Doctor Slump

Hai, aku bukan nak bagi sinopsis atau review cerita, tapi ni adalah kisah aku sendiri. Terasa nak tulis selepas tengok k-drama ‘Doctor Slump’. 

Aku graduan doktor veterinar. Grad lama dah, beberapa tahun yang lepas. Selepas beberapa sesi interview, Alhamdulillah, aku dapat kerja tapi jauh daripada rumah. So, pergilah merantau ke negeri orang, mula hidup baru kat sana.

Dulu nak cari kerja dekat2 susah, lagi2 kawasan aku tak banyak klinik haiwan yang berdekatan. Yang ada pun tak open vacancy, so mana yang panggil kita pergilah walaupun jauh. Bila start kerja, aku jadi ‘culture shock’ dengan bidang aku.

Hari pertama kerja dah perlu handle kes sendiri, ambil kes dan rawatan. Tercengang juga lah sebab perlu handle from A to Z. Waktu belajar dulu with guide, tapi sekarang kau buat sendiri.

Oh, kat sini ada seorang senior, jadi dialah yang ajar aku masa mula2. Daripada rawatan sehinggalah surgeri terutamanya mandul. Bos biasanya tak masuk, jika ada keperluan macam bila salah seorang daripada kami cuti baru dia cover.

Aku enjoy kerja aku at first. Ye lah, apa kau belajar selama ni kau apply semula. Lepas tu kau dapat gaji dengan hasil titik peluh kau sendiri, so memang happy.

Tapi orang cakap langit tak selalunya cerah. Beberapa bulan kerja sini, aku dapat rasakan tempat kerja aku toxic. Awal2 dulu kita ikut je sebab budak baru kan, tapi lama2 aku jd burn out.

Waktu operasi klinik dari pagi sampai ke malam. Total 12 jam. Tapi, sebenarnya kami ni dah datang sejam awal untuk rawatan kucing di ward, settlekan apa yang patut sebelum kita open klinik untuk customer walk in.

Maksudnya, waktu tu waktu kerja aku dah lebih 12 jam. Kami kerja vet bukan setakat handle haiwan, tapi kami juga handle manusia. Dapat client baik Alhamdulillah, tapi dapat client yang perangai bukan2, mental kami penat.

Dengan waktu kerja yang panjang, lepas waktu asar biasa mental dan fizikal aku dah penat. I need a rest. Tak ada waktu rehat ke?

Tak ada, kami gilir2 untuk makan dan solat sebab klinik tiada waktu tutup untuk rehat. Kadang bila ramai sangat client, berhenti untuk solat je & sambung kerja semula sebab kesian partner kita kerja sorang2. Dah free baru la makan, dan itu pun rushing.

Disebabkan tu, aku selalu dapat gastrik. Habis waktu kerja dah malam. Eh, jangan ingat kami terus balik ya.

Kami belum balik lagi walaupun klinik dah tutup. Kami ada je kat dalam tu settlekan kes ward. Itu tak termasuk lagi kes2 emergency yang masuk last minit.

Maka stay lah kami di klinik untuk buat prosedur atau surgery emergency. Balik tidur dan esok ulang semula rutin yang sama. Kalau ikut offer letter, aku akan dapat sehari setengah cuti.

Ada hari kerja halfday dan 1 hari klinik tutup. Tapi, hidup aku macam tak ada cuti. Halfday, klinik buka petang tapi kadang pagi pun terpaksa dtg sebab ada kes2 ward yang perlukan attention.

Yang full day cuti pun sama, perlu datang untuk kes ward, bergilir dengan partner. Sudahnya aku macam tak ada cuti. Jadi mental dan fizikal aku memang burn out.

Dari awal aku masuk kerja, kes2 ward memang banyak. Sejak tu aku start kurangkan pengambilan kes masuk ke ward. Yang betul2 perlukan attention sahaja aku ambil.

Dan bila bos perasan benda ni, bos bising. Maybe sales nampak berkurang? Dan perbincangan dengan bos waktu tu jd pergaduhan?

Haha dia kata nak bincang, tapi pendapat aku semua dia bidas macam dia je betul. Ok, kat sini hubungan dengan bos start renggang sikit. Tapi aku tak kesah sebab most of time aku kerja dengan senior aku.

Aku tiba2 jadi berani bersuara sebab aku rasa gaji aku dengan work hard aku macam tak berbaloi. Korang mesti fikir gaji vet RM4k-RM5k kan? Haha jauh sangat tu.

Pada waktu tu, starting aku hanya RM2500. Lepas potong epf socso adalah tinggal beberapa untuk bayar sewa bilik, transport, dan sebagainya. Dengan kau kerja lebih 12 jam, cuti macam tak cuti, aku tak rasa gaji aku berbaloi.

Okay, tadi aku cakap aku masih okay sebab ada senior aku kan? Well, manusia datang dan pergi. Ya, senior aku berhenti kerja dan aku kerja seorang dalam sebulan sebelum ada vet baru masuk.

Masa kerja seorang adalah bos masuk tapi de tak stay for that 12 hours kerja, dia datang time peak hour dan bila customer dah kurang sikit dia pun undur diri, tinggallah aku kerja seorang diri.

Okay, vet baru yang masuk rupanya batchmate aku. Happy kejap sebab rasa ada kawan balik walaupun masa kelas tak rapat pun sebenarnya.

Kawan aku baru nak start kerja, dia enjoy dulu, g travel dulu sebelum start kerja. So, dia sama macam aku masa 1st time masuk kerja dulu. Jadi, aku ajar dia sama macam senior aku ajar aku beberapa bulan yang lepas.

Dan sebab boleh sekepala, kami pun minimize kan kes ward yang masuk. Memang kitorang tapis yang perlu ward dan attention sahaja kami ambil. Dan sekali lagi bos bising dan ajak bincang tapi resultnya sama je.

Kalau siapa tengok ‘Doctor Slump’ akan perasan watak lelaki tu trauma buat surgery. PTSD (Post-traumatic stress disorder). Ya, aku alami benda tu.

Segala surgeri (kebanyakkannya mandul) memang kami yang handle, bos mmg tak masuk. Mana kes surgeri yang kami boleh buat, kami ambil. Yg mana di luar kepakaran, kami refer.

Ada satu kes kucing heavy pregnant kena langgar, condition agak lemah masa sampai. Sampai pun dah malam sebelum klinik tutup dan owner insist tak nak pergi klinik lain sebab dah biasa kat sini katanya. Selepas considered beberapa faktor aku decided untuk emergency surgery.

Semasa surgeri rupanya peranakan dia dah terkoyak dan bleeding sangat teruk.

Surgeri ambil masa yang agak lama sebab nak hentikan darah dan paling buat aku trauma sebab kucing struggle untuk bangun (kesan bius dah nak habis atau terlalu sakit) semasa surgeri sedang dijalankan yang menyebabkan bleeding semakin teruk.

I tried my best untuk surgeri tu dan kucing tak survive (hanya bertahan untuk 2 hari tak silap).

Kucing pertama yang aku buat surgeri tp tak survive dan aku rasa sangat down waktu tu dan benda paling aku tak sangka adalah aku trauma dan takut untuk masuk bilik surgery lagi.

Tengok patient atas meja surgeri pun jantung start laju dan start berpeluh dan mental aku cakap aku tak boleh buat.

Aku bincang dengan kawan aku untuk aku handle kes walk in dan dia handle surgery (mandul) dan dia ok, nak practice katanya.

Tapi lepas 2 minggu kawan aku handle surgeri, dia minta rotate dengan aku. Aku pun faham, kesian kat dia juga dan aku cuba untuk buat surgeri semula, waktu tu mandul betina. Kalau ikutkan, mandul ni surgeri rutin kami sebenarnya.

Setiap hari ada mandul. Jadi, waktu tu, aku cuba beranikan diri semula untuk buat mandul tp tak boleh. Separuh jalan, bila ada bleeding je aq panic attack, tangan da start menggigil dan berpeluh.

Aku tak dapat teruskan dan terpaksa panggil kawan aku untuk sambung. Lepas dari tu aku cerita kat dia yang aku trauma nak buat surgeri, tapi dia cakap kena kuatkan diri sebab ni kerja. Aku pun tahu benda tu, ini sebahagian dari kerja aku, tapi mental aku cakap tak boleh.

Mula2 dia bagi ruang kat aku tapi lama2 aku tahu dia pun fed up. Rasanya hampir sebulan lebih juga dia cover surgeri dan lepas tu kitorang gaduh sebab aku tak recover daripada trauma lagi & dia kena handle surgeri dan walk in juga bila client ramai. Bos?

Haha dia tak tahu pun staff dia ni trauma buat surgeri. Semua kami handle berdua. Tapi bila dah gaduh, aku pun tak best nak kerja dah.

Kenapa tak minta bantuan psychiatrist? Sebab waktu tu aku rasa tak perlu. Aku rasa aku boleh overcome sendiri.

Aku rasa perasaan tu akan hilang by time. Dan aku tak nak yang parents aku, famili aku tahu masalah kerja aku. Aku bukan daripada family senang.

Anak dorang jadi doktor pun dorang dah happy walaupun doktor haiwan walaupun masa dulu gaduh juga sebab anak dorang ni degil nak jadi doktor haiwan dan bukannya doktor manusia.

Aku dapat kedua dua tawaran vet dan medik, dan aku gaduh dengan parents aku untuk pilih vet. Ni bidang yang aku sendiri pilih dan waktu tu ego aku pun tinggi nak buktikan yang aku berjaya jadi vet.

Jangan salah faham, lepas aku start belajar, parents aku sokong je aku walaupun kadang2 ada mengungkit juga. Solution nya? Aku berhenti kerja dan balik semula ke rumah.

Setahun juga lah aku kerja kat klinik tu. Aku ckp nak cari kerja kat klinik lain sebab penat kerja long working hours. Tak ada life.

3 bulan juga la menganggur, baru aku cari kerja semula sebab duit simpanan dah habis. Siapa nak bayar kereta tu kalau aku tak kerja? Gaji ayah aku cukup makan je, mak aku pun tak kerja.

Alhamdulillah, mungkin berkat doa mak, aku dapat kerja dekat dengan rumah. Aku dapat gaji yang lebih baik daripada yang sebelumnya dan better working hours (8 jam). Yang penting, ada waktu rehat (klinik memang tutup waktu rehat).

Bos aku yang baru pun baik. Banyak aku belajar daripada dia. Oh, kat klinik baru aku kerja berdua dengan bos.

Jadi memang banyak benda baru yang aku belajar. Sebelum ni teori sahaja dan sekarang aku dapat praktik kan. Klinik baru ni ada banyak facilities seperti blood machine, dan ultrasound.

Klinik aku kerja sebelum ni hanya basic sahaja. Jujur aku cakap, aku baru nak belajar ambil darah, buat iv drip, ultrasound bila kerja kat klinik baru dan bos baru aku pun willing to teach. Dia ckp practice make perfect.

Kes2 kat sini pun berbeza dari klinik sebelum ni. Maybe sebab better facilities, jadi kes2 yang berkenaan pun bnyk yang masuk. Banyak benda baru yang aku belajar.

Lama2 Alhamdulillah, aku mampu handle semua sendiri. Surgery? Alhamdulillah, aku semakin kurang nervous.

Bos aku selalu cakap, take your time, dan dia guide aku semasa surgery dan sekarang aku boleh buat surgery macam biasa semula walaupun kadang2 panic tu datang, aku try bertenang dan ambil nafas dulu dan berdoa semoga setiap surgeri yang aku buat selamat dan dipermudahkan.

Benda ni dah beberapa tahun berlalu. Aku teringat semula lepas tengok ‘Doctor Slump’.

Bila aku fikir balik, waktu tu aku tak ada guide, keseorangan, jauh dari famili, dan tak banyak experience dalam bidang ni. Hidup kita masa belajar dan masa kerja tak sama. Result dekan tu tak menjamin yang work life kau akan okay sepanjang masa.

Hidup ni ada naik dan turun. Bila kita dibawah, kembalilah kepada Dia, InsyaAllah kau akan nampak jalan keluar daripada masalah kau.

– Miyen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *