Penganiayaan Seorang Jiran

Salam semua. Saya ingin share cerita jiran daripada neraka.

Begini, kawasan perjiranan kami berbilang kaum dan tidaklah kisah antara satu sama lain. Buat hal masing-masing.

Sehinggalah tahun lepas, ada sepasang suami isteri muda bersama anak kecil pindah masuk ke rumah sebelah kami. Si A, suami sering menyapa kami lalu bermula dari situ, kami saling bertegur.

Sehinggalah raya tahun ini, mereka suami isteri datang ke rumah dan bercerita masalah di rumah mereka. Baru kami ketahui bahawa si suami hanyalah anak angkat jiran kami dan sudah bertahun lamanya tidak duduk dengan keluarga angkatnya.

Semenjak raya tersebut, si isteri merapatkan diri dengan ibu saya dan saling berkongsi masalah di rumah tersebut seperti mereka berlainan agama, berbeza pendapat semualah. Ibu saya pernah saja bagi lauk raya kerana faham mereka tidak dapat memasak di rumah sendiri.

Bukan itu sahaja, ibu saya sering memberi jajan yang ada di rumah kepada si isteri kerana si anak pernah menangis mahukan makanan.

Suatu malam, si A datang membawa 4 ekor anak kucing kecil yang belum lagi berpisah susu dengan ibu kucing dan menyerahkan kepada adik lelaki saya.

Katanya tumpang sangkar kerana kami turut membela kucing. Untuk pengetahuan semua, si A selalu memujuk ibu untuk memberi kucing di tempat kedainya bekerja.

Namun ibu menolak kerana kami sudah pun memiliki 2 ekor kucing dan tidak mampu membela kucing lagi. Namun malam itu, adik saya setuju mengambil kerana disangka si A akan mengambil.

Silapnya, adik saya tidak mengatakan kepada kami bahawa anak kucing tersebut hanyalah disimpan sementara dengan kami kerana setelah 2 minggu, saya telah pun beranggapan bahawa anak kucing itu milik kami.

Ini kerana, pasangan tersebut pernah juga ke rumah untuk melihat anak2 kucing untuk anak-anak mereka bermain.

Saya juga telah membeli pasir khas dan makanan khas untuk anak2 kucing tersebut kerana anggapan saya itu kucing kami. Sehingga lah si isteri cakap mereka mahu ambil kucing tersebut dan mahu membeli sangkar kucing kami yang terbiar bilamana si suami dapat gaji kemudian.

Barulah saya tahu bahawa mereka hanya bagi anak2 kucing untuk kami jaga percuma begitu sahaja. Mungkin kesilapan saya, kerana beranggapan kucing tersebut dibagi kepada kami.

Hari demi hari, sehinggalah awal bulan seterusnya, kami pun menanyakan secara baik bila mereka mahu ambil kucing mereka. Alasan si isteri, tunggu si suami dapat gaji.

Sudahlah tidak dibelikan makanan dan pasir untuk anak2 kucing. Kami juga selalu membuang tahi, bersihkan sangkar untuk kucing mereka.

Perkara itu membuatkan saya tersangatlah geram kerana kucing2 mereka sering membuang tahi di merata tempat ya sehingga mengeluarkan bau yang sangat kurang menyenangkan. Oleh itu, saya dengan geramnya sound si isteri menanyakan bila mahu ambil kucing.

Mungkin dek terkesan dengan kata2 kasar saya, si suami terus datang dan mengambil kucing2 mereka daripada kami tanpa mengucapkan terima kasih mahupun maaf kepada kami. Malahan si isteri bermasam muka kepada ibu saya yang dulu sering dikongsikan masalah.

Mereka mengurung anak kucing tersebut di dalam bakul kecil dan tidak diberi makan secukupnya. Mereka juga melepaskan kucing mereka yang dalam keadaan lapar ke rumah kami dengan sengaja kerana kucing2 mereka tahu sebelum ini kami yang memberi makanan.

Tidaklah kami kedekut tapi saya berfikir inikan kucing mereka, kenapa tidak diberi makan. Bagaimana saya tahu kucing tersebut kelaparan?

Kami berkongsi pagar dawai hijau, dan bakul hitam tersebut diletakkan betul2 di sebelah kami. Kucing2 tersebut tidak diberi pasir dan bekas makanan yang proper.

Dan mereka selalu mengiau kelaparan, bakul mereka hanyalah ditutup dengan kain plastik hitam. Bilamana petang, baru si isteri memanggil kucing2 tersebut dan dikurung kembali ke dalam bakul tersebut dan dilepaskan ke kami untuk makan pada keesokan paginya.

Mereka akan membuang tahi kencing di kawasan rumah kami. Rutin yang sama berlanjutan berhari-hari.

Saya pun tegur, ‘Dik, lain kali bagilah makan kucing awak tu dan kurunglah elok2’. Si isteri membuat muka dan bersikap acuh tidak acuh sahaja.

Sebenarnya ini bukan teguran pertama, adik2 lelaki saya sudah pun bercakap dengan si suami namun pasangan tersebut membuat acuh tidak acuh. Begitulah mereka.

Kami bukanlah mengungkit kebaikan yang dilakukan namun sikap mereka ini membuatkan saya sangat panas hati dengan selalu membuang najis kucing mereka. Sudahlah satu terima kasih atau maaf tidak keluar dari mulut mereka malahan ibu saya pun tidak ditegur.

Mungkin silap kami ialah terlajak baik dengan mereka walhal mereka baru sahaja masuk ke rumah tersebut. Secara peribadi, kami tidaklah berapa kenal pemilik iaitu ibu angkat lelaki tersebut.

Yang kami tahu, si ibu yang sudah berumur tidak banyak bercakap kerana tidak fasih bahasa melayu. Hanya arwah ayah saya sahaja berkomunikasi dengan dia.

Dan sebelum ini, kami tidak bercakap banyak dan sesekali bertegur sapa, misalnya dia mahukan sedikit benih tanaman kami untuk tanahnya. Kami pun ada juga berbuat sedemikian.

Jadi, hubungan kejiranan kami tidaklah harmoni namun tidaklah bermusuhan. Kami tidaklah tahu secara detail kelurga mereka sehinggalah si A bercerita kepada kami, benda yang tidak patut orang luar tahu.

Saya di sini sekadar berkongsi cerita kerana tidak tahan dengan sikap pasangan ini setelah mereka memberikan anak2 kucing tersebut. Betullah kata orang, ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’ .

Takkan kami perlu berpindah hanya kerana dapat jiran seperti ini. Makanya kami hanyalah menutup mata sahaja kerana malas hendak menegur itu ini lagi.

Update: sekarang si isteri meletakkan bakul kucing tersebut ke tanah bersebelahan dengan kami dan membiarkan sahaja bau najis kucing yang menusuk setiap kali tingkap rumah kami dibuka. Hati sakit tapi kami serahkan kepada Allah yang maha melihat.

Pesanan untuk semua, kalau tidak dapat memelihara kucing, baiklah tidak perlu berbuat sedemikian.

Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa membaca kisah ini.

– Mika (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *