Semua Salah Abang Aku

Pernah tak korang gagal dalam hidup dan korang salahkan ayah, pakcik, abang tapi korang tak nak salahkan diri korang?

Aku dah tengok perkara ini terjadi dalam hidup aku, adik aku salahkan parents aku sebab mereka suka mengongkong membuatkan dia gagal waktu STPM.

Ok cerita dia macam ni, adik aku ni dipelawa oleh ayah aku untuk masuk tahfiz selepas SPM. Cadangnya masuk kejap je, nanti result dah keluar sambung lah belajar STPM.

Tapi siapa sangka performance adik aku bagus gilerrrrr, belajar kejap je dah hafal berjuzuk-juzuk.

So nak dipendekkan cerita adik aku nak berhenti tahfiz dan sambung belajar STPM, mulanya parents aku tak bagi suruh sambung jadi ustaz je.

Berlaku lah sedikit pertelagahan dan akhirnya dia berhenti tahfiz dan mak ayah aku bagi dia sambung belajar STPM.

Korang tahu apa berlaku? Dia dengan sengaja gagalkan STPM dia, caranya dia ponteng kelas, pergi lah main game dekat cyber cafe dan akhirnya keputusan dia gagal dan tak boleh sambung ijazah.

Jadi dia telah bazirkan masa lebih kurang 5 tahun terhuyung hayang baru dia sambung belajar diploma semula.

Sekarang dah dapat diploma dia dah kerja pun, tapi bila tanya semula kenapa kau main main waktu STPM dulu.

Dia salahkan parents aku sebab kongkong dia, buat malu dia depan ustaz sebab nak berhenti belajar.

Aku pun tak tahu dia kena depression ke apa waktu STPM dulu asbab dia rasa dia dimalukan depan ustaz,

Tapi bagi aku tak patut kau salahkan parents bila kau dah dapat apa yang kau nak which is sambung belajar STPM instead of jadi Pak Ustaz.

Ok itu cerita adik aku pula, sekarang cerita aku pula.

Aku belajar tak tinggi, adik aku sekurangnya dah ada diploma, manakala aku level SPM.

Mula mula aku salahkan diri tapi sekarang ni aku rasa macam nak salahkan abang aku, dia bawa pengaruh buruk dekat aku.

Dari aku kecil dia ajar aku pasal MLM multi level marketing buatkan niat aku nak belajar itu kurang lah, lepas itu dia tunjuk perangai pemalas dia,

Korang bayangkan dah ada Ijazah tapi dia abaikan, praktikal dekat gomen tapi lepas habis praktikal dia tak sambung kerja gomen. Padahal kalau dia nak sambung boleh je, itu yang dia kena halau dari rumah.

Oh sekarang dia tak kerja, menumpang je kat rumah, itu pun nasib baik dia bayar sikit untuk bill api dan air.

Bila aku tak bagus dalam pelajaran, dia nombor satu ceramah kat aku mentang-mentang dia ada ijazah. Tapi dia sendiri tunjukkan contoh tak bagus, ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus.

Satu je aku puji dia, dia tak merokok, tak terlibat dalam aktiviti jenayah. Dia hampir berkahwin tapi sedar diri kot, dia pemalas tak kerja.

End up tak jadi pun kahwin dengan perempuan tersebut, sekarang tak silap aku dia dah umur 40 atau dah nak umur 40 tahun.

Bertahun tahun aku salahkan diri aku belajar tak tinggi, tapi bila dengar adik aku salahkan parents aku. Aku pun terjebak salahkan abang aku yang tunjuk contoh tak elok.

By the way aku masih salahkan diri aku kenapa tak sambung belajar, aku tahu aku takut nak sambung belajar tapi kenapa aku tak lawan je ketakutan tersebut.

Aku belajar tak cemerlang sebab itu aku agak takut waktu dulu nak sambung belajar.

Sekarang dah umur 30, dah terlambat nak menyesal, better go on je tempuh kehidupan dengan jayanya. Sebab keutamaan kita adalah kat akhirat, better kita fokus je pada kehidupan akhirat.

– Zarith (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Perenggan terakhir hanyalah alasan semata mata. Tidak pernah terlewat untuk sambung belajar. Selagi kau ada mindset suka salahkan orang, you will never be successful. Apa yang berlaku bukan salah abang kau, tapi salah kau. Kalau abang kau malas kenapa kau ikut jadi malas? Kalau kau ada mindset positif, kau akan rasa “Eh abamg aku malas. Aku nak berubah san tak nak jadi macam dia”.

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka. Apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, tidak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.” (Quran Ar Ra’d: 11)

    The real freedom of any individual can always be measured by the amount of responsibility which he must assume for his own welfare and security. – Robert Welch

    There is a single reason why 99 out of 100 average business men never become leaders. That is their unwillingness to pay the price of responsibility. By the price of responsibility I mean hard driving, continual work … the courage to make decisions, to stand the gaff

    It is easy to dodge our responsibilities, but we cannot dodge the consequences of dodging our responsibilities.

    You can avoid reality, but you cannot avoid the consequences of avoiding reality. – Ayn Rand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *