari jauh2 tak boleh, family kan. Lagipun aku masih budak sekolah. 

Mental aku sangat2 down sekarang ni, tapi aku takpernah ceritakan dekat sesiapa. 

Dan aku sendiri dikategorikan sebagai “People pleaser”, aku tak pandai nak menolak permintaan orang lain walaupun sebenarnya aku tak nak, aku terkurung dalam trauma aku sendiri… Tolong aku… 

– Nur ( bukan nama sebenar )

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya mangsa dera abang. Memang sampai sekarang tak bercakap sangat pun. Yang paling sedih, saya sakit mental sebab trauma. Dah bertahun2 saya makan ubat dan terperangkap dalam trauma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *