Hai semua. Assalamualaikum. Salam ramadan to all muslim readers. My nama is Ann.
I just nak share how I masuk Islam hanya kerana berpuasa. Sebelum tu I nak bagitahu I ni seorang Chinese.
I dah convert almost 2 years. Dekat tempat kerja I, ada colleagues sorang we call her Nisha.
Sha is my first muslim friend yang I agak close dengan dia. Because I dulu Chinese school. So memang tak ada kawan Malay sangat. Ada kawan Malay pun bila dah start kerja.
Then dari mereka I tahu sikit2 pasal Islam. But sangat comman things.
Like muslim man can have 4 wife. Something like that. But dari Sha I tahu banyak pasal Islam.
Sebelum tu memang I tahu pasal puasa sikit2.. Memang I selalu wonder, how muslim boleh tahan lapar dahaga almost 15 hours. I rasa macam betul ke they all ni. Setitik air pun tak boleh minum. Macam tak percaya saja.
Masa tu I selalu fikir, kalau I mesti dah gastrik. Mesti rasa nak mati. Tambah2 kena kerja lagi tanpa makan apa2. For the whole day.. Omg.. I rasa teruknya. So I share la dekat sha.
Sha is funny2 and gila2 type sikit, but very nice person. Dia cakap mana orang mati kerana puasa. Orang makin sihat ada la. Dia cakap u cuba la puasa. Kan u kata nak kurus. Dia suruh I rasa sendiri experience tu.
Pada awal2 tu I tak ambik serius pun kata2 dia. But one day tu. Don’t know why, but suddenly I teringat kata2 dia. Malam tu I fikir nak try. Just for fun.
Amazing nya, kan pagi2 ada azan before subuh. I suddenly dengar suara azan.. Sangat clear. I ni jenis tidur mati and susah mau bangun early morning.
But that day, I macam tiba2 macam fresh gila. Rasa energy sangat. But 5 pagi mau makan nasi? I rasa weird sangat.
But I tetap bangun. Bangun2 pergi call Sha pulak. Gila betul aku ni. Luckily she answers my call.
I just cakap I nak cuba puasa. But I tak nak makan nasi. Dia cakap makan la apa pun.
Minum milo ka apa. Dia cakap kalau tak makan nasi nanti u lembik. Ada la she bebel2 sikit.
Then I makan nestum and some snacks. Selalu pagi I breakfast dalam pukul 10. But hari tu around 9am, I start lapar lightly.
But dalam 12 macam tu, I dah start pedih perut. Sha macam perasan pulak. Dia cakap pergi la buka puasa. Dah pukul 12.
I tanya kenapa pulak. U all selalu 7. 30 baru makan kan. Dia kata tu untuk orang dewasa.
Kalau kanak2 macam u, tambah2 first day puasa, half day dah boleh buka dah. Ni pun hebat dah tahan sampai half day. Nanti fullday takut u pengsan dia kata.
Jahat betul dia. Kata I kanak2 pulak. I just jeling ja kat dia.. Malas mau layan dia. Dah la perut lapar. Terbayang segala makanan dalam dunia. But I continue my puasa.
But dalam pukul 2, I dah tak boleh tahan.
I pergi makan nasi. Macam2 lauk ambik. Punya tamak. Then bazir pulak sebab tak habis makan.
But, finally rasa leganya. Sha ada la smile2 dekat I. Dia kata bertenaganya orang tu. Lepas tu bagi satu ringgit kat I. Katanya upah berjaya puasa half day.
Dia kata dulu mak dia bagi upah kalau berjaya puasa. I tanya umur berapa u puasa. Dia cakap dari tadika. Wow. Respect tau masa tu. Kanak2 pun mampu puasa.
Then dia cakap, esok mau puasa lagi ka.
I kata tengok dulu. But actually rasa macam best jugak. But dia cakap macam ni. Tapi kalau esok u puasa, u kena baca niat. Baru u boleh puasa one day full. Baru u boleh tahan lapar macam kami.
I tanya apa niat tu. Dia cakap dalam bahasa Melayu. I tanya dia, kenapa niat u all berpuasa kerana Allah?
Dia jawab, because puasa tu perintah Allah. Semua ibadah tu kena niat kerana Allah sebab Allah suruh.
But Allah tak perlukan semua tu. Setiap perintah Allah kebaikan dia hanya pada manusia tu saja.
Like puasa ni, bila kita buat. Badan kita sihat. Kita akan lebih hargai makanan.
Lebih bersyukur. Lebih ingat pada orang2 susah yang susah mau dapat makan selama ni.
Ni I simple2kan apa explanation dia pada I. Lebih kurang macam itu la. But apa yang dia terangkan, setiap perkara Allah suruh buat, benda tu only the good thing for the human.
Then tiba2 terus teringat pembaziran yang I buat tadi. Terus rasa sedih. Tak hargai makanan betul aku ini.
Then dia cakap. Untuk membuktikan seseorang itu Islam, ada 5 perkara. I tanya apa tu.
Dia cakap mengucap, solat, berpuasa, bayar zakat and pergi haji.
I tanya apa tu mengucap. Dia cakap the arabic word, yang meaning dia percaya pada Allah dan nabi.
Then I rasa macam something la. I tanya, habis I puasa ni kira half2 muslim ka. Dia kata u puasa pun tak full. Lagi mau berangan half2 Islam eh. Kawan I ni asyik nak paku I saja. Benci betul.
Dia cakap jangan takut. U belum Islam lagi. Tak de orang akan jadi Islam sekadar mau cuba2 puasa.
Dia kata kalau u mengucap dan percaya Allah saja tuhan yang satu, u dah fully Islam. U nak ke? Dia soal I.
Gila dia ni. I cakap tak nak.. Then kita gelak2. Then dia cakap, but kalau u mengucap pun, tapi dalam hati u tak percaya pada semua tu. Bukan bermaksud u seorang Islam pun. U still non muslim.
Muslim means you believe to Allah, you believe to prophet Muhammad. Then follow all the instructions. Then u are the real muslim.
Masa tu I just diam saja la. Tapi ada la hati terdetik, apa hebat sangat jadi muslim ni.
But can I continue next time? I tak biasa tulis panjang2. Ni pun rasa letih sangat. Sorry ye. But thanks for reading. Love u.
– Ann (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Happy for you Ms Ann!
Hidayah milik Allah, tahniah memilih Islam, semoga Allah mempermudahkan semua urusan anda, memberikan istiqamah untuk terus praktikkan Islam sebagai cara hidup.
Alhamdulillah kerana kembali kepada Islam. Tahniah kerana menjadi insan yang terpilih.
alhamdulillah. tahniah memilih agama Islam dengan rela hati tanpa sebab lain . Contoh masuk Islam semata untuk berkahwin
Too short la amoi…buat panjang2 i suka baca cerita mcm ni