Tak tahulah kerana dia budak, atau dia sebab pengaruh parent tu sendiri. Atau pengaruh media sosial, movie-movie kanak-kanak yang subliminal atau sebagainya.
Cerita dia 2-3 hari lepas anak sedara datang rumah, aku tengok dia bosan, aku cakaplah, meh sini pakcik bukakkan game.
Nak main game apa? So, aku pun search la game-game online yang ada. Game budak-budak sekarang ni bukan game tetris atau candy crush dah, diorang dah advance.
Semuanya nak 3D dan open world macam roblox, minecraft, gta.
Dia tanyalah, pakcik tak ada gta ke? Aku bukan kaki game, so memang tak adalah game tu semua.
Then, tiba pada satu website ni sediakan game-game indie 3D yang boleh dimainkan secara online. Indie game ni maksudnya macam game bootleg lah, sama ada assignment student ataupun sebagainya.
So, ada banyaklah senarai game yang boleh dimainkan seakan-akan game original tu sendiri.
Game original kan kena bayar, contoh gta tu RM100+ dan PC spec tinggi baru boleh main. Kita ni spec buat kerja-kerja ofis je, memang tak layaklah. Dan game dalam website tu semuanya free, tak perlu download.
Jadi, terpaparlah thumbnail game-game tersebut. Aku dok perati je perangai anak sedara aku ni yang umur 7 tahun. FYI, ni budak lelaki ya.
Budak-budak ni, diorang absorb untuk memahami sesebuah game tu sangat cepat. Dan cepat bosan. Selepas satu-satu dia request nak tukar dan tukar.
Apa yang aku nak highlight ni, hampir semua game yang dipilih, thumbnail dia mesti orang yang tidak berpakaian penuh, separuh naked, seksi, perempuan seksi, dan sebagainya. Itu saja yang ditunjuknya.
Budak umur 7 tahun, membaca pun merangkak lagi, so, diorang tak tahu tajuk game dan sebagainya.
Berpandukan gambar je. Kalau budak suka robot, mestilah tunjuk thumbnail robot atau kereta. Tetapi ini, rata-rata thumbnail seksi.
Lepastu, masa bermain, dia lebih terarah nak mengusik AI lelaki dan perempuan seksi didalam game tersebut.
Bagi yang pernah main open world, diorang tahulah ada AI dalam tu yang membawa watak orang lalu-lalang.
Contoh kalau game tembak-tembak, dia lebih kepada nak menembak AI seksi tu di bahagian punggung dan tempat-tempat yang korang pun tahu lah area mana.
Kalau aku dah sebut seksi tu. *** Aku rasa, parent-parent ni tak boleh serah fon bulat-bulat pada anak walaupun korang ada parental control.
Kena kawal, sebab kadang-kadang yang merosakkan anak korang ni, adalah disebabkan mesej subliminal didalam media-media yang lalu lalang, contoh tt, yt, fb.
Video2 lawak yang double-meaning tak kisah dari local atau international. Content creator yang buat lawak bodoh tu pun, jangan sampai menyentuh sensitiviti masyarakat, bukan 3R je.
Sebab bukan level-level usia kau saja yang tengok content tu. Korang memang tak kisah, sebab tak jadi kat korang. Hari ini.
Sebab itu isdegil tak hairan kau boikot produk dia. Sebab adik-adik, anak-anak, cucu-cucu kau adalah “produk” dia.
– pakciksedih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit