Aku Dan Kamu

Cerita ni ringkas untuk disampaikan tapi cukup besar pengajaran dalam hidup aku. Nama aku Ika (bukan nama sebenar) dan dia aku gelarkan sebagai Nish (juga bukan nama sebenar).

Kisah kami bermula apabila kami mula bekerja di satu syarikat yang sama. Diringkaskan cerita bagi aku Nish seorang yang sangat memahami aku dan pada awalnya aku dan dia hanyalah seorang rakan yang hanya bergurau senda di tempat kerja,

Sampai la suatu hari Nish meluahkan perasaan pada aku. Waktu tu suasana tak awkward langsung malah kami saling ketawa kerana pada awalnya bagi aku dia hanyalah bergurau namun apabila aku sampai di rumah dia luahkan perasaan dia lagi yang buat aku rasa kalini dia serius.

Aku memberi diri aku berfikir tentang hal tersebut akan tetapi aku lupa yang hampir sebulan aku tidak memberi apa-apa jawapan. Sampai la suatu hari, aku rasa aku patut beri jawapan yang aku pun ada hati pada dia sebab aku takut hilang orang yang aku anggap selesa.

Hubungan kami bertambah baik, kami bahagia sangat. Setiap kali aku cuti kami akan keluar untuk hilangkan tension di tempat kerja. Kami juga menjadi lebih serius dalam hubungan sampai kami plan untuk berkahwin. Akan tetapi tak lama lepas tu aku dapat tawaran sambung belajar.

Waktu tu perasan aku bercampur baur aku happy sebab aku dah lama nak sambung belajar dan dalam masa yang sama aku sakit untuk tinggalkan dia disini.

Aku sebak sampaikan dia kerap pujuk aku untuk terus kejar impian aku dan berjanji dengan aku, selepas aku tamat belajar kita kahwin. Aku pun bantu dia juga untuk dapatkan kerja lebih baik dan alhamdulillah kami berdua berjaya dapat kejar semua yang kami impikan.

Sewaktu aku masih belajar hubungan kami secara tiba-tiba putus ditengah jalan membuatkan aku waktu itu buntu dan fikir cara untuk dapatkan balik hubungan.

Tapi waktu tu Nish menjadi seseorang yang aku tidak kenal sikapnya seperti panas baran dan putus kan hubungan macam tu je. Lama juga aku fikir ape salah aku dan kenapa boleh jadi sampai mcm ni. Rupanya hubungan kami disihir.

Aku pada awalnya tidak tahu tentang penyakit ain dan sihir tapi sebabkan aku pergi berubat buat aku jadi takut.

Waktu tu aku ada contact Nish tapi dia memang dah jadi benci sangat dengan aku mungkin orang tak suka cara kami bila kami nak bernikah tapi aku maafkan walaupun bagi aku perkara yang orang buat pada kami ini sudah cukup kejam.

Sampai la suatu hari, aku pujuk lagi Nish tapi dia tetap balas dengan tawar. Buatkan aku rasa hubungan aku pada waktu tu sudah benar-benar berakhir.

Aku cuba mengajak dia keluar berjumpa di tempat first date kami untuk cerita kan penyakit aku tapi dia tetap menolak. Ape aku boleh waktu tu cuma redha dan terima yang kami sudah tiada jodoh. Tapi doa aku untuk dia tidak pernah putus.

Sampai la suatu hari aku dapat message dari dia selepas 5 bulan kami tidak message. Lama sangat rindu tu jangan cakap tapi waktu tu aku benci dia sebab bagi aku dia tak nampak effort aku sebelum ni.

Kenapa baru sekarang dia cari aku sedangkan aku dah cukup lama tahan sakit sorang-sorang. Sihir tu sakit buatkan aku muntah kaca dan hari-hari aku muntah darah. Berat badan aku juga dari 47 turun hingga 35 kg.

Ye aku sangat kurus waktu tu dan aku tak bercampur dengan orang. Aku ingatkan dia dah lupa aku sebab macam-macam dia buat pada aku waktu dia tak sedar tapi cukuplah aku je yang tahu ape dia buat.

Dan alhamdulillah kami bersatu balik sekarang dengan hubungan yang rahsia. Kami tak public status hubungan kami kecuali pada keluarga dan kawan rapat je untuk elakkan benda yang lama jadi lagi.

Bagi aku, aku cukup bahagia dengan Nish. Ape yang buat aku happy bila sikap dia yang lama ada balik dan hari-hari layan aku sama macam dulu.

Alhamdulillah kami masing-masing dah habis berubat. Perit dan sakit tu dua-dua rasa tapi ape yang aku boleh cakapkan tentang kisah aku ni, jangan cepat percaya dengan orang,

Dan kekadang kita terlalu tunjuk kebahagiaan kat media social dan depan orang pun tak boleh jugak sebab orang yang buat kami ni orang dari syarikat yang kami pernah kerja.

Apepun cukuplah sampai ini saja kisah kami.. Doakan kami panjang umur dan sehingga ke jinjang pelaminan.

– Ika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *