Tak Suka Pergi Kenduri

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Nama aku Nia (bukan nama sebenar).

Serba sedikit latar belakang diriku. Aku berusia pertengahan 30-an, sudah berumah tangga,

Mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah rendah dan yang bongsu baby perempuan berumur 8 bulan yang menyusu badan sepenuhnya.

Aku bekerja di KL, begitu juga suamiku, kami berdua adalah penjawat awam.

Straight to the point. Aku tiada masalah rumahtangga. Cuma aku perlukan pendapat kalian berkenaan situasi diriku.

Aku dan suami bekerja di lain pejabat dan haluan ke tempat kerja kami berbeza di mana setiap pagi bila tugas suamiku adalah menghantar anak-anak ke sekolah,

Manakala si bongsu ku akan mengikutku ke tempat kerja di mana taska berada dalam bangunan pejabat tempat aku bertugas. 

Perjalanan ke tempat kerja memakan masa 1.30 jam pergi balik, kalau jalan jem adalah makan masa lebih kurang 2 jam. Total 3 jam perjalanan pergi balik kerja setiap hari.

Lepas balik kerja suamiku buat kerja part time bawak grab sebab gaji kami tak banyak membantu dengan kos kehidupan di kota raya yang semakin meningkat ini. 

So, lepas maghrib aku lah yang buat segala-galanya, dari memasak, uruskan anak, susukan anak, ajar anak buat kerja sekolah, basuh kain, lipat kain, iron kain, tidurkan anak, semua tu aku yang buat.

Suamiku sangat bertanggungjawab. Kalau dia ada di rumah dia yang banyak tolong aku buatkan kerja rumah. Aku faham situasi suamiku. Dia sibuk sebab untuk bahagiakan aku jugak.

Cuma satu je. Tiap kali hujung minggu aku akan stress. Tiap kali hujung minggu mesti akan ada kenduri kendara dari belah keluarga suamiku dan kawan-kawannya sebab suamiku seorang yang friendly, ramai kenalan.

So, bila ada kenduri kendara memang dia wajib dijemput. 

Aku penat sebenarnya. Penat nak ikut suamiku pergi ke sana kesini di hujung minggu semata-mata nak memenuhi undangan tu semua. Aku rasa nak rehat je hari sabtu ahad tu.

Aku pernah slow talk dengan suamiku tapi suamiku akan cakap: “Nanti apa pulak orang cakap kalau abang datang sorang.”

Aku penat giler, sebelum nak keluar ke majlis makan-makan dan kenduri tu of course lah aku kena iron baju, tudung, pakaian anak-anak dan suami.

Hujung minggu kalau kat KL ni korang tahu lah macamana, dengan jalan jemnya.

Aku tak suka pergi kenduri di hujung minggu. Aku nak rehat jer sebab aku penat seminggu bekerja dan uruskan anak-anak tapi takde siapa pun faham perasaan aku.

Sekian, terima kasih.

– NIA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya faham situasi awak sbb pernah berada dlm keadaan sama. Setiap hujung minggu nak balek kampong mertua walaupun hanya 1jam.lebih perjalanan.
    Kena packed kain baju, lps balek kampong kena unpacked. Anak2 pun merungut sbb kurang selesa nk habiskan kerja sekolah dikampong. Tiba dirumah Ahad malam, kena iron baju2 sekolah mereka, baju kerja kita. Aduiii..penat badan. Utk isteri yg berkerjaya mmg nk duduk rehat di rumah saja bila hujung minggu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *