REPLY: Mid-life Crisis

Reply, (https://iiumc.com/mid-life-crisis/).

Hai Nonie, semoga awak sihat walau saya tak tahu dekat mana keberadaan, dan keadaan awak sekalipun. Tapi dari cara awak bercerita, mungkin awak kerja area Kuala Lumpur.

Bila sebut mid-life crisis, mungkin ini mengenai adaptation.

Saya juga seorang extrovert yang tidak suka akan kesunyian dan berubah 180 darjah menjadi introvert.

Kalau dulu saya sangat disenangi orang ramai dan yes, ramai yang meminjam telinga saya, in sha Allah, segala masalah tersebut selamat di telinga saya sahaja.

Semua orang melihat saya sebagai seorang yang ceria dan mungkin zero masalah.

Satu hari, kawan rapat saya meninggal. Dan kawan itu merupakan kawan yang tahu tentang saya.

Kawan saya itu kawan yang tahu saya sejak bujang. Tahu akan aspirasi saya, semangat saya, masa lapang saya, dan tahu bila saya tiada dalam kelompok manusia. Maka dia akan cari saya.

Untuk pengetahuan, kawan saya juga extrovert.

Bayangkan kegembiraan kami bila bertemu. Berprogram bersama. Menumpahkan segala bakti untuk kerja luar dan segalanya semoga Allah terima amal baik beliau.

Namun sahabat saya dijemput sebelum dia sempat naik pelamin. Di sinilah titik perubahan saya.

Saya mula merasakan pressure bila bergembira.

Bila sudah bekerja, saya seakan faham dengan konfesyen awak yang pressure untuk performance itu sangat tinggi. Lebih-lebih lagi bila kita keluaran sekian-sekian, lulusan sekian-sekian.

Saya juga cuba mengaktifkan diri kembali kepada kumpulan yang saya aktif sebelum ini, guess what?

Saya rasa panic attack sebab rasa tindak tanduk diperhatikan. Dan again, saya keluar dan cari benda lain.

Alhamdulillah, saya turut mendapatkan kaunseling beberapa sesi dengan 1 kaunselor.

Apa yang saya dapat walaupun karakter saya telah berubah, lepaskan kenangan lalu.

Jangan pandang rendah lama-lama diri tu. You can be a better version of yourself and still excell.

Oh ya, untuk meningkatkan kualiti diri sendiri, saya menyambung pelajaran Master walau tiada orang lain tahu pun. I mean, saya tidak lagi menghebahkan segala aktiviti saya.

Last word from ke Nonie, may you heal from the battle you not talk to.

Himnae!

– Baju Biru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *