Suami Aku Suka Slot

Hai, Assalamualaikum semua. Nama saya Laura. Saya sudah berkahwin 14 tahun. Mempunyai anak 3 orang. Anak pertama 11y, kedua 10y, bongsu 3y.

Saya kahwin umur 22 tahun beza 9 tahun umur dengan suami. Saya suri rumah sepenuh masa. Tiada income. Hanya bergantung pada suami

Seperti tajuk. Suami saya kenal slot ni sebelum kami kahwin.

Saya ikut suami saya tinggal di KL. Saya tahu kegiatan suami ni masa kami tunang. Selepas kahwin pun dia masih aktif. 

Sebelum ni suami ada mohon tukar tempat kerja. Selepas 10 tahun permohonan suami saya tukar kerja ke negeri kelahirannya diluluskan.

Saya nasihatkan dia untuk berhenti main slot kerana sudah tiada income lain selain gaji. Elaun pun dikurangkan. 

Suami saya ditukarkan ke tempat kerja yang jauh. Kuarters penuh maka kami terpaksa sewa rumah.

Gaji selepas tolak komitmen hanya berbaki RM1000. Setiap bulan selepas tolak sewa, bayar lain2 bill hanya berbaki RM200. 

Ipar2 saya lah yang membantu tambah wang belanja setiap bulan kerana memikirkan anak2.

Dan setiap bulan (4 bulan yang lalu) termasuk bulan ini, ipar saya mengirimkan wang untuk belanja.

Tanpa saya tahu, suami saya gunakan wangnya untuk main slot tanpa tinggalkan sisa. Saya sakit hati.

Sakit hati saya hingga mendoakan suami saya agar cepat mati kerana hidupnya hanya menghabiskan duit demi ketagihannya daripada membeli keperluan yang dah habis.

Dia jugak sanggup berlapar demi slot.

Saya berulang kali nasihat kan berhentilah. Dia mengiyakan cuma masa itu saja. Bulan depan berulang lagi. 

Saya masih bertahan. Bukan itu saja.. Demi ibunya juga dia sanggup angkat tangan kat muka saya kerana saya penat tidak dapat ikut bermalam ke rumah ibunya.

Jarak rumah ke rumah ibunya hanya 45 minit. 

Tapi hanya sekali tu saja. Saya jadi benci pada ibunya bila ingat kembali. 

Ipar2 dan mertua sangat baik. Jadi kerana itu rumah tangga masih bertahan. 

Suami saya seorang ringan tulang dalam menguruskan rumah dan anak2. Cuma kadang2 dia suka jugak tangguh2kan sehingga saya jugak yang akan kemas.

Saya mula mati rasa dekat suami saya. Saya rasa macam nak install saja apa2 apps yang boleh membawa ke arah curang.

Perasaan saya terhadap suami semakin berkurang lebih2 lagi dia suka menafikan biarpun bukti saya jumpa.

Ntahlah.. Kalau bukan kerana anak, saya lama dah angkat kaki. 

Terima kasih admin kalau sudi siarkan.

– Laura (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *