Rasa Cemburu

Salam semua. Saya tahu pasti ramai akan kecam saya. Akan kata saya tak matang. 

Tapi tak pe la, duka dihati ni macam tak boleh nak simpan lagi dah. 

Saya 3 beradik, kami semua perempuan. Saya anak kedua. Kakak saya sulung kerja doktor. 

Adik bongsu tengah study. Last year accounting kat uia. 

Antara adik beradik kami, tak tahu kenapa, saya sorang ja macam bermasalah. 

Masa study, ada subject saya fail. Lambat la grad. 

Masa spm, results spm kakak dan adik straight A, tapi saya tak. Benda tu kecewakan ibu dan ayah. 

Ayah beli kereta axia untuk kegunaan rumah. Kadang kami cuti2, ayah sayang nak bagi honda dia. So ayah beli axia. Sebab kereta ibu,ibu pakai sorang ja. 

Adik dengan kakak drive ok ja. Entah la kenapa, masa saya drive 2 kali langgar. Sekali tu langgar tong jiran chinese masa chinese new year pulak tu. 

Ayah mengamuk depan2 semua orang.. Sambil tu ayah dengan ibu mintak maaf dengan jiran. 

Saya memang rasa sangat malu.. Tapi sumpah saya tak nampak langsung ada tong kat belakang tu. Tapi ye la, memang salah saya. 

Kali kedua, saya tak tahu macam mana. Keadaan tu sangat cepat berlaku. 

Ada rider fp ni potong macam mana tah dekat simpang, saya nak elak dia, saya terlanggar tembok batu. 

Sekali lagi saya bagi musibah kat keluarga. Sejak tu saya tak berani dah drive. Ayah pun cakap, naik ja lrt ke komuter. Jangan bawak kereta lagi. 

Axia tu pecah bumber kat depan. Saya rasa bersalah sangat. 

Setiap kali cuti sem, kakak dengan adik mudah dapat kerja partime mana2. Tapi saya tak dapat2. 

Ayah selalu tanya, kak ngah tak pergi kerja ke macam dia orang tu. Saya ni memang jenis pendiam tak banyak bercakap. 

Rasa sedih tak dapat bantu family. Saya hanya mampu diam saja la. Dalam adik bradik saya rapat dengan adik ja. Dengan kakak macam susah ngam. 

Ye la level2 dia tak sama dengan saya. Kadang2 adik ada la pujuk2. 

Kadang2 nak beli2 apa pun segan nak mintak duit.. Sebab adik dengan kakak ada duit sendiri. Saya ni harapkan orang offer ja la. 

Kadang2 kalau kakak balik,dia akan cakap jom me time kat sukiya. Adik akan cakap ko belanja. Dia akan cakap eh tak boleh, sendiri makan sendiri bayar. 

Lepas tu dia sengaja cakap, eh tapi kak ngah mesti tak de duit kan. Tak pe la, kak ngah jaga rumah ja la. Me time dengan rumah. Takut rumah lari. Adik pun ada jugak join membahan. 

Lepas tu dia orang gelak2. Ibu pun join gelak sekali.. Saya pun pura2 benda tu joke.. Tapi dalam hati terasa sangat. 

Dalam percintaan pun saya gagal sampai dah fedup nak kenal sapa2. 

Ibu siap cakap, kawan dengan sapa pun tak jadi ja kak ngah ni. Ibu kami baik ja. Cuma kdang2 rasa jugak pilih kasih tu. 

Kakak kalau ada apa2 masalah. Contoh masa zaman study dulu, masa tu jugak mak dengah ayah bergerak ke kuantan.. 

Tapi masa saya sakit gastrik truk. Tak de pun mak dengan ayah datang. Ibu cuma cakap, makan ubat. Pergi klinik. Padahal u dengan rumah dalam 2 jam boleh sampai dah. 

Kakak cuma stress study ja pun,boleh dia orang on the sport pergi bagi semangat kat kakak. Tapi saya sakit pun tak de orang peduli. 

Oh ye la, kakak kan doktor. Saya ni apa la sangat. Kerja pun kejap kerja kejap berhenti. Kalau adik ada masalah, sekali dengan kakak2 care. 

Kalau balik kampung ayah time raya, ayah dah gelabah dah.. Sebab anak dia yang ni ja tak ok. Dia boleh bangga dengan anak dia yang doktor. Sebab sepupu2 belah ayah semua kerja hebat2. 

Untuk kakak ayah beli kereta honda. Sebab nak guna untuk kerja. Untuk adik,ayah dah bagi axia tu. 

Untuk saya memang tak pernah dapat apa2. Dari dulu sampai sekarang. Saya pun tak harap.. Sebab saya kan anak tak guna. 

Hari tu kan saya terpandang ibu pergi cium pipi adik masa dia orang dekat dapur. 

Ibu jugak selalu kiss pipi kakak. Tapi tak pernah sekali pun ibu kiss saya. Never. Walaupun masa hantar saya kat hostel. Saya just salam ibu.. Tu ja. Kalau dia orang tu siap ibu peluk cium. 

Ibu selalu jugak manjakan adik dengan kakak. Sikat rambut dia orang. Letak minyak. Kadang2 kalau dia orang mengadu sakit. Ibu sapu minyak. Tapi dekat saya, ibu suruh buat sendiri. 

Saya dengan adik kongsi satu bilik. Ada sekali tu saya belum tidur. Agaknya kebiasaan ibu kot, setiap malam akan masuk bilik kami chek kami. 

Masa tu ibu masuk pergi dekat adik, then tarik selimut adik. Lepas tu ibu kiss dahi adik. 

Tapi ibu tak de pun datang dekat saya. Masa tu tak tahu kenapa, laju ja air mata ni turun. 

Kat rumah kalau saya buat salah apa2, memang berpanjangan ungkitan tu. Kalau ada kakak lagi kuat dia menganjing. 

Tapi kalau dia atau adik buat silap, masing2 diam ja. 

Sekarang ni saya tengah mengangur. Saya ni jenis tak boleh hadap stress. Lagipun kadang2 ibu hantar kerja, rasa susahkan ibu. Sebab ibu kena patah balik ke tempat kerja. Saya nak cari keja yang dekat2. 

Tapi sekarang ibu dengan ayah dan pencen.. Ayah orang pangkat tinggi dalam kerajaan.. Ibu bekas auditor kat syarikat swasta. Tapi ibu pilih untuk pencen sama2 dengan ayah. 

Masa tu saya rasa happy.. Rasa macam saya berdua dengan ibu.. Mesti dapat perhatian ibu. 

Sebab adik dengan kakak kat luar. Cuti2 baru balik. 

Masa tu rasa dahaga kasih sayang dan perhatian mak ayah.. Saya fikir semua perhatian saya yang dapat. 

Tapi rupanya tak. Hari tu terdengar ayah bebel2 dekat ibu pasal saya. Ayah kata saya ni susah nak matang kalau buat perangai macam ni. Sikit2 nak berhenti, sikit2 bagi alasan. 

Sekali lagi dia compare dengan kakak. Dia kata kakak tu doktor lagi banyak stress dia. Tapi dia boleh ja hadap. Tapi kenapa kak ngah lembik sangat. 

Lepas tu ibu pun ada jugak cakap.. Cuba bertahan dulu kerja walaupun ibu faham stress saya macam mana kat saya. Kena buli kaw2 sebab sikap pendiam dan tak berani melawan saya ni. 

Semua kerja orang campak kat saya. Lepas tu tiba2 dah mintak kerja tu. Saya tak boleh handle tekanan sebenarnya. Dah la pagi2 awal2 dah bangun, malam balik lewat. Saya rasa letih. Saya nak kerja dekat2. 

Tapi tetap saya tanya ibu sebelum buat keputusan. Ibu cakap berhenti ja la kalau tak tahan. 

Tapi kat rumah ibu dan ayah keluar mana2 pun tak ajak saya.. Kalau pergi makan, dia orang tapau untuk saya. Tak pernah ajak sekali. Ibu cuma cakap nak dating dengan ayah. 

Kalau saya ajak ibu pergi mana2, nak beli barang ke apa. Ibu cakap nanti la sabtu ke masa kakak dengan adik balik. Mesti nak dia orang tu ada. Tak pernah nak dapat berdua dengan ibu. 

Tapi kalau dia orang tu ada, beriya ayah dan ibu plan bercuti pergi thailand la, indon la. Asal mana dia orang nak pergi, mesti on ja. 

Akhirnya saya faham, saya tak akan dapat perhatian yang saya nak sebagaimana kakak dan adik dapat. 

Saya rasa cemburu dengan kakak dan adik. Sebab saya tak dapat jadi macam dia orang. Kalau dia orang ada masalah, ibu akan dengar. Tapi kalau saya, ibu akan cakap balik2 masalah yang sama ja. 

Dia orang tu pun masalah yang sama ja. Tapi boleh ja dengar sebab dia orang ada kerja hebat kan. 

Hari ni cuti kan, semua ada. Ayah plan nak berbuka kat luar. Macam biasa la,semua pakat berbincang nak berbuka mana. 

Tapi idea saya as usual, tak didengari. Tapi entah macam mana dia orang bergurau. Kakak cakap, ibu jom kahwinkan kak ngah dengan ijoy. 

Ijoy tu budak kat sini. Dia macam kurang sihat. Ada masalah mental. Lepas tu sengau. 

Ayah menyampuk, hah bagus tu.. Sesuai kak ngah dengan ijoy. Dah kawan dengan sapa pun tak jadi. Ijoy tu sesuai la. Lama2 takut kak ngah tak laku. Lepas tu ada lagi la dia orang gurau2 membahan saya. 

Saya macam pura2 tenang, tapi dalam hati rasa sedih sangat. Tahu dia orang bergurau ja. Tapi rasa macam apa teruk sangat ke aku ni. Semua yang tak elok tu aku la mentang2 aku tak hebat macam dia orang. 

– Zaty (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Anak kedua selalu ‘bermasalah’ dgn kluarga.., tp jgn ‘mngalah’, Zaty.. sya pon ank ke-2, klaw ada msalah, sya mngadu dgn Allah shj, kdg2 saya tulis ‘diary’, saya terfikir jugak, klau saya mninggal nt, mngkin ada yg baca diary sya, n mse tu bru diorang tahu apa isi hati saya.. x pelah, itu mngkin sebahagian shj, hanya Tuhan yg tau bgmna yg sya rse dlm hati.. sabar jela, awk kna tabah & think positif.. usaha n doa sedaya mngkin, hasilnya serahkn kpd Allah shj.. mngkin bole cuba ‘hobi’ yg awak suka n cba kumpul duit dr sekarang, at least klau apa2 jd kat awk, masih ada simpanan, jgn fokus dgn msalah or persepsi diorang terhadap awk, just ignore their bad remarks n focus to yourself n your life.. sya doakn awk akn berjaya dlm hidup & dpt pasangan yg hebat, serta mnyayangi awk.. insha Allah, mngkin mrk pulak nt yg akn “cemburu” dgn awak.. wallahu a’lam..

  2. Jadikan ini satu cabaran untuk majukan hidup awak, jgn sesekali berputus asa, banyakkan berdoa kepada Allah, banyakkan usaha, insya Allah awak akan dapat kejayaan, semoga Allah mempermudahkan semua urusan awak, berjaya dlm pekerjaan, mendapat jodoh yg baik dan dimurahkan rezeki oleh Allah… Aaminn

  3. Kesian juga saya baca kisah sis ni. Sis try usaha cari kerja lebih baik yang buat sis happy. Dah ada duit nanti boleh sewa dekat luar. At least sis dah tak rasa dipinggirkan. Maybe juga mereka akan lebih appreciate sis bila sis dah tak ada situ. Fitrah manusia menghargai cuma bila tiada. :) Nanti dah ada duit, bagi mereka hadiah / duit bulanan.

  4. Hi Sis, faham kalau sis sejenis yang tak boleh hadap tekanan. tapi kat mana-mana tempat kerja sekalipun mesti ada tekanan, hatta kerja cashier sekalipun. kalau sis rasa, tak boleh cope untuk kerja dalam bidang yang sis belajar, cuba cari skop kerja lain. kerja yang boleh buat sis happy. kadang-kadang kita pun kene bersuara jugak, cuba luahkan kat parents dgn adik-beradik tu. apa yang sis suka & apa yang sis tak suka. dah kalau sis senyap je memang la diorang selalu gurau macamtu. Bangun sis, jangan rasa diri tu lembik. Dalam hidup ni kit a kene keras sikit.

  5. Jangan jadi lembik sis, makin nampak lembik makin diorang pijak kepala. bangkit. cari jela keja ap2 yang dekat boleh pergi balik sendiri. takpela xdapat perhatian diorang sekarang. happykan diri sendiri je dulu.

  6. Hi Sis, satu je nasihat saya boleh bagi based on experience. Jangan menagih kasih orang. Kalau orang tak bagi, just move on.

  7. Pindah ke kawasan bandar yg jauh dari negeri asal awak. Pindah ke bandar yg byk oeluamg pekerjaan. Contoh, penang or JB. Mulakan hidup baru di sana.

  8. Kakak tu doktor yg dah lama kerja ke ho baru nak up? I dah lebih 10 tahun kerja doktor ni pun tak tergamak nak downgrade adik-beradik. Adik-beradik ada yg susah, menganggur, kerja gaji tak seberapa tapi sesekali jumpa tu, I belanja je parents and siblings. I doakan confessor murah rezeki & dapat jodoh orang baik dan kaya-raya. Nanti you je belanja family makan sedap2 & bercuti. Jangan sedih2 sis, Allah ada hasbunallah wanikmal wakeel 🫶

  9. hii confessor, bila baca kisah ni rasa macam terfikir banyak benda. keluarga saya kakak second la leader kitorang, memang semua respect dia. lepastu saya perasan pasal mak suka kiss kiss ni sebab anak tu manja. macam kakak sulung and adik bongsu saya dia selalu randomly peluk mak, kiss mak, cakap manja manja sebabtu mak selalu kiss diorang je. maybe sis boleh cuba bermanja lebih lagi. tapi tula selalunya yang duduk rumah la yang tak dihargai. Sis, diam tu tak apa tak salah tapi diam diam kena plan juga something. buat sementara ada masa kat rumah ni buat kerja rumah banyak banyak, busykan diri. baca buku ke, painting ke kan. sambil sambil cari kerja yang dekat dengan rumah untuk ada duit simpanan.

  10. Ni bkn masalah family ko tp ko sendiri bermasalah. Aku dulu ms kecik2 pendiam yg amat jugak. Tp cuba la berubah. Ni xdan ape2 dah give up. Eh dik aku dulu smggu tau bapak aku boikot aku sbb nak marah aku pegi langgar tiang, tp aku bwk je kereta tu. Sampai bapak aku give up la nak baiki keta, dia siap ckp tggu 10 thn lg dia baiki. Ni bru 2 kali dah xnak bwk keta. Dik bapak2 mmg akan syg keta lebih jd ko kene pekakkan je telinga tu. Ni blaja pom dekat, g keje mak hantar. Ayoyoyo. Klu adik aku mmg aku ketuk2 dah perangai mcm ni. Pastu keje plak x tahan tekanan? Lol keje mana xde tekanan? Nak x nak je ko hadapi tekanan tu. Ko igt parent ko keje dulu xde tekanan? Berubah la. Jgn bt perangai bdk2 ko tu lg. Nasib la bkn adik aku, klu x mmg aku basuh ko cukup2.

  11. Ni bukan masalah lembik ke introvert. Ni masalah belajar ke buat kerja ke lambat sgt pandai. Selalu clumsy, banyak cuai lebih² lagi kalau kerja yang ada risiko. Setiap orang tak sama, ada yang cepat tangkap, ada yang lambat, ada yg xdpt lgsg. Semua tu ketetapan takdir. Usaha je lah setakat mampu, kalau tak dapat atas dunia dapat kat akhirat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *