Abah Toxic

Hi, nama aku Amalc (bukan nama sebenar), second child in my sibling. Biasanya aku jenis tak ambil port pun kalau mak abah tak bagi perhatian dekat aku tapi this time aku rasa sedih sangat.

Writing this making me pathetic kan? Tapi aku takde kawan nak luah. Even people known me as extrovert, friendly and ramai kawan, aku tak pernah share rasa sedih aku dengan kawan-kawan. Aku takut diorang cakap aku fake, manja and hati tisu. Walaupun hakikatnya ya.

Aku ada seorang abang dengan seorang adik. Dua- dua dapat kasih sayang dengan perhatian yang melimpah dari mak abah aku. Aku? Biasa je, kalau hilang pun agaknya lebih seminggu diorang give up kot.

Abang aku seorang engineer, belajar pandai sampai degree mak abah aku support, tapi sampai turn aku baru cakap nak sambung degree diorang suruh cari duit sendiri.

Apa kurangnya aku? Walaupun result SPM aku tak cemerlang aku dah cuba sehabis baik time diploma. Pointer aku 4 sem cemerlang, tak 4 flat tapi dean list 3.8 – 3.9 macam tu. Lagi 2 sem tu pula otak lag tapi tak bawah 3.2 pun GPA aku.

Tapi mak abah aku tak support pun aku nak sambung belajar degree dengan alasan atleast mak abah dah habiskan kau belajar diploma cukuplah. Apa kurangnya aku?

Abang aku time diploma boleh tahan teruk result each sem, dia pernah juga kena repeat paper. Bila aku cakap abang boleh pula repeat paper kenapa saya tak boleh? Diorang bandingkan aku ala apa susahnya belajar medic daripada engineering.

Diorang tak tahu aku setiap kali sebelum tidur doa sangat Allah permudahkan urusan aku belajar sebab aku tak pilih pun course ni. Mak abah aku yang pilihkan. Katanya medic nanti menjamin masa depan. Alhamdulillah, kalini aku bersyukur sangat dengan rezeki ni.

Adik aku sakit, so aku tak kisah sangat kalau parent aku lebihkan dia sebab dia layak disayangi pun. Pasal adik, aku takde benda nak luah sebab dia bagus jugala sebab tolong aku, kongsi masalah dengan aku dan kawan gossip aku. So aku memang sayang je adik aku.

Cuma aku sedih apa kurangnya aku dari abang aku? Mak dengan abah selalu tanya khabar abang walaupun abang duduk rumah dekat je dengan kitaorang. Kalau boleh mak hari hari nak ajak abang berbuka dekat rumah, dengan alasan kakak ipar aku okay je.

Memang la okay tapi dia pun ada family. Lepastu belum lagi cerita part diorang sibuk nak suruh kakak ipar aku berhenti dari current job dia dengan alasan tak sempadan dengan degree.

Aku yang dengar hari hari topik ni pun rimas, apatah lagi kakak ipar aku nanti. Biarlah diorang usaha sendiri kenapa nak sibuk rumahtangga abang aku, abang aku bukannya budak kecil umur 10 tahun nak diarah-arah.

Kadang-kadang aku rasa bestnya jadi abang aku, sebab dia dah berjaya keluar dari rumah ni.

Aku kalau boleh nak sangat duduk jauh dengan mak ayah aku, tapi aku kesiankan adik aku kena tinggal nanti. Dengan siapa dia nak borak nanti kalau aku keluar. Nak bawa dia sekali aku pun tak stabil lagi kewangan.

Teringat waktu aku posting jauh dari rumah, hari-hari dia ws tanya aku buat apa, busy ke, ada duit tak. Dia kata bosan duduk rumah asyik dengan abah marah marah mak. Siapa je tahan hari hari kena marah sebab benda kecil je.

Marahnya abah sampai dia keluar perkataan bodoh, lembab, bangang, tak pakai kepala otak dan lain-lain. Aku tak faham kenapa mak aku masih boleh bertahan dengan abah aku.

Abah aku ego tinggi, sentiasa rasa diri dia betul and rasa diri dia terpaling banyak duit. Padahal dia pun makan duit pencen je.

Bila aku besar baru aku sedar yang abah aku sebenarnya kedekut dengan kitaorang. Semua benda nak berkira, mengungkit. Kalau dengan orang luar, ya Allah bertapa pemurahnya dia. Semua benda dia bayar. Katanya duit boleh cari, kawan-kawan tak.

Semalam pun diorang bergaduh pasal tawaran kerja cikgu masa on the way nak balik kampung belah abah aku. Dia punya bergaduh dengan mak sampai keluarkan ayat,

“Haa tulah bodoh, awak fikir saya tak baca ke requirement yang dia nak. Saya bukan macam awak main forward je link tak baca.”

Aku yang dengar rasa nak buka je lock kereta lepastu terjun. Adik seperti biasa, buat tak endah je seperti dah lali di telinga dia. Akhirnya mak aku akhiri argument dia dengan sukahati awaklah dan diorang pun terdiam.

Sepanjang jalan memang rasa awkwardnya situation dalam kereta sampai la turun bazaar ramadhan, baru diorang macam okay balik.

Baru je buka puasa tadi diorang bergaduh pasal ikan bawal time baca doa. Abah aku naik angin sebab mak aku suruh dia makan ikan gelama yang dia suka beli tu.

Aku rasa mak aku nak suruh makan ikan gelama lepastu kongsi ikan bawal dengan dia tapi abah aku baru dengar ayat depan terus naik angin.

Dia campak ikan bawal tu dalam pinggan mak aku dia kata “Haa makan jelah. Abah ni layak makan ikan murah je”. Lepastu terus dia ungkit yang along aku pernah nak pinjam loan guna nama abah aku.

Dia kata mak lagi sayangkan anak. Aku sebagai anak yang hati tisu mula la berair air mata, pergi pura pura basuh tangan balik.

Adik memang kental beb, dia buat je muka tak kisah sambil tunggu azan. Aku selagi radio tak baca doa berbuka aku pura pura busy je depan cabinet air baru aku gerak duduk balik.

Semua orang makan senyap je dekat meja tadi so aku buat buat biasa jelah. Time aku makan ikan bawal yang asalnya nak kongsi dengan adik, lepastu dia jadi takde mood nak makan so aku offer abah pulak lagi sebelah.

Lepastu dia kata tak payah, makan je abah ni layak makan ikan murah je. Mulai esok dia nak beli makanan untuk dia je tak nak fikir orang lain dah. Mak terus makan, angkat pinggan and pergi sembahyang.

Aku terus rasa sedih lepastu letak ikan bawal tu balik dalam pinggan. Nampak abah terasa sangat dengan mak, tapi abah tak pernah ingat ke dia pun rajin je makan sedap sedap tapi tak ingat dekat kitaorang pun.

Setiap kali aku keluar mesti dia suruh aku tapau apa-apa yang aku makan tapi aku jadi tak ikhlas so aku jarang belikan. Aku akan belikan kalau waktu sebelum keluar, abah aku tak tinggikan suara dekat sesiapa pun.

Abah aku pulak dia banggakan abang kerja engineer tapi dia juga suka kutuk abang time aku balik kerja. Dia akan cakap abang aku ni bagi duit bulanan sikit la, apalah lepastu dia akan cakap macam ni,

“Tak macam awak, awak bagi abah lebih sikit walaupun tak cukup pun nak cover duit hantar ambil awak dari tempat kerja.” Siapa je tak terasa wei kalau dengar. Pedih hati aku dengan benda macam tu hari-hari.

Belum lagi part aku kena banding dengan anak-anak kawan dia yang kerja hebat, bagi duit bulanan nak dekat 1k dekat ibu bapa diorang. Aku ni baru nak mulakan carrier, tapi abah aku dah demand separuh dari gaji aku.

Bila aku cakap tak mampu, dia mula lah cakap aku ni takde effort nak balas budi dia sekolahkan aku sampai diploma, bangun awal pagi hantar aku pergi kerja, Tak tidur tengahari sebab kena ambil aku lepas pukul 4 dan sebolehnya nak ungkit sampai zaman aku baby.

Aku tak minta pun dilahirkan mahupun jadi anak abah. Aku cuma minta abah yang faham aku je.

Aku penat. Mentally dan physically, sangat. Sampai kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku terima ketentuan hidup aku waktu dekat luth mahfuz meskipun Allah dah tunjuk jalan hidup aku.

Aku cuma nak hidup normal yang mana mak abah tak bergaduh, boleh cakap elok-elok, sayang anak sama rata and support anak-anak. Itu je.

Bila tua ni aku rasa perangai abah teruk sangat. Nak cerita satu-satu memang tak habis. Aku bukan nak buka aib abah aku tapi korang doakan abah aku berubah tau.

– Amalc (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Kita tak boleh pilih keluarga, tapo kita boleh ubah keluarga kita ikut kemampuan kita. Mungkin confessor kena cuba suarakan isi hati dan perasaan pada parents confessor. Sebenarnya antara sebab rezeki suami tak berkat ialah kerana kedekut dgn anak isteri. Tanggungjawab parents untuk sekolah dan memberi nafkah kepada anak isteri, so tak perlu rasa bersalah kalau tak dapat beri balik apa yang bapa dah keluarkan untuk srkolahkan confessor. Manage your finance well supaya tak susahkan sesiapa di kemudian hari. Anggaplah parents tahu confessor strong, sebab tu mereka tak kisah beri tekanan pada confessor. Anak nombor dua kan memang ada strong character. Jangan putus doa.

  2. Kesiannya awak dik..masa berbuka pun bergaduh..bykkn berdoa ms berbuka ye dik..Allah Maha Mendengar rintihan hambanya..

  3. ko jgn harap abah akan berubah. gitu lah sikap org tua kita. mmg mental sngt bila abah jenis apa pun nak betul nak menang. aku ni dah setengah abad umur masih harap abah aku berubah tp mmg tak. cuma aku boleh buat aku xnak jadi macam abah aku. aku xnak anak2 aku rasa apa yg aku rasa selama aku hidup. tu jer lah selebih nya doa lah bnyk2 supaya sbg anak ko xbertambah dosa dngn karenah orang tua ko. hati jgn kuntum sngt. kuatkan hati, syg diri sendiri dulu

  4. Assalamualaikum.

    Salam Ramadan buat Amalc. Allahu, cerita you sgt2 similar dgn cerita I. I ingat dalam dunia yg Fana ni, cuma bapak I je berperangai sebegitu. Rupa-rupanya ada yg senasib dpt mak bapak berperangai mcm hauk.

    Tp di sini I bukan nk citer pasal similarities tp I nak titipkan nasihat utk you, Amalc.

    I assume you perempuan la ya. Sbb dr pembacaan I, I rasa you perempuan. First of all, you kena berani. I tau setiap org di didik dgn cara yg berbeza tp you dah dewasa.

    1. You kena stand-up for yourself. Jangan biarkan parents you buli you lagi. Maybe you boleh mula dgn attitude tegas. Cakap bila perlu sahaja. Keep eye contact. Dan jangan layan atau respon pd suruhan atau permintaan mereka.

    2. Gaji you, you guna sendiri. Beri amaun yg fix utk mereka. Jgn bagi banyak. Just 50 ringgit seorang sbb parents you x reti bersyukur. Segala brg dapur atau makanan you belanja sendiri.

    3. Abaikan amarah atau kata2 nista parents you. You pekakkan telinga. Masuk kiri keluar kanan. Kalau boleh, jarakkan diri atau kurangkan perbualan. Cakap bila perlu.

    4. Pindah dan hijrah kalau perlu. Ini langkah terakhir utk kewarasan diri you. Cari peluang di tempat lain dan bawalah adik tu sekali dgn you. Rezeki di tempat org sgt2 luas. Ingat, siapa mak bapak kita bukanlah pilihan kita tp tu pemberian dari Allah SWT. Maka, apa yg you dpt dr parents you adalah diluar bidang kuasa you. So, don’t ever blame yourself okay!!!

    Toxic behaviour takkan kekal lama dlm hidup kita kalau kita pertahankan diri kita sendiri.

    All good wishes and doa for you.

  5. hii confessor, sabar tau. Ini salah satu ujian terbesar sebenarnya sebab nak marah takut derhaka kan. Tapi percayalah Allah tu tak tidur, dia Maha Melihat. kalau ibu bapa lack dalam jaga amanah diorang (anak anak), itu antara mereka dengan Tuhan. Jadi, kat sini awak kena selfish. Doakan je teruskan doa untuk diorang, buat muka ketat and sabar je bila kena banding – selalunya saya diam, kemam bibir, muka toya habis sambil istighfar dalam hati. tak tahan sangat pejam mataa, kadang tu kalau ikut baran rasa nak marah kan. Btw, awak kerja dr ke atau tengah kerja part time? if dr, mohonla kuarters tak payah duduk dengan family dah .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *