Hai assalamualaikum. Panggil aku Reen saja. Berumur 25 tahun & sudah berkahwin. Mempunyai seorang cahaya mata. Suami aku ada bisnes sendiri dan aku tolong saja dia kat kedai. Alhamdulillah untuk rezeki yang Allah kurniakan.
Aku mempunyai keluarga yang besar. Adik beradik 8 orang. Aku seorang ja perempuan. 7 lelaki. Orang kata anak perempuan seorang ni istimewa. Betul ke?
Info sedikit pasal keluarga aku ni, keluarga aku bukan dari keluarga yang alim. Ilmuan agama boleh dikira jari kata orang. Solat?
Tak ada. Walaupun orang tua aku sendiri pun 5 waktu pun tidak cukup. Abang?
Pun sama apatah bab solat jumaat celap celup ja. Bab pelajaran pun biasa ja takda yang mengagumkan. Cumanya abang aku yang ke -2 mula solat pun selepas dia berkahwin.
Nanti sambung bab family okey… Aku dan suami berasal dari keluarga yang kurang senang. Suami mula bisnes semasa dia habis SPM lagi.
Umur suami aku 29 tahun. Berniaga duit suami sendiri tanpa modal sesiapa. Boleh dikatakan kami berhujan panas susah senang sama sama.
Alhamdulillah. Aku berkahwin pada tahun 2018. Selepas 3 hari perkahwinan, adik (bongsu) aku mula mesej cakap nak duduk sekali ngan aku.
Aduh nak tolak rasa sebersalah. Tak apa lah suami aku izinkan. Suami aku ambil adik aku ni bekerja sekali.
Seterusnya abang aku yang nombor 6 pula mesej nak duduk sekali. Aduh. Tak apa lah kata suamiku lagi.
Sampai la dua tahun lebih. Seorang lagi abang aku (no 5) meseg nak duduk sekali. Total 3 orang abang aku duduk serumah dengan aku.
Makan hati? Jangan dicakap. Hanya mampu telan ja suami aku.
Biasa la lelaki bukan 100% rajin bab kekemasan. Bila disuruh kemas baru buat. Ketiga tiga bekerja ngan suami aku.
Menipu la tak ada yang terbuku dalam hati bila ada orang duduk rumah kita. Adik beradik aku ‘nothing’. Moto suami aku bagi pakai, kereta suami aku bagi pakai.
Fon pun suami aku bagi. Makan percuma aku masak dirumah. Rumah free tak perlu bayar bil elektrik & air.
Sampaikan kereta rosak pun suami aku baiki sendiri. Motor baru keluar seminggu dari kedai dah jatuh eksiden. Suami aku seorang yang sangat penyabar.
Tak suka nak bercakap takut adik beradik aku terasa. Tapi dalam masa sama dia pendam. Aku lah menanah telinga dengar dia merungut.
Kadang aku ‘sound’ juga adik beradik aku. Sampai 1 tahap aku ni jadi tempat backup untuk suami aku tak marah adik beradik aku. Segala harta suami aku mereka suka menayang di medsoc masing masing.
Total 3 tahun abang & adik aku duduk dengan aku. Bermula tragedi hitam yang tak pernah aku sangka & bayang akan berlaku dalam hidup aku. Tahun 2021 bulan 7, tahun yang paling ngeri dalam sejarah hidup aku dan suami.
Berlakunya dimana keluarga berpecah belah dan bergaduh besar. Berpunca nya mak aku datang rumah aku secara mengejut tanpa beritahu apa apa. Hari yang sama kereta suami aku tayar pancit.
Jam sudah 1 tengahari kedai suami aku masih tak buka sebab abang dan adik aku bangun lambat & layan mak aku datang.
Dalam masa sama aku dan suami kalut nak settle kan tayar kereta untuk bawa ke bengkel. Pukul 2 petang lebih ada customer WS suami aku memberi tahu dia datang ke kedai tapi kedai tutup.
Suami aku terkejut ! Suami aku pun tanya dalam group WS yang abang adik aku kat mana. Kenapa kedai tutup.
Soalan yang simple dan tak marah. Tak bagitahu pun kedai tutup. Lalu adik beradik aku ni terus maki suami aku dalam group tu.
Group WS keluarga aku ya. Siap cakap ‘otak letak dekat lutut ke nak spent time dengan mak pun tak boleh’ dekat suami aku. Sedangkan boleh ja 2 orang bawa mak pergi makan seorang jaga la kedai.
Selama ni mak aku atau mak mertua aku sekali pun datang kedai tak pernah sampai tutup kedai semata nak bawa pergi makan.
Kalau la kerja kat company lain boleh ke semua adik beradik tutup kedai suka hati ja? Nak pula hari yang sama suami sudah berjanji dengan customer atas urusan jual beli.
Tak marah pun bawa mak pergi makan at least ‘inform ‘. Kita tak marah tapi dimaki nya. Macam macam dihamun ke suami aku dalam group tu.
Konon marah bawa mak gi makan pun salah ke? Mak aku pun mula menangis. Kononnya sebab kan dia datang habis anak lelaki dia kena marah.
Suami aku tak marah pun bab gi makan tu. Adab tak ada kita bertanya tapi kena maki siapa ja tak marah dah la suami aku dah rasa ralat kedai buka lambat lepastu tutup macam tu ja. Minta izin tutup kedai pun tak.
Siap cakap dekat suami aku ‘tutup sekejap tak lari pun rezeki tu’. Tak nak hormat sebagai majikan pun tak apa, hormat la sebagai abang ipar. Jatuh air muka suami aku adik beradik aku maki suami aku dalam group FAMILY aku.
Bila dah mak aku ni menangis semua abang abang aku baran la. Yelah mak menangis kan. 1 family aku ni hamun kan suami aku.
Ayah aku kebetulan kerja outstation kat Bentong. Abah aku sayang sangat kat menantu lelaki dia ni. Yelah sorang ja menantu laki.
Bangga ayah aku sebab dia nampak kegigihan suami aku berniaga dari naik moto, beli kereta mewah & mampu beli rumah sendiri.
Ayah aku memang sokong sangat adik beradik aku kerja dengan suami aku sebab nampak la hidup mereka terurus terutama abang aku yang no 5 sejak duduk dengan aku ketagihan ketum dia terus hilang badan pun dah berisi tak cengkung kurus berbeza sebelum dia tinggal dengan aku.
Hari yang sama suami aku call ayah aku cerita semua bermula A-Z apa yang jadi.
Suami aku minta izin dekat ayah aku yang dia nak keluarkan adik beradik aku dari rumah kami. Ayah aku izin kan. ‘Kalau itu yang terbaik buat kamu abah okey ja sebab abah tahu anak anak abah macam mana’.
Alhamdulillah abah satu nya waktu tu yang ada disaat kami tengah genting berlawan 7 orang lelaki & seorang emak. Ketika ini emak seratus peratus berpihak kepada anak lelaki.
Suami aku tinggalkan pesanan terakhir dalam group WS family untuk adik beradik aku pulangkan semula duit modal bisnes yang suami aku beri, fon, kereta & moto.
Keluarlah dari rumah ini. Mereka pulangkan fon, kunci moto kereta dan duit sedikit ja (bukan jumlah tepat duit). Masa ni la semua adik beradik aku berkumpul dalam rumah aku.
Pada saat ini aku tengah mengandung 4 bulan. Aku menanti 5 tahun zuriat. Dari awal aku mengandung aku rahsiakan kandungan aku.
Aku tak pernah update atau upload di mana mana medsoc aku yang aku ni pregnant. Memang aku dan suami rahsia kan sebab taknak ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. Masa ni aku down.
Stress. Tekanan yang amat sangat. Suami aku suruh aku keluar rumah untuk bertenang.
Dia call kawan aku untuk bawa aku keluar supaya kandungan aku selamat. Biar dia yang hadap semua adik beradik & emak aku. Aku akur dan keluar.
Hari yang perit aku rasa akan kehilangan keluarga. Ya, itu hari terakhir aku tengok adik beradik aku (27. 07.
2021) Petang tu adik beradik aku kemas barang untuk keluar rumah. Sebelum itu abang sulung aku siap perli suami aku ‘bangla pun lari kalau kerja tak dapat gaji’. Dalam masa yang sama mak aku pertikaikan kenapa anak lelaki dia susah hulur duit.
Hulur pun sikit setiap bulan dalam lima puluh atau seratus begitu. Rupanya apa yang adik beradik aku cerita selama ini kerja dengan suami aku rupanya tak ada gaji. Sedangkan abang adik aku bermewah dekat rumah aku beli itu ini up status kat medsoc masing masing.
Macam macam fitnah suami aku kena. 3 tahun tak ada dapat duit gaji korang nak stay ke kerja even dengan adik beradik? Fikir secara logik la siapa ja tahan.
Tapi semua orang percaya. 3 tahun duduk dengan aku dijaga elok pakai & makan minum adik beradik aku. Aku suka memasak.
Selain masak untuk family, untuk orang luar pun aku suka bagi makan. Tapi abang aku maki aku cakap “aku makan dekat dalam rumah sial tu berapa kali ja hg tu dah la malas masak”. Ini balasan yang aku dan suami dapat selepas izinkan menumpang.
Bermula la episod paling genting dimana adik abang aku start update macam macam dekat status medsoc. Siap hebohkan pasal kandungan aku kat orang sedangkan aku sendiri tak berpeluang menjadi yang pertama hebahkan. Siap contact supplier bagitahu kedai suami aku dah tutup.
Dah bankrap. Cari semua kawan baik kami bagitahu yang aku dan suami bercakap buruk pasal orang.
Sampaikan geng motor suami aku abang aku canangkan bagitahu benda yang fitnah sampai geng moto serang datang rumah aku tengah pagi buta nak kan jawapan betul ke apa adik abang aku ni cakap.
Bayangkan aku dah la gaduh dengan family. Sekarang kena hadap orang luar yang nak kan jawapan ‘betul ke kamu kata kami begini begini’. Paling kejam adik beradik aku bersatu teguh dengan musuh aku untuk jatuhkan aku & suami.
Sepanjang kehamilan aku berendam air mata ja. Keluar masuk hospital sebab stress. Nasib tak keguguran ja.
Effect juga dekat bisnes kami. Ramai yang hantar screenshot family aku update macam macam hina aku & suami. Sampai aku dan suami bila bangun pagi sampai takut nak tengok fon sampai rasa ‘apa la pulak harini ‘.
Berbulan berlalu sampai la aku dah sarat nak bersalin, masa ni suami aku kena anxiety. Waktu ni la nak gelap dunia aku bila suami aku dari sihat orang nya tiba tiba sakit. Kenapa?
Kawan baik dia yang dia sayang dah anggap macam family tiba tiba hilang dari radar ‘tub tub’ berkawan dengan adik beradik aku.
Betapa kecewa nya suami aku sedangkan hari kejadian dimana tarikh keramat berlakunya pergaduhan keluarga aku kawan baik dia berada di rumah aku dan tahu keseluruhan cerita nya! Masa ni suami aku jantung laju.
Dia shaking. Dia jadi lupa cara nak bernafas. Terus kejarkan dia ke hospital.
Dia kena panic attack. Dia tak dapat terima kawan baik dia hilang begitu ja. Dia seorang yang sangat baik orangnya.
Puncanya adik beradik aku hasut dengan kata macam macam. Suami aku sampai kena makan ubat dan buat sesi terapi di hospital. Tiba nya hari nak bersalin aku ada tinggalkan pesanan WS kat mak aku yang aku minta maaf & halalkan semua nya.
Dia bluetick saja. Dari aku awal mengandung sampai la dah bersalin pun tak ada apa yang indah. Hari aku bersalin suami aku baru lepas keluar hospital sebab anxiety.
Masa ni aku dan suami aku ja. Tiada siapa siapa. Tapi aku ada mak mertua yang support aku.
Masa aku nak bersalin takda beritahu sesiapa pun. Dah bersalin esok nya baru bagitahu mak mertua. Alhamdullilah keluarlah anak yang aku dan suami lama menanti.
Aku sedih. Waktu aku mengandungkan anak aku, masa dalam perut macam macam hinaan anak aku terima. Siap doakan aku susah bersalin.
Hinaan dari adik beradik aku walhal ketika tu rupa, bentuk jantina anak pun aku tak tahu. Apa salah anak aku sampai dia pun jadi mangsa. Adik beradik aku update di status WS pasal anak aku.
Betapa sedihnya aku berpantang tanpa seorang emak kandung. Baru 5 hari berpantang suami aku masuk hospital kena serangan anxiety. Masa ni adik beradik aku mula update macam macam bila tahu aku bersalin.
Esok nya aku tumpah darah. Aku pula masuk hospital. Aduh aku takkan lupa benda ni sebab sakit sangat.
Aku dan suami berlumba lumba keluar masuk hospital. Bila dah keluar hospital aku berpantang di rumah mak mertua aku. Alhamdullilah aku bersyukur dapat suami yang baik.
Jaga mental aku ketika berpantang. Sampai kan aku baru ja tengok dia, dia dh berlari ke arah aku tanya nak apa apa ke? Perlukan apa apa ke?
Dia yang mandikan anak. Anak nangis suami yang berlari dulu pergi tengok. Dia sampai trauma takut kalau aku sedih.
Sebab aku meroyan teruk puncanya abang aku up macam macam dekat status WS. Kebetulan nak dekat habis pantang ngam ngam hari raya 2022. Sekali lagi aku tinggalkan WS kat mak aku ‘taknak datang tengok cucu ke’.
Dia tak baca pun. Rumah mak aku dan mertua dekat ja tak sampai 8km. Tiba tiba orang hantar screenshot abang aku no 3 ni update makian kat aku & anak aku sebab aku ws mak aku untuk tengok cucu.
Hina anak aku ni macam macam. Siap gelarkan anak aku ni ‘muka duit ‘. Aku tertanya tanya mana hati sesama perempuan tiada belas ehsan kesian ke si isteri abang aku tu tengok suami dia hina anak orang?
Budak yang suami dia hina tu anak buah dia sendiri. Adakah dia tak malu dengan perbuatan suami dia? Tidak melarang atau nasihat pun dekat suami?
Sedangkan hubungan aku dengan kakak ipar aku baik sahaja tiada isu apa apa. Aku selalu ja beri hadiah dekat dia. Allah ja tahu betapa hancur nya perasaan aku dekat mak & adik beradik aku.
Sampaikan aku jadi meroyan. Meroyan aku tu sampai nak terjun kereta buka pintu semasa suami tengah memandu. Nasib suami sempat halang.
Perasaan yang membuak buak untuk bunuh orang semua ada marahkan pasal orang hina anak. Sedih bila mak ayah aku sendiri tak mainkan peranan sebagai mak bapak untuk cuba berbaikan adik beradik.
Suami aku pesan pada aku yang dia tidak mengizinkan adik beradik aku untuk tengok anak aku.
Sebab suami aku marah sangat sebab apa salah anak aku sampai dihina macam macam. Kami pun tak tergamak nak hina anak orang. Raya yang pertama kalinya tanpa keluarga.
Tiada salam pagi raya. Aku raya dengan keluarga mertua sahaja. Aku sedih gila.
Alhamdulillah mak mertua aku jaga aku sehingga habis pantang. Masa raya 2022 raya yang paling sedih. Semua orang tertanya tanya apa yang terjadi antara kami sekeluarga.
Abang aku fitnah aku sekiranya aku balik kampung jatuhlah talak keatas aku. Semua orang percaya kata kata adik beradik aku. Viral kat kampung aku pasal aku dan suami.
Aku ni jatuh anak derhaka lah sebab pilih suami. Kita ada akal fikiran dimana salah tetap salah. Suami aku tak salah kenapa aku kena pilih keluarga aku yang salah?
Tapi dimata orang aku ni perempuan yang mata duitan. Sanggup buang keluarga sebab jantan. Siapa ja sanggup nak buang keluarga kalau keluarga tak salah?
Orang gila pun tak buat macam itu. Kalau suami aku salah memang aku tinggal dia ! Walaupun macam macam hinaan & fitnah menimpa dekat aku dan suami, benda tu tak patahkan semangat aku dan suami untuk terus hidup.
Kami ada tanggungjawab dan amanah yang Allah beri untuk dijaga (anak) yang kami menanti 5 tahun. Anak la penguat kami ketika itu. Ya Allah tengah dilanda ujian kami terima berita gembira rumah pertama kami sudah siap.
Rezeki anak aku. Rumah impian keluarga kecil kami. Sebelum ni suami aku pernah pillow talk dengan aku dia teringin sangat nak duduk dengan aku nak ada privacy tanpa ada orang lain dalam rumah.
Tapi dia tak sampai hati nak cakap dekat adik beradik aku. Mungkin ini yang terbaik Allah aturkan apa yang kami nak. Akhirnya kami merasa duduk sendiri tanpa ada orang lain.
Hanya aku suami dan anak. Indahnya rasa dapat privacy didalam rumah kami sendiri. 2022.
Kami pulun buat sale sampaikan berjaya buka kedai cawangan yang ke-3. Alhamdulillah rezeki yang tak putus putus. Walaupun aku dan adik beradik sudah tidak bertanya khabar tapi aku tetap jalankan tanggungjawab sebagai anak bagi duit belanja kat orang tua.
Paling terkilan aku ni ibarat penyangak yang curi curi nak jumpa mak ayah aku sendiri. Kami berjumpa secara bersembunyi takut anak lelakinya tahu. Kalau tahu siaplah nanti anak lelaki ni perli perli dalam group WS.
Setiap kali berjumpa, mak ayah aku siap warning aku jangan nak update mana mana kat medsoc aku. Sampai 1 tahap aku jadi rasa tak nak berjumpa sebab hati aku sakit. Cakap tak pilih kasih sayang sama rata.
Harijadi anak aku yang pertama (setahun) pun seorang keluarga aku tak nampak kelibat. Siap post status 1 family aku berkumpul pergi makan bersama sama pada tarikh harijadi anak aku. aku jemput mak ayah aku.
Tak datang pun. Ayah aku nak call aku pun tunggu tak ada sesiapa di rumah atau dia keluar jauh dari rumah. Selalu yang call bertanya khabar aku dan suami ayah aku seorang sahaja.
Kalau berjumpa pun ayah aku ja yang nampak beria ngan aku dan suami. Banyak yang aku pendam dan terasa atas layanan mak ayah aku terhadap aku. Aku seperti anak yang disisihkan.
Mak ayah aku tak pernah update apa apa tentang aku atau anak aku kt medsoc. Kalau orang lain kemain update macam macam. Terasanya.
Ayah dan mak aku terlampau takut kat anak lelaki. Hati anak lelaki dijaga elok aku ni yang perempuan tak apa macam aku ni tak ada perasaan. Sekarang dah tahun 2024 pun sama mak aku tak pernah update gambar anak aku.
Tanya khabar anak aku pun boleh dikira dengan jari. Nak jumpa pun susah. Dah tahun 2024 pun mak ayah aku tak ada pun cuba pulihkan hubungan adik beradik.
Hanya senyap berpeluk tubuh. Tak ada perubahan. Alhamdulillah aku dan suami hidup bahagia.
Ada orang luar yang datang minta maaf kat aku dan suami sebab termakan fitnah. Selepas adik beradik aku pergi dalam hidup kami, keadaan mereka agak kucar kacir. Kerja pun kejap kejap berhenti.
Tiada kemajuan. Ada yang masih duduk di rumah mak ayah aku. Masih di takuk yang sama.
Berbeza masa duduk ngan aku. Abang aku yang no 3 tu buat bisnes yang sama suami aku buat tu pun sama ja ada duit bahagian suami aku yang dia tak beri. Dia lah abang yang paling lantang menghina aku & anak aku.
Sedangkan dia ada anak perempuan yang aku tatang layan macam anak sendiri belikan itu ini hadiah untuk anak dia. Susah aku nak maafkan sebab dia hina anak aku.
Sedih bila ayah aku call bagitahu dia penat dah tua pun masih kena kerja sampai kan mak ayah aku niaga nasi lemak untuk teruskan kehidupan.
Walaupun ada 7 orang anak lelaki ekonomi keluarga aku tetap tiada kemajuan sampai mak ayah aku kena cari duit sendiri lagi untuk sara diri. Anak lelaki baru kahwin 2 orang ja dan 5 orang lagi bujang. Sedih sangat.
Sekarang dah tahun 2024. 3 tahun lebih pergaduhan aku dan adik beradik menggunakan modal bawa mak pergi makan kena halau, kerja 3 tahun tak ada gaji ulang sampai mampus itu ja la modal cerita mereka. Adik beradik aku tak pernah tengok anak aku.
Anak aku pun tak kenal pakcik sedara dia sendiri. Suami aku memang tak izinkan. Walaupun dah nak 3 tahun tahun, masih tak berhenti adik beradik aku menjaja cerita.
Sepupu sepapat sedara mara jangan ditanya habis mereka cerita macam macam. Waktu raya sepupu tanya pasal aku abang aku siap jawab ‘tah mati dah kot’. Walaupun macam macam dugaan yang aku dan suami hadap, banyak manis yang Allah bagi.
Tahun 2023 aku dapat hadiah terbesar dari suami aku iaitu pergi menunaikan ibadah haji diusia muda. Rezeki diusia 25 tahun dapat tunaikan haji. Hidup aku banyak berubah.
Aku dan suami pun dah move on pasal keluarga aku. Tapi masih belum berbaik dengan adik beradik aku. Aku block semua medsoc adik beradik aku demi menjaga kesihatan mental aku.
Dengan mak ayah aku ja berbaik. Mak aku tahun 2022 baru start berbaik dia datang jumpa aku dan suami tu pun secara sembunyi. Itu lah kali pertama tengok cucunya.
Masa tu anak aku usia 7 bulan. Anak aku cucu yang ke -2 dalam keluarga aku. Sebenarnya panjang lagi kisah nya.
Takut orang bosan baca nya. Belum part aku cerita sebelum aku duduk rumah sendiri, aku duduk rumah sewa. Ada gangguan yang aku dan suami kena.
Siap ‘benda’ tu menyamar jadi suami aku. Masa tu tengah hangat bergaduh ngan family. Kalau korang nak aku teruskan nanti aku up lagi cerita.
Aku hanya kongsi apa yang jadi dalam hidup aku. Hancur remuk hati aku sebab keluarga aku sendiri yang buat aku. Bukan orang luar.
Hidup aku dan suami musnah sekelip mata dek kerana fitnah dari keluarga. Sebagai iktibar jangan la libatkan bisnes ngan adik beradik. Sakit nya Allah ja yang tahu.
Doakan semoga suami aku terus kuat dan mampu maafkan adik beradik aku ya. Doakan keluarga kecil aku selalu dilindungi Allah. Doakan suatu hari nanti kebenaran berpihak kepada aku dan suami.
Terima kasih sudi baca luahan hati aku yang terbuku. Ini baru 20% ja aku cerita. Banyak tragedi lagi.
Berbalik pada soalan aku, anak perempuan seorang istimewa ke? Kalaulah hari bergaduh tu adik atau abang aku balas ja ‘pas makan kami bukak kedai ‘ ‘sorry abang,kami bawak mak gi makan’. Ini tidak di maki nya.
Siapa ja tak marah. Salah tetap salah. Lagi satu, bab anak jangan dibuat main.
Kita bermatian bertarung nyawa melahirkan anak orang senang senang hina anak kita. Anak kita tiada salah dengan orang. Nak maki hina mak bapak silakan, ANAK jangan cuba berani.
Tiada maaf bagimu. Kepada orang luar (ex kawan baik suami aku) terima kasih gantikan aku & suami di posisi keluarga aku. Kerana apa aku berterima kasih?
Sebab mak ayah aku layan kalian lebih dari orang luar malah seperti anak sendiri. Aku ni yang anak kandung seperti anak tiri. 2024, masih sama mak ayah aku tak pernah upload atau bercakap apa apa pasal aku & suami.
Kalau anak lelaki & orang luar macam biasa up sesaja di medsoc beritahu satu dunia. Aku & suami?
– Reen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allahu..beratnya dugaan sis…Tp hidup ni mcm tu la. Setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah, pasti akan hadapi ujian berat dalam hidupnya….
Tentang ibu bapa yang tak mahu damaikan sis dgn adik beradik lelaki yang lain, sis redha kan lah buat masa ni…saya percaya ibu bapa sis bukan x mahu damaikan, cuma takut adik beradik sis yg mengamuk nanti smpai cederakan ibu bapa…perangai orang yg ambik ‘brg’, tak solat mmg x boleh jangka…sannggup main sihir, buat fitnah, cederakan orang, dsb
kak. i need part 2 :(