Madrasah Ramadan

Kalau tengok tajuk, memang cliché la kan, tapi aku memang saja nak share berdasarkan pengalaman aku sendiri, tiadalah unik, cuma apa yang aku sendiri dengar, buat dan rasai sendiri.

Pertamanya, Alhamdulillah, kita semua telah menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain di dalam Ramadhan pada tahun ini, inshaAllah dengan jayanya.

Apabila artikel ini keluar pun, rasanya kita dah hampir 10 hari di bulan Syawal, dengan sambutan raya pun kurang dengan hampir kebanyakkan kita telah mula bekerja seperti biasa.

Apa yang aku nak kongsikan pada kali ini, sebenarnya apa yang aku belajar dari kaca mata aku sendiri. Banyak kali kan aku ulang, ini semua biasa, tapi at personal level, dia memberi kesan pada diri aku sendiri.

Aku tak sangka yang Ramadhan pada tahun ini, pada aku, adalah antara yang terbaik aku lalui berbanding dengan Ramadhan pada tahun-tahun kebelakangan ini, terutamanya 5 tahun yang lepas.

Dengan kesibukan kerja, dengan tahap Kesihatan yang tidak memuaskan, membuatkan aku tak dapat menikmati dan menjalani bulan Ramadhan dengan baik.

Aku ada gastrik, dan biasanya bulan Ramadhan ni aku struggle. Tapi tahun ni aku alhamdulillah, aku berjaya berpuasa penuh, tahun-tahun sebelum ni pun sama. Cuma dalam menahan kesakitan perut dan pening kepala masuk angin.

Aku rasa tahun ni aku berjaya berpuasa dengan baik sebab aku minimakan pemakanan baik semasa sahur, mahupun semasa berbuka.

Aku hanya minum air kosong dan kurma 3 biji Sahaja Ketika bersahur atau kalua rajin sikit, aku masak telur hancur (scrambled egg) cara aku. Tiada masakan bergoreng, berminyak, berempah, nasi berlauk pauk, cereal, overnight oat dan sebagainya.

Begitu juga masa berbuka. Aku makan yang basic sahaja. Mula dengan doa, makan kurma sebiji, lepas tu minum air panas setengah cawan, dan kemudian makan sepinggan hidangan berbuka yang ringkas sahaja. Selepas tu mungkin minum air sejuk.

Sebab lain aku hanya makan makanan yang ringkas selepas berbuka sebab aku berazam nak fit dan mampu untuk ke masjid selepas berbuka, untuk bertadarus menunggu isyak, isyak dan berterawikh dengan khusyuk tanpa perut meragam dan kepala masuk angin.

Jika dulu, aku sumbat macam-macam air dan makanan, by the time nak terawikh, aku dah rasa lesu dan malas. Kalau solat pun, tiada kekhusyukan dan sekadar nak habiskan je minimum 8 rakaat terawikh.

Soal terawikh pula, dulu aku ada dengar ceramah daripada seorang ustaz ini. Dia berkata, kalau kita tak berlatih untuk hadapi Ramadhan, kita akan mudah pancit.

Mungkin awal-awal Ramadhan sahaja kita bersemangat, kemudiannya kita akan tertewas dan mula tidak hadir berterawikh secara berjemaah kemudiannya.

Alhamdulillah, pada tahun ini, aku dah berlatih awal. Alhamdulillah juga, pada tahun ni, even sebelum Ramadhan, aku kerap pergi ke masjid untuk solat secara berjemaah.

Ada ketikanya ketika hari cuti, aku berjaya solat berjemaah untuk kelima-lima waktu di masjid, Alhamdulillah.

Dan hati kau, rasa lebih tenang dan contented. Aku tak pasti macam mana nak tuliskan perasaan itu. Mungkin ini juga punca kenapa aku lebih bersedia untuk hadapi Ramadhan pada kali ini.

Selain itu, soal tadarus pulak, Alhamdulillah pada tahun ini, aku berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran secara solo. Walaupun ada ketikanya aku behind the schedule, tapi aku cuba pulun dengan membaca sehingga 30 muka atau 50 muka surat pada hujung minggu.

I set my target straight, aku tak bagi aku distracted dengan perkara-perkara yang duniawi macam layan movie dan drama masa hujung minggu, dan cuba sehabis baik untuk capai target aku. Alhamdulillah.

By the way, apa yang aku share kali ini bukan lah dengan tujuan nak bongkak atau menunjuk-nunjuk. Sebab aku rasa banyak lagi yang aku nak buat.

Aku teringin nak sponsor orang berbuka puasa (aku nampak ada beberapa masjid dan surau yang akan struggle untuk dapatkan sumbangan penuh untuk program ihya Ramadhan pada tahun ini – mungkin ramai yang berada dalam kesusahan dan tidak berapa mampu nak menyumbang).

Selain itu, aku juga tak berjaya nak qiam di masjid. Dapatlah sekali sekala buat sendiri.

Aku agak cemburu dengan orang yang dapat bercuti selama sebulan, demi Ramadhan. Ada orang bekerja setahun, dan bercuti pada bulan Ramadhan untuk beri tumpuan kepada ibadah.

Ada yang rezekinya pada bulan Ramadhan itu, adalah untuk menampung kehidupannya di bulan-bulan yang lain. Rezeki masing-masing.

Aku cuma nak minta pembaca semua supaya kita semua dapat bertemu Ramadhan yang akan datang, dan dapat jadikan Ramadhan yang akan datang lebih baik untuk kita semua. Rindu pula pada Ramadhan masa aku tengah tulis ini.

Semoga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik sehingga Ramadhan yang akan datang.

– A.N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *