Ujian Si Pencari Jodoh

Assalamualaikum semua. Aku perkenalkan diri aku sebagai Nur berusia mid 30s, tinggal di ibu kota, orang lain kata aku ada rupa la (entah..) dan masih mencari jodoh.

Untuk makluman, aku baru sahaja broke up with my ex (Khairul bukan nama sebenar). Kenal dalam 2 bulan +. Aku mengenali ex aku melalui aplikasi dating online T… ya mesti semua sketikal kan. Tapi aku anggap ini salah satu ikhtiar aku mencari jodoh.

Pada asalnya aku tertarik dengan bio K (Khairul) sangat convincing dengan ada petikan dari al-quran dan mempunyai personaliti yang menarik aku anggap dia charming guy la.

Jadi, dari apps tersebut kami terus berhubung menggunakan tele…. (dia tidak pernah share his phone no.. kenapa?)

Setelah hampir 3 minggu call dan texting. Kami berjumpa kiranya 1st date la.. pada awalnya everyting went smoothly sehinggalah dia menghantar aku pulang ke rumah. Kami declare kira start dating masa tu la.

Lepas declare he became intimate dengan aku. Cuba pegang2 dan kiss me. Secara jujur aku memang cuba mengelak plus aku tak biasa. Sedaya upaya menjaga boundaries dengan lelaki bukan muhrim.

Tapi aku anggap kekhilafan aku juga masa tu, tidak begitu tegas dan aku juga terbuai oleh perasaan. Tbh, ya aku memang sayangkan dia..

Kemudian, bila sampai di rumah, i have collected my thoughts & try to be rationale. Menilai apa yang berlaku, tindakan dia salah, tindakan aku juga salah.

Keesokan hari aku cuba confront bgtau aku tak suka apa yang kami buat. Itu tak betul, berdosa. Ya aku rasa berdosa yang teramat. Aku buat solat taubat aku zikir minta ampun dengan Allah. Mungkin lifestyle dia begitu, mungkin kebiasaan dia begitu.

Aku cuba berfikir dari pelbagai sudut. Walau apa pun, dalam islam tetap berdosa & salah.

Namun, K tetap mengajak melakukan perkara-perkara itu lagi dan aku banyak kali menolak dan bagitahu perkara tu tak baik, kalau nak, nikah jumpa parents aku.

Tapi he twisted my words, dia kata buat dulu then baru dia jumpa parents aku. Aku macam… hmmm…

Dalam bulan puasa ni, aku cuba lagi mengajak K untuk berubah indirectly. Ajak terawikh dan cuba ingatkan tentang buat ibadah. Tapi dia tetap mengajak aku buat perkara tak senonoh.

Oh ya, itulah perjumpaan pertama dan terakhir kami. Aku jadi takut, mungkin dia boleh buat lebih dari itu for our next date dan so many thoughts semua ke arah yang negative.

Tapi aku cuba bertahan dan bersabar dengan K. Ajak lagi sama2 berubah, namun K masih mengajak aku untuk buat perkara tak senonoh.

Bulan puasa ni memang kerap aku buat istikharah, adakah ini petunjuk dari Allah.. wallahualam.

Bila aku banyak kali menolak permintaan dia untuk buat perkara tak senonoh tu menyebabkan dia kecewa & marah dengan aku. End up dia minta berpisah dengan aku.

Secara jujur, aku kenal K ni, selepas broke up last year dengan someone else (Rayyan bukan nama sebenar) yang mana masa tu, aku memang kecewa dan frustrated.

Aku ditipu dan dipermainkan hampir 2 tahun oleh Rayyan (mengaku sebagai duda anak 1 rupanya aku dapat tahu dia masih berstatus suami orang).

Aku minta berpisah tapi teruk aku kecewa. Kiranya K ni, yang hadir bantu aku melupakan Rayyan and he came to heal me. Aku bersyukur bab tu. Tapi tidak disangka mungkin K hadir ujian aku juga… Wallahualam.

Anyway K juga ada anak, tapi katanya single. Entah la..mungkin ada yang tidak jujur di situ.

Anyway, masa jumpa he looks experienced (womanizer). Tbh, lepas putus dengan K dia cakap kami kawan sahaja. Aku sedih & kecewa.. seriously aku menangis. banyak perkara dalam masa yang singkat.

Mungkin nasihat untuk pencari jodoh, sekiranya menggunakan dating apps, sila berjaga2 dan kenal latar belakang lelaki yang kita nak kenal. Tak semestinya bio yang nampak islamic tu ok walau kebanyakannya mungkin ok2

Namun, aku tak nak berputus asa mencari jodoh.. doakan aku kawan2. Aku juga nak tahu pendapat korang tentang aku dan ex aku. Mungkin juga aku perlukan nasihat dari korang.

Thank you,

Nur si pencari jodoh.

Perkara yang tidak baik jangan diikut ya..

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Awal-awal pun dah banyak red flag sis. You lose nothing. Nak main-main je tu. If jumpa dekat T***** memang ramai perangai macam tu. Semoga dipermudahkan urusan.

  2. memang la sedih sis, bila org yang kita suka ajak kita buat benda bukan2, ajak kawen tak nak pulak kan. hmm biasanya org yang contact dlm telegram ni ad nak hide something, maybe dia ada someone so dh nampak dh kat situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *