Salah Abah

Salam. Hi, aku Kia. Nukilan kali ini aku tulis dengan rasa penuh hiba dan beremosi sekadar melepaskan apa yang aku rasa sebagai anak abah.

Aku lahir dalam keluarga miskin, mak dan abah masih hidup, dan ada 3 orang adik beradik lelaki, 1 atas aku, dan lagi 2 bawah aku. Aku satu-satunya anak perempuan dalam family aku dan acapkali aku hampir terbabas ke lurah tomboy disebabkan abah. Ya!

Nak tahu kenapa sebab abah? Sebab abah la aku benci makluk bernama lelaki dan susah betul aku nak tanam kecintaan terhadap lelaki sebab orang macam abah.

Aku diajar lelaki sepatutnya jadi khalifah, pemimpin di muka bumi ni tapi semua tu memang dah lenyap zaman sekarang terutamanya bagi kaum Melayu lelaki Islam.

Abah la salah satu watak durjana yang aku rasa jadi fitnah ke atas lelaki2 Melayu di mata aku. Dari kecik, abah aku sangat bias dengan perempuan. Bagi dia, perempuan ni kuli je dalam rumah tangga.

Dari kecik, anak2 lelaki abah diajar untuk bermalas-malas, makan tinggal angkat tangan je, baju tak payah basuh, kerja sekolah anak perempuan kena buatkan, mesin rumput pun perempuan, masak perempuan,

Hal sekolah perempuan kena setel, barang rumah rosak pun perempuan, even tolong cari duit pun perempuan, senang cerita lelaki kat rumah tu semua serba serbi cacat.

Dan siapa lagi yang jadi kuli di rumah tu selain aku dan mak? Dan aku selaku anak, tak kan sanggup tengok mak aku menderita jadi kuli lelaki durjana kat rumah tu?

Aku ingat perangai teruk kaum lelaki rumah aku ni akan hilang lepas aku meningkat dewasa, namun aku silap. Makin teruk.

Abah aku senyap2 dah kahwin lain di Thailand, dan bila nak cerai dengan perempuan lain tu, minta mak aku yang turun thailand setelkan malasah dia.

Mak aku? Maybe dah dalam keadaan redho atau tiada hati, jadi dia tak marah2 bila dapat tahu ayah aku ada bini lain. Bini no 2 ayah aku siap boleh whatsapp minta pendapat dengan mak aku pasal perangai ayah aku ni.

Aku ikut hati nak je cakap kat dia, padan muka. Sebab ayah aku memang culas bab nafkah.

Pernah masa PKP dulu, aku berpantang di kg mak, aku dan mak kena merayu kat abah supaya jangan keluar rumah sebab kena denda beberapa ribu kalau keluar, tapi ayah aku keluar juga pergi main ayam dekat hutan.

Akhirnya, Allah balas cash, kaki dia patah , buku lali pecah kena masuk besi masa dalam hutan sebab jatuh. Dah jadi kerja aku kena angkut dia dan bawak ke hospital.

Dan lagi teruk, sebab patah kaki, dia dah tak boleh bekerja memandu lagi jadi dia dah jadi biawak hidup selama 6 bulan guna duit mak aku sampai bergadai segala barang kemas mak aku.

Adik beradik aku yang lain mana? Diorang sama je mcm bapak aku. Tak guna.

Membantu pun tak, melarang abah aku pun tak. Yang dia tahu nak makan minum , main game. Semua ajaran bapa aku.

Cerita aku tak terhenti di sini, sebab aku dapat tahu, sepanjang ayah aku jadi biawak hidup dekat rumah mak aku (tanah dan rumah, semua milik mak aku),

Dia boleh panggil mak aku pelacur siam sebab mak aku melawan cakap dia (dia kutuk arwah atok aku sebab rumah kg aku bukan banglo, tapi rumah atap zink, separuh kayu separuh batu).

Mak aku tak boleh tahan abah aku kutuk arwah atuk aku, jadi dia terpaksa lawan balik. Sebaik-baik mak aku, punyalah lemah lembut, sopan, rajin, jaga solat, sabar, ko boleh panggil pelacur siam?

Abah aku memang tak sedar diri. Ayah aku memang tak sedar diri, arwah atuk aku jaga aku dgn mak aku sebaik mungkin. Aku jadi org berjaya pun sebab atuk aku.

Sepanjang ayah aku kahwin, rumah yang dia duduk tu satu sen pun tak perlu bayar sewa sebab rumah pusaka atuk aku. dia tak sedar diri. Aku pergi balik sekolah, 4 orang beradik, atuk aku yang hantar jemput.

Duit makan rumah, atuk aku yang support. Kereta hantar aku ke asrama, atuk aku yang punya. Serius jantan tak guna.

Ada hati panggil atuk aku nama buruk2. Sekarang, adik beradik aku yang lelaki mula ikut perangai abah. Meminjam duit dari mak aku yang tak bekerja, minta duit EPF mak aku.

Abah aku pun. Mak aku tak ada pun barang2 mewah sepanjang hidup dia. Semoga syurga buat makku.

Aku ada banyak lagi tak terluah, sungguh banyak, tapi setakat ini je la. sebab kemarahan aku dah kembali reda. Kalau nak cakap pasal abah dan budak2 lelaki rumah aku, sampai 10 jilid pun tak habis.

Akhir kata, jantan tak guna tak payah kahwin. Menyusahkan hidup orang.

– Kia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. pls expost siapa adk beradik lelaki awak, supaya tiada keturunan turun temurun pemalas dan hina perempuan lg dah di dunia ni.

  2. Hi sis, memandangkan awak cakap yg awak dah pernah berpantang so saya assume awak dah berkeluarga dan abg awak dan adik2 awak dah besar. bukan nak galakkan penceraian, tapi cuba awak duduk heart to heart dgn mak awak dan tanya dia, taknak ke cari kebahagiaan sendiri selepas berpuluh tahun berkorban demi family? kalau dulu alasannya takut penceraian sbb anak2 masih kecil, skrg ni takde alasan dah. mak awak boleh je bahagia tanpa keluarga biawak awak tu. awak bawak la mak awak duduk sekali dgn awak. bagi dia rasa nikmat duit dia sendiri, cari bahagia dia sendiri sementara nyawa masih dikandung badan. Kalau saya dekat situasi sis, itu yg saya akan nasihatkan mak saya. Mak awak boleh je mintak fasakh dgn alasan yg bapak awak culas bab nafkah, berpuluh tahun mak awak la breadwinner keluarga. Dalam lafaz taklik sendiri pon ada mention kan kalau gagal bagi nafkah sekian2 bulan dan isteri tak redha, cerai taklik diizinkan utk berlaku. ingat sis, meluah sahaja tanpa action taken takkan boleh selesaikan masalah kita. awak dan mak awak deserve to be happy.

  3. Awak pun dah kawin. Ayah yg x bertgjwb tu dh jd biawak hidup dr dulu. Adik berafik lelaki tak berguna dan selalu minta duit emak. Bukan nk mghasut. Cuba slowtalk dgn emak sampai bila dia nk hadap benda ni. Bila dia nk rasa bahgia? Rumah tu emak yg punya jika umur emak x pnjg sedap2 ayah awak dn afik beradik lelaki ambil sedangkan awak dan emak mcm hamba di situ. Slow2 tya mak tak mau ke dia cerai dan tinggalkn anak2 lelaki yg x berguna tu. Rumah pusaka tu jual aja dan mak pindah tmpt lain. Lantak le jantan2 tu nk hidup. Mak boleh memondok dan belajar agama selps cerai. Biar saat hujung nyawa mak boleh tenang dan aman hidup tanpa gangguan lelaki2 tak guna tu.

  4. Lari jela dari kehidupan toxic sebegitu sis..Nasihat mak, jom kita bawa diri..Biar lelaki2 taraguna tu survive kehidupan di dunia ni sendiri2..Mak akan lebih gembira lepas ini..Dari sudut pandang orang luar je, tapi awak lebih memahami tindakan apa yang perlu dibuat. Moga dipermudahkan urusan mak dan awak he.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *