Assalamualaikum, Salam Ramadhan kepada semua yang sudi baca kisah saya kali ni.
Perkenalkan nama aku Sari. Berusia pertengahan 20-an. Belum berkahwin tapi aku ada boyfriend.
Aku dengan boyfriend aku ni dah nak masuk 4 tahun juga la kami bercinta. T
api sepanjang 4 tahun ni macam-macam perangai boyfriend aku keluar. Tapi aku bertahan lagi sebab sayang kan.
Bila dah 4 tahun bercinta, partner asyik buat hal, lama-lama aku jadi tawar hati dan aku rasa menyampah.
Aku pun ada tegur juga apa yang patut. Tapi dia ulang juga buat.
Aku ni biasa je, tak de la alim mana sangat,
Cuma aku sebagai perempuan nak juga seorang lelaki yang membimbing, tak banyak sikit pun jadi, at least nampak la dia menyakinkan cukup dah.
Tapi sepanjang bercinta ni aku tengok aku je yang kena bimbing dia pulak. Jadi terbalik.
Aku kene call beratus kali suruh solat fardhu. Belum solat Jumaat lagi. Boleh kira berapa kali dia pergi solat Jumaat.
Dan dia jalani hidup dia macam biasa je.. Macam tak rasa bersalah tinggalkan solat.
Lagi satu hal, bf aku ni kuat lepak. Dari petang tu boleh bawak sampai ke 3 4 pagi lepak, end up tahu je lah, subuh gajah la sebab malam plak dia baru bangun.
Mula-mula dulu aku boleh tegur. Aku cakap elok-elok. Tapi lama-lama aku dah muak nak tegur. Sebab aku pun tak nampak dia nak berubah.
Dulu aku hampir putus juga dengan dia ni sebab kantoi masuk kelab malam. Tapi disebabkan aku tengok dia macam menyesal aku bagi peluang lagi.
Bila aku fikir-fikir kan balik, menyesal aku teruskan sampai 4 tahun macam ni.
Apa yang aku tengok dia memang tak nak berubah. Still lepak sampai pagi. Hidup suka hati.
Aku penat dah nak tegur, sebab aku tegur pun dia tak amik kesah.
Sepanjang kami kenal pun, dia bertukar tukar kerja.Sebab utama dia ialah dia ni jenis ikut kepala dia. Masuk office tengahari. Buat selamba. Then kene buang.
Macam tu la seterusnya kalau dia baru bekerja. Punca dia sebab dia lepak.
Aku bukan tak boleh susah senang dengan dia, cuma aku tengok aku je yang susahnya. Hati aku ni tak tenang betul dengan perangai dia.
Bila aku minta putus sebab aku tak tahan, baru gelabah dia berubah tu pun 2 3 hari je. Pastu buat lagi.
Bila aku tanya kenapa nak teruskan lagi? Dia cuma cakap aku boleh ubah dia. Kalau aku tak de dia makin teruk dan terpesong.
Masalahnya aku yang meluat tengok perangai dia ni.
Ibu aku tahu pasal bf aku ni, dan ibu aku mmg tak berkenan. Tapi aku degil teruskan juga dengan bf aku.
Sekarang ni, aku betul-betul dah tak de hati langsung. Sebab aku dah bosan nak tegur benda yang sama.
Ibu aku pun dah warning tinggalkan lelaki ni. Tapi bf aku ni dia akan cari aku sampai lubang cacing.
Sebab dulu aku pernah hilang kan diri sebab aku tak tahan dengan perangai dia. Dia datang tempat kerja aku buat kacau datang umah aku semua.
Aku malu dengan kawan tempat kerja. Malu dengan jiran-jiran juga.
Sekarang ni aku tak tahu apa lagi cara aku boleh buat untuk blaa dari relay ni. Bila aku cakap nak putus mula la cakap pasal nak mati lah apa lah. Letih aku.
Aku ni tak de la kejam sangat nak tinggalkan macam tu je, tapi bila aku tengok keadaan. Aku memang kene tinggalkan.
Cuma aku rasa bersalah kalau dia makin teruk bila aku tinggalkan dia.
Sebab dia pernah kemurungan sebab kene tinggal dengan ex dia dulu. Dia tak keluar rumah, tak buat apa2 langsung, kurus, diri pun tak urus. Sebab dia tak boleh terima keadaan.
Bila dia kenal aku ni baru la dia nak keluar dan bergaul dengan orang. Nampak la ok sikit dari sebelum ni.
Tapi tu lah. Ada idea tak apa aku patut buat?
Aku ada juga tanya pendapat orang terdekat aku, cara dia aku kena ada bf baru. Tapi tu lah nak kenal orang sekarang pun aku dah takut. Takut dapat spesis yang sama.
– Adira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Dear Adira, kalau awk nak stay in that relay, maybe you could ask his parents/family/close friend untuk nasihatkan dia berubah since dia taknak dengar nasihat awk. Again, you kena sabar & guide him.
Tapi kalau you choose to give up, sy rasa awk kena tinggalkan dia diam²..awk kena pindah rumah & tempat kerja supaya dia tak boleh kacau awk. Sounds cruel, tapi awk dgn dia takde ikatan yg sah and awk pun dah bertahan lama utk bg dia peluang. Bila tak nampak jalan & tanda dia nak berubah, its a sign for you to walk away..bukan tanggungjawab awk pun..you better focus on yourself, future and family.
Hi Sis, manusia ni susah nak berubah. Kalau sis harap dia berubah lepas kahwin, chance tu amat tipis. And kalau sis taknak kahwin dengan dia buat apa teruskan hubungan.
cari la lain sementara belum kahwin. Buat apa nak susahkan diri untuk hidup dengan dia? sedangkan awk ada pilihan untuk hidup bahagia, senang tanpa dia. Lagi satu, jangan cari kekasih lain semata nak lari dari kekasih lama. Kesian perasaan kekasih baru tu. Dan awk jangan terburu buru nak ada cinta baru. Hidup ni bukan sekadar cinta sahaja.
Dah tahu bnyk redflag, buat apa tunggu lagi dengan dia, belah jer… nanti diri sendiri yg merana, klu masalah ni selepas kawin ni, lagi la awak akan jauh lebih susah, bukan senang nk selesai nanti, terus terang jer dgn dia mintak break, klu terus ganggu, kena repot kt pihak berkuasa
Tlng tinggalkan dia segera. Jgn jadi mcm sy ni dah 13 tahun kawen dah tak boleh buat apa apa. Now baru terhegeh hegeh nak cerai. Dia takkan berubah. Percaya lah. Sy cakap berdasarkan pengalaman.
Tak perlu tanya la dik. Dah terang lgi bersuluh, jangan teruskan. Be firm with your decision. Leave him for good.
jgn teruskan hubungan dik, tinggalkan dia.. percayalah, kau tak akn mampu ubah dia, jgn perjudikan nasib kita.. jgn merana kemudian hari.. klu bf berkeras, guna saluran undang², report pihak berkuasa.. u choose..
Kisah kau ni sama mcm aku dulu. Aku pun bertahan 3 tahun,konon syg. Dia kerja KL sebb nak dekat dengan aku kononya. Bila dah kerja xsampai sebulan tukar kerja lain. End up, aku call mak dia. Bagitahu tolong jagakan sifulan ni sebab dia dah ganggu hidup saya. Gaduh beso ngan mak dia. Hahaaha. Barulah abg aku masuk campur. Akhirnya terlepas dari biawak idup.cehh..move on lah.
Patutnya tulis tajuk “bodoh ke aku?” Hahah sorry2 melawak ja. Awak, dia terlalu byk red flags. Dah 4 tahun tapi cakap mulut nak berubah tak guna juga. Takde usaha dan hanya mengharapkan awak tp bila awak tegur pun dia buat dunno je. Kalau dia ganggu awak lagi, awak boleh report polis. Saya tak main2 ya. Lelaki mcm tu bahaya sbb dia malukan awak di tempat kerja. Dgn perangai tak semenggah dia, tak mustahil dia kacau awak lg teruk. So, solution nya kalau nak selamat buat restrictions order di balai polis.
Saya pun tertanya tanya macam manalah sis masih boleh sayangkan dia lg? Adakah sebab rupa???