Kahwin Dengan Orang Cina III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kahwin-dengan-orang-cina/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kahwin-dengan-orang-cina-ii/).

Assalamualaikum wbt. Aku akan sambung tentang abang dia pulak convert Islam. Menarik yang ni, boleh mengukuhkan iman kita. Inshaallah.

Pertama sekali terima kasih dan aku minta maaf sangat kepada yang mengikuti kisah aku ni. Aku tak boleh nak sekaliguskan semua cerita, sebab aku tak pandai menulis. Hehe.

Dan aku nak apa yang aku cerita ni sampai kat korang dan faham dan tak boring lah bila baca. Aku harap korang dapat hayati sama2 dan tidak keliru dengan apa yang aku sampaikan ni.

Yang kedua tentang aku bukan nak bongkak dan riak pasal aku kahwin dengan amoi Cina.

Aku cuma nak perbetulkan fahaman orang melayu je. Terutama sekali banyak isu2 terkait dengan politik sekarang. Tak semua orang Cina camtu, wife aku pon geleng kepala je kalau ada isu2 terkait dengan bangsa dia.

Ok selepas aku nikah dengan wife aku ni, dalam 6 ke 7 bulan lepastu wife aku dapat call dari abang pertama dia. Dia borak dalam bahasa mandarin, mungkin abang dia taknak aku dengar kot. Tapi memang nampak kat riak wajah wife aku macam terkejut.

Habis perbualan diorang tu aku tanya lah kenapa. Dia pon terus cakap yang abang dah masuk Islam. Kami pon terkejut lah, sebab abang dia takde tanya apa2 tentang procedure camne nak convert ni. Makna nya abang dia cari sendiri and jumpa ustaz untuk guide dia.

Abang dia cakap dah hampir sebulan dia ucap syahadah. Tujuan dia call wife aku sebab dia baru berani nak bagitahu orang. Parents dia pon dia tak bagitahu.

Then aku tanya kenapa nak sorok. Rupa2 nya kalau lelaki Cina masuk Islam akan ditentang oleh keluarga. Sebab memutuskan keturunan diorang. Lain cerita dengan wife aku, keluarga tak kisah sangat pon. Bagi diorang lelaki yang akan meneruskan bukan perempuan. Patut lah dia takut.

Kisah abang dia ni struggle sikit, sebab abang dia dah berkahwin, tapi hanya dia yang peluk Islam. Wife dengan anak dia masih Buddha. Nak pendekkan cerita, hubungan diorang ni dah hampir ke perpisahan so takde lah susah nak hadap akibat seterus nya kan.

Genap sebulan, abang dia ni pon jatuh sakit dan masuk hospital. Umur dia dalam awal 40 an tak silap aku. Sakit buah pinggang kencing manis dan macam2 lagi lah. Kira kronik lah. Tak lama lepas tu abang dia dijemput Ilahi.

Nasib baik abang dia sempat bagitahu wife aku tentang dia dah convert, kalau tak mesti dia akan diuruskan dengan cara Buddha.

Bila wife aku bagitahu family dia tentang status abang dia ni, terkejut lah semua orang. Ada yang tak caya, pastu ada lah ustaz ni datang kat hospital mengesahkan status abang dia ni. Baru lah semua percaya.

Macam aku cakap, lelaki masuk Islam akan ditentang. Mak dengan abang dia yang kedua tak hadir pon kat hospital dan beri penghormatan terakhir kepada jenazah. Yelah, family sendiri kan.

Hanya ayah dia, wife abang dia dan anak je yang ada serta aku dan wife lah. Kawan ayah dia India pon ada datang dengan wife dia. Kagum aku.

Aku memang respect kat ayah dia ni. Datang uruskan anak dia yang dah Islam ni sampai ke liang lahad. Kau bayangkan dengan berseluar pendek namun tetap nak beri penghormatan terakhir.

Ayah dia ada cakap dengan aku tolong uruskan anak laki dia ni, sebab dia taktau apa2 dan hanya akan tolong dari segi kudrat tenaga sahaja.

Time tu dah lah bulan ramadhan, tak silap aku hari khamis dan ramadhan yang ke 3. Aku dengan ayah dia lah yang masukkan jenazah ke liang lahad dan tutup sehingga habis. Ayah dia still ada tau sambil dengar talkin sekali. Aku tengok pon rasa bangga sangat.

So dari part III ni pulak apa yang aku nak simpulkan adalah diorang ni sebenar nya ada je yang dah belajar sikit2 tentang Islam cuma takde courage kot dan turning point maybe.

Contoh nya macam wife aku, lepas kahwin aku pindah ke rumah dia, aku jumpa banyak sangat buku2 tentang Islam, dan tafsir alquran. Terkejut juga aku, makna nya dia sebenar nya dah ready cuma belum datang hidayah mungkin.

Bila aku tanya, dia cakap dia tercari2 siapa tuhan yang sebenar, dia waswas dengan tuhan dia, tu yang dia belajar tentang Islam.

And alhamdulillah hadirlah aku, dan terus dia kata mungkin ni sebab nya kenapa dia belajar Islam. Semua nya dah tertulis. Cuma nya kita je taktau dan lalai.

Macam abang dia ni plak, wife aku cerita dia dah 3 kali tukar agama, dari Buddha, Atheis, Kristian dan akhir sekali Islam.

Dia cakap last sekali ni baru dia rasa tenang and jumpa the real religion. Ni yang apa abang dia borak dengan wife aku lah. Bukan aku yang buat cerita.

Alhamdulillah Allah terima dia and jemput dia menghadap Ilahi. Cuba ko bayangkan, kenapa bukan time abang dia Kristian Allah cabut nyawa?

Semua nya bersebab dan kita patut bersyukur sebab kita dilahirkan dalam Islam dan moga2 kita mati pon dalam Islam. Diorang ni ada yang sempat dapat hidayah dan ada yang masih dengan agama Nenek moyang mereka.

Macam abang kedua dia ni, wife aku ada cerita yang abang dia pernah ada gf melayu. Tapi tak jadi sebab tentangan dari keluarga lah.

Kesian abang dia, takpelah hidayah kan milik Allah swt. Mungkin sikit je lagi turn dia pulak ucap syahadah. Kita mana tahu kan.

Kepada yang tanya pulak macam mana aku sangkut dengan wife aku ni sampai berkahwin, aku bukan tak nak cerita, tapi aku rasa mesti orang akan tahu siapa aku sebenar nya.

Haha, tunggulah aku ada kekuatan nak cerita pulak, Aku rasa yang ni mungkin ada sikit plot twist dan ada juga yang terkejut.

Wallahualam. Sekian.

– Azroy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *