Zuriat Anak Lelaki

Hi semua. Nama aku Cahaya. Mestilah bukan nama sebenar kan. Hihi.

Aku seorang suri rumah dan mempunyai 4 anak perempuan. Sekarang tengah mengandung second trimester.

Sebenarnya aku tengah kecewaaa.. scan detail tadi doctor cakap anak perempuan lagi! Huwaaa. So total 5 la kan.

Aku suami isteri memang dah target nak anak lelaki sebab ni last la aku nak mengandung. Macam dah ramai pula anaknya kan.

Kakak² dia semua pon nak adik lelaki, jadi tadi semua frust sedih sebab diorang yang paling eksited nak adik.

Aku ikhtiar macam² cara kot dari sudut sains, dari sudut agama, dari kalendar cina, dari petua² orang dulu.. Semua try demi nak si bongsu ni lelaki. Huhu.

6 bulan sebelum mengandung memang aku laki bini kerap makan steamboat je sebab katanya nak anak lelaki kena banyak makan daging dan seafood. Tapi entahlah.

Setiap kali orang pergi umrah, mak ayah aku ke sedara kengkawan memang aku minta doakan anak lelaki. Tapi hampa. Aku masih tak dapat.

Kalau korang nak tahu. Pregnant kali ni lain sikit. Sebab aku alahan teruk sikit. Dan tak suka manis2.

Time kakak²nya dulu aku memang tak de alahan langsung time mengandung. Suka makan manis2. Jadi aku macam dah eksited la rasa gender lain kali ni. Tengok² sama juga. Huhu.

Antara sebab utama aku nak anak lelaki adalah:

1. Laki aku selalu outstation berbulan, jadi nak la ada seorang lelaki kat rumah atau time kitorang keluar.

2. Jadi wali anak² perempuan aku kalau abi dia meninggal.

3. Urusan faraid tak perlu dibahagi kepada adik beradik ayahnya sebab ada anak lelaki sebagai pemisah.

4. Kesian laki aku sebab tak de geng gi surau. Dia selalu bawa anak perempuan yang bongsu gi masjid.

5. Tak nak ada isu nak kahwin lain ke sebab tak de anak lelaki. Haha.

So tujuan confession ni sebab nak minta kata² semangat atau pandangan.

Janganlah suruh cuba lagi sebab memang dah tak larat nak mengandung lagi. Atau jangan kata aku tak bersyukur ye.

Aku sangat bersyukur Allah kurniakan kami zuriat yang solehah.

Sekian terima kasih kerana membaca..

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. semoga sis tenang2 je relax2 je sepanjang mengandung ni.. jangan layankan sgt emosi rasa kecewa tu ya sis.. takut bb dlm perut tau ibunya kecewa sbb dia gegirl.. sis ada point sis kenapa nak anak laki2, & certain point tu pun ada logiknya.. apa2 pun semoga sis kuat dan tabah dan dipermudah segala urusan.. hugs for you.. maybe (ditekankan maybe) lepas ni terdetik nak mengandung lagi, mana tau la kan.. All the best ya

  2. Anak lelaki..orng ormpuan kena la kuat main peranan..dlm hal ni..laki akk terlampau aktif nak anak perempuan

  3. Assalamu’alaikum, Bismillah… ini adalah kisah keluarga kami. Saya adalah anak ke empat dari 6 org adik bradik, 5 ppn 1 lelaki, (3 org kakak 1 adik lelaki & 1 adik ppn). Stlh adik lelaki saya lahir (anak yg dinanti2kan oleh org tua saya), saya telah diabaikan oleh org tua, mereka sgt pilih kasih, kasih syg, duit, harta-benda semua tertumpu kpd adik lelaki saya shj. Apa shj yg dia mahu, past akan terpenuhi. Hidupnye berlimpah dgn kasih syg dan harta benda, sdg kan kami anak2 ppn terpaksa berhempas pulas belajar, berkerja dan berusaha sendiri utk mdptkn apa yg kami perlukan. Tetapi Allah itu maha adil, walaupun beliau dpt apa shj yg di ingini, ttpi rumahtangganye berantakan. Stlh mdpt anak ppn, istri pertama dicerai spi 3X, kemudian kawin lain lps dpt anak ppn pon bercerai juga, kawin lagi dgn ppn lain dpt anak ppn pon bercerai. Skrg bersekedudukan dgn istri kawan baik sendiri. Puas mak dan kami nasihat tapi tak di endahkan, malah kami diherdik dan dipukul oleh adik lelaki saya. Emak dan kakak yg ketiga selalu dipersalahkan diatas kegagalan rumahtangga beliau. Bagi adik lelaki saya dia sentiasa betul, yg SALAH adalah org lain. Sedangkan, kakak saya yg ketiga sgt baik dan tlh byk tolong beliau. Emak yg duduk sebumbung dgn beliau selalu dimaki, diherdik dan mcm2 lgi kelakuan biadab dilakukan. Sehingga pada satu hari Emak yg sudah tak tahan spi terkeluar perkataan ‘menyesalnye aku Nak Sgt anak lelaki, klu aku tau mcm ni, tak Ada anak lelaki pon tak apa’. Bayangkan betapa terlukanya hati dan perasaan emak dgn perlakuan adik lelaki saya, sdngkan itulah satu2nye anak kesayangannye, ditatang bgi minyak yg penuh, tapi ini yg dibalas… klu nak cerita mmg pjg. Tapi, puan percayalah, Allah itu maha mengetahui, maha bijaksana, apa bila kita tak dpt sesuatu yg terlalu kita dambakan, mungkin itulah yg terbaik utk kita, sdgkan kita tidak mengetahuinya. Renungkanlah surah al baqarah ayat 216 ‘… , dan boleh jadi kamu suka kpd sesuatu padahal ia buruk bagi kamu’. Islam itu syumul, selain dari faraid, kita juga ada wasiat dan hibah. Ingatlah Islam itu tidak jumud. Sekian perkongsian dari saya, ambil yg jernih dan buang yg keruh. Yg baik jadi kan tauladan dan yg tak baik jadi kan sempadan. Yg baik itu semua nya dari Allah dan segala keburukan adalah dari kelemahan saya insan yg daif. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

  4. Bukan-bukan. Jantina anak lelaki / perempuan tu depends masa hang buat hubungan seksual siapa yang climax dulu. Laki ke bini. Bukan sebab makan banyak steambot ke daging ke. Kalau bini climax dulu, anak perempuan. Malu saya yang belum kahwin ni nak bagitahu. Hehe. 🫠🫣 Ini berdasarkan jawapan Rasulullah SAW yang disampaikan oleh kepada seorang Yahudi.

    • To anonymous: Maksud awak apa yang disampaikan oleh Rasulullah tu merepek ke? Saya berharap seandainya awak seorang Muslim awak tidak berkata demikian. Seandainya awak seorang Muslim, saya doakan awak mampu untuk lebih banyak belajar mengenai hadis dan ajaran Rasulullah.

      Orang yang tidak percaya kepada hadis atau sunnah boleh jatuh murtad hukummnya. Hati-hati dalam berkata-kata.

      Sila check video minit 3.24.

      https://youtu.be/tRm8TtVVoug

  5. Tahniah atas kurniaan 4 anak perempuan.
    InsyaAllah seorang lg kurniaan.
    Takdirnya anak bakal lahir ini perempuan juga,Tahniah!
    Ada rezeki,akan ada 5 anak lelaki nati.

  6. Bersyukur apa yg ada….penah alami mcm ni…tp belah family mentua…aku Ade 2 org anak ppm…family mentua asik kata bile nk anak laki,kononnya waris harta bgai…ingt anak laki boleh order suka2 ke ape….ramai je yg ada ank ppm, janji sihat ckup sifat alhamdulilah….bertabahlah dgn mulut2 yg xfikir perasaan kita…

  7. Bole x pikir perasaan anak tue, jgn selfish sgt jadi ibu bapa. Kesian bdk tue, klo dia lelaki tiber semua kasih syg berlebih² kt dia sampai yg lain jealous dan benci dia. Klo dia pmpuan, dia terus jadi ank yg x diingini, lagi kesian. Dia x mintak pun dilahirkan, jgn hukum dia krn kita x dpt ape yg kita nak.

  8. Dulu arwah nenek aku mcm ko la kak. Sbb family dia ramai perempuan so klu yg ade anak lelaki tu di puja. Arwah nenek aku pom sama. Anak2 dia sume perempuan, pastu cuma makcik aku sorg ni je ade anak lelaki ms tu. So sppu aku ni mmg dipuja2. Dri kecik sampai dewasa arwah mmg lebihkan dorg. Tp Allah tu Maha Adil, Dia nak tunjuk, ms arwah sakit cucu2 pujaan dia bt xtau je. Tunjuk muka kat hospital pom tidak. Yg cucu2 perempuan jugak yg jaga. Jd kesimpulannya, xkesah la ank tu lelaki atau perempuan yg penting ko didik dia btl2 insyallah berguna anak2 dunia akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *